Friday, July 3, 2009

confession of a bimbo ; bimbo dari kecik!

waktu itu, saya dan rakan-rakan baru sahaja habis peperiksaan besar di sekolah agama kami. peperiksaan ini namanya PSRA [Penilaian Sekolah Rendah Agama]. PSRA ni sama je macam UPSR, cuma UPSR duniawi sikit, PSRA pulak, more to ukhrawi belajar Bahasa Arab, Fiqh, Akidah, Akhlaq, and Tajwid!

jadi, bagi pelajar-pelajar darjah enam yang sudah habis periksa, kami kena datang sekolah juga sebab sekolah ada balance beberapa hari lagi. lagipun, tak berapa lama lagi kami akan dapat tahu keputusan periksa PSRA kami tu dan memandangkan tahun hadapannya masing-masing akan masuk ke tingkatan satu dan mungkin tak akan berjumpa satu sama lain lagi, maka peluang untuk bermesra dan berkenalan haruslah digunakan dengan sebaik-baiknya.

saya tak berapa rapat sangat sebenarnya dengan rakan-rakan dalam kelas saya sebab kami berlainan sekolah pagi [sekolah kebangsaan] saya sekolah SKTK [sekolah rendah yang paling kecil dalam daerah tu tapi MELETOP!] dan mereka Sekolah Jalan Bomba. so, memang agak besar jurang sebab kami memang klik dengan geng-geng sekolah pagi masing-masing je.

tapi suatu hari tu, kami semua di kumpulkan di surau sekolah sebab kelas kami semua digunakan untuk peperiksaan akhir tahun budak-budak darjah lima hingga ke darjah satu. jadi bila duduk dalam surau tu, saya mula lah nak rapat dan berkenalan dengan rakan-rakan yang lain sebab klik-klik [kecik-kecik lagi dah pandai buat clan sendiri] saya tak datang sekolah.

saya memang rajin pergi sekolah sebab kalau ponteng nanti kena sebat dengan ayah huhu plus school is cool! [sebenarnya tengah pujuk hati]

saya pun merapatkan diri dengan seorang budak perempuan kelas saya yang sangat saya admire, dia ni pun ada klik jugak. tak tahu macam mana tiba-tiba je saya boleh rapat dengan mereka sedangkan sebelum ni just tegur senyum-senyum jeh =.="

Budak Perempuan 1 ; korang ada dengar IKIM tak?
Budak Perempuan 2 ; ada! aku suka! banyak lagu nasyid dalam tu.
Budak Perempuan yang Saya Minat ; betul. aku suka dengar lagu nasyid, sedap. lagi-lagi dari IN-TEAM.

[saya diam je sebab saya waktu tu cuma dengar ERA]

Budak Perempuan 3 ; lagu IN-TEAM, aku suka lagu Kasih Kekasih, sedap!
Budak Perempuan 2 ; tu bukan dah lama ke?
Budak Perempuan 3 ; tak apa lah, janji sedap.
Budak Perempuan yang Saya Minat ; korang pernah dengar lagu Ainul Mardhiah?
Budak perempuan 1 ; pernah! lagu tu sedap sangat, ada lirik dia tak?

[waktu nih saya ingat nak masuk line bagi tahu tajuk lagu yang saya suka pulak]

saya ; korang suka tak dengar lagu Mak Minah?

waktu tu tiba-tiba semua mata pandang ke arah saya, dan perbincangan kami sunyi seketika dari sebarang komen.

dan budak perempuan yang saya minat itu pun terdiam sama.



apa ke jadahnya orang tengah cerita pasal lagu nasyid kau pergi cerita pasal lagu Triple Noize, Mak Minah pulak nih Mira?


DAMN!


kecik-kecik lagi dah bimbo.


.

4 comments:

deena said...

weii kecik suci suci da bimbo

Mireya said...

deena ;
aku bimbo suci dohf! ;p

imaginE ;
hahaha. sama la kita.
baru tahu time tgkatan 4? gela xboleh belah dohf! ;P

kucinbelemoih said...

mak minah??? lagu apa tu belle? nyanyi sket..

Mireya said...

kucinbelemoih ;
"amboi mak minah sayang, mak minah kaki temberang"

haha macam tu la lagu nye :)