Thursday, October 9, 2008

kegilaan.

jam pukul 1.00 pagi.cik mireya maseh sedang menaip.rumet cik mireya, cik rosma.sudah tidur nyenyak dibuai mimpi agaknye. esok cik mireya ade kelas.pukul 9.00 pagi. sehingga pukul 7 petang. memang giler.xpe.cik mireya da biase.

cik mireya ketagihan.ketagihan apekah? sebentar. jangan gabra. cik mireya maseh siuman untuk melakukan kegilaan mengambil dadah yang membunuh.oh.alhamdulillah.cik mireya terjumpa satu blog. blogger menggelarkan dirinya si kumbang. seorang undergrad di utp ni. maseh baru di alam blog.cik mireya terbaca di profilenye yang dier baru daftar blog bulan july.hu so.junior cik mireya la kan. aha. *berlagak.blog pon koman.adoi*

cik mireya da jatuh chenta pada si kumbang. hanya di alam maya.si kumbang sungguh berpendirian. hu.sukenyeeeoke~*gaya gediks * ayat dier macam ayat faisal tehrani.cik mireya rase dier peminat sastera.mesti dier ade banyak baca hasil karya sastera utusan.cik mireya suka cara dier tulis.dier peminat indie scene.dier taw macam2.tulisan dier sungguh berpengetahuan.hatinya sudah ditawan.gadis bertuah.ade balak pelik.cik mireya xdapat bayang macam mane dier melayan kekasih hatinya.tetapi.cik mireya rase pasti seronok menjadi buah hati orang aneh.

cik mireya rase cik mireya taw dier yang maner.dier tinggal kat v2.sebelah je dengan cik mireya punye blok.sebelah cafe nih.dier xsiarkan gambar dier.malu agaknye.takot dier jadik faymes agaknye.ahah.tapi dier da describe diri dier.dan cik mireya rase cik mireya dapat teka dier yang mane.tapi, jika benar dier orangnye.memang berlainan perwatakan.penampilannya menunjukkan dier seperti seorang lelaki yang gemar mencapub.tapi.gaya penulisannya.oh.ku jatuh chenta.

perasaan cik mireya sama seperti perasaan apabila cik mireya membca karya2 faisal tehrani.memberansangkan.sinis.sarat dengan sindiran.cik mireya dapat rasekan yang dier sebenarnye seorang yang berpengetahuan.xpeduli akan alam sekelilingnya.dier xgemar menunjuk pandai.cik mireya baca blognye.cik mireya yang malu.membaca blog si kumbang.cik mireya dapat rase yang dier seorang yang berpendirian.bijak.romantis.cik mireya mahu jadi sepertinya.bahasanya indah.memang cik mireya terbayang wajah kacak faisal tehrani.oh.si kumbang.

si kumbang chentakan musik punkrock.dier mengetahui sejarah rock and roll.dier minat the beatles.si kumbang peka dengan perkembangan politik negara.perkembangan dunia.perkembangan musik.indie.mainstream.si kumbang mengetahui sejarah2 dunia.dunia musik.dunia politik.dunia filem.si kumbang mencintai seni.mencintai filem.mencintai musik.mencintai politik.

tapi.cik mireya xgemar dengan sikap si kumbang yang gemar mengutuk perdana menteri.ade entry dier yang mengatakan sesebuah negara xperlu diperintah oleh ahli politik.benar ahli politik banyak mengamalkan korupsi.tapi.bukan semua.dier mengaku yang dier anti-establishment.dan anti-elitism.wah.dier bersetuju.muzik mampu menyatukan manusia.memang benar.dier menyokong persidangan woodstock *mengikut ape yang cik mireya paham la* tapi setelah baca sejarah woodstock secara ringkas dalam blog si kumbang.cik mireya rase woodstock hanyelah satu perhimpunan maksiat yang menghimpunkan peminat muzik untuk bergumbira.melupakan masalah dunia.lupa pada Tuhan mereka.keagungan hedonism.

hedonism menular di malaysia kini.

cik mireya sedar.manusia memang x sempurna.kebaikan.ade keburukan.

tapi.pertemuan dengan blog si kumbang membuatkan cik mireya tersedar.xsalah menjadi diri sendiri.xsalah kalau kita x memikirkan tentang orang lain.dan x salah untuk kita melakukan ape yang kita suke selagi ia x bertentangan dengan norma kehidupan sebagai muslim.dan x salah untuk kita menggunakan bahasa baku.

cik mireya malu.

cik mireya memang amat mencintai bahasa malaysia.cik mireya xpernah berbangga kerana dapat menulis dalam bahasa inggeris.tapi cik mireya amat berbangga seandainye dapat menggunakan ayat2 indah.seindah puisi a.samad said.serumit kata2 usman awang.secantik bait2 puitis faisal tehrani.dan sri rahayu.cik mireya memang chentakan sastera.

membaca blog si kumbang.cik mireya dapat rasakan seperti sudah lama mengenali si kumbang.membaca blog si kumbang.membuatkan seperti cik mireya sedang membaca tentang diri sendiri.tapi yang bezanya.si kumbang lebih berani.si kumbang lebih bold.si kumbang lebih loud.si kumbang lebih berpendirian.si kumbang lebih gagah jati dirinya.si kumbang lebih tahu tentang ape mahunye.si kumbang sudah jumpe identiti dirinya.

cik mireya bukan begitu.

tapi.cik mireya pasti.cik mireya xkan mampu menulis sepertinya.menjadi gagah sepertinya.menjadi begitu berpengetahuan sepertinya.yang pasti.si kumbang adalah cermin cik mireya.kegemaran kami sama.meminati filem2 pelik.musik2 pelik yang hanya indah di telinga kamii.melihat dunia dengan mata perspektif kamu sendiri.menggemari bahasa sastera indah yang semakin luput ditelan zaman.cuma.dier lebih maju dari cik mireya.cik mireya xpernah mengambil peluang mendalami apa yang cik mireya minat.beruntung menjadi si kumbang.


buat si kumbang.
aku akan terus membaca blog kau.teruskan menjadi diri sendiri.sementara aku masih mencari.siapa diri aku.



hee.maaf.post kali ini agak personal.memang lahir dari hati.rasa macam jumpa soulmate plak bila baca blog mamat nih.betol x tipu.haha.ops.jangan salah sangka.cik mireya bukan jatuh centa pada si kumbang.hanya pada tulisannya saje.he.marah kekasih hatinya nanti.

siapa si kumbang?
cari sendirik.






baruku sedari,
aku seekor sesumpah.

No comments: