Saturday, April 18, 2009

bukti saya budak naive yang innocent dan tidak tahu apa-apa.

kawan-kawan, saya ada satu kesah saya nak cerita pada anda semua. dan, dalam kesah ini saya merupakan mangsa keadaan yang tak tahu apa-apa.

anda kena ingat, saya ni naive.

hari sabtu yang lepas, cik roommate, iaitu siti rosma, belle fanatics, iaitu mimi yana, si kecik, iaitu cik jah, dan budak naive, iaitu saya telah keluar makan di usm.

kami tinggal berempat sahaja memandangkan rakan-rakan yang lain sedang sibuk dengan tanggungjawab mereka. jadi, kami yang tiada tanggungjawab ni terpaksa buat sesuatu untuk kelihatan bertanggungjawab.

iaitu, dengan memenuhi tanggungjawab sendiri ; isi perut sampai kembung.

tiba-tiba mimi yana teringat bahawa kami ada satu masalah besar yang kami lupa nak fikir. nasib baek teringat, kalau tidak, pasti tak akan dapat diselamatkan lagi keadaan.

masalah kami ; movie apa untuk ditonton bagi tayangan movie wajib untuk minggu ini.

kami semua perah otak untuk memberi idea movie apa yang hendak ditonton. dan cik rosma mengeluarkan idea supaya menonton HISTERIA. tapi masalahnya tak berjumpa pula kami dengan movie ini di DC++.

makanya, terpaksalah mencari kedai VCD cetak rompak yang berhampiran.

sayangnya, kami tak tahu di mana letaknya kedai VCD atau DVD di Sri Iskandar ni. dalam waktu yang sama, hujan turun renyai-renyai seakan-akan menangisi nasib malang kami berempat.

ketika berhenti di lampu trafik Bandar Seri Iskandar, mimi yana memberi cadangan;

"Jom cari kat Manjung? sambil tu boleh pergi Lumut, aku tak pernah pergi Lumut" mimi yana bersuara sambil bermuka sedih.

saya, siti rosma, dan cik jah yang tak sampai hati apabila melihat mimi yana berbuat muka 'cubaan menjadi humble' terus bersetuju untuk membawa mimi yana ke Manjung dengan niat mulia - mencari VCD untuk tayangan minggu ini.

saya ikut sahaja kehendak mereka. apakan daya, saya tak mampu melawan. saya lemah dan naive.

hujan yang tadinya cuma renyai-renyai, bertambah lebat dengan volume titisan hujan yang meningkat secara mendadak [setiap kali titisan hujan terkena cermin kereta, percikan akan menjadi sangat dahsyat dan bunyi yang dihasilkannya juga adalah di luar imaginasi manusia biasa] menjadikan perjalanan kami sangat adventurous.

dan, lagu-lagu yang berkumandang di radio, semuanya ada berkaitan dengan hujan ;
i. mad - ne-yo I know sometimes it's gonna rain,
ii. wake me up when september ends - greenday here comes the rain again
iii. neon - HUJAN

oke, nampaknya sekarang saya seperti wartawan pengulas album baru di surat khabar panca indera, Mingguan Malaysia.

ketika kami sampai ke Manjung, salah seorang dari kami teringat bahawa di Setiawan, ada sebuah panggung wayang. alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. alang-alang nak tengok movie, baik tengok kat wayang terus.

betul tak begitu? ini kata-kata tiga orang yang lain. saya suka tengok VCD sebab boleh rewind balik dan pause kalau tiba-tiba rasa mengantok.

lagipun, saya mana biasa dengan wayang ni semua. saya start tengok wayang pun waktu umur lima tahun. itu pun cerita SEMBILU. oke, mira shut up. pecah rahsia dulu minat awie.

kembali ke tema cerita kita - saya yang naive, ulang, NAIVE.

maka....

[bersambung di episod seterusnya, nantikan kemunculannya...]


.

9 comments:

Mireya said...

hah?
kenapa? kenapa?
oh wawa..
why?


serius saya tidak tahu kenapa wawa bereaksi sedemikian.

Rosma said...

oiitt!!!
sambung la cepat!!!
panjang lagi kott!!!!

Mireya said...

hahaha.
memang panjang lagi. i pun saspen nak tahu apa yang jadi seterusnya.

berdebar ni.

nurfaizah.hasim said...

cepat2.
kami menunggu kemunculan cerita 4 bimbo cerdas trsebut..

ape jd????

Mireya said...

hehe,
nanti kita akan tahu apa yang jadi pada mereka.

;P

deena said...

bell post la pasal maria.
tak sbar nak baca.
weeeee x)

Mireya said...

haha
xde gambar la.
nanti dah ambik gambar aku post lak pasal tuu.

:)

mimiyana said...

i'm not guilty!!! blogger ni nk sabotaj ak. cane ek?? huhu. ak mgse buli =(

Mireya said...

mimi,
tak baek tipu orang. berdosa tau.

[dengan nada seorang ibu yang penyayang.]

HAHAHA.