Wednesday, October 21, 2009

bimbo forecasting : Mimi Yana ku sayang.


"korang, Ara ajak aku pergi Bandung,"
"Mimi, kau tahu tak sekarang ni kat belah sana banyak gempa bumi, dengan bom lagi, kau nak pergi jugak ke?"
"aku tak tahu laaa" (ini ayat tipikal Mimi Yana, untuk pengetahuan anda semua, Mimi Yana selalu bikin gua panaaassss dengan ayat ni)

Mimi Yana,
kami bukan nak bayang kalau kau mati, tapi cuba bayangkan kalau kau dah tak ada nanti, mesti sunyi je bilik kitorang, yelah, siapa lagi nak datang menyemak bilik ni nak menyendeng-nyendeng macam tak ada bilik sendiri kalau bukan kau kan?

lepas tu, nanti mesti setiap kali kami nampak ikan keli, mesti kami akan nangis. sebab kau kan suka makan ikan keli. Mimi Yana kan suka makan ikan, nanti siapa lagi antara kita yang nak makan ikan kalau bukan Mimi Yana?

nanti jugak, mesti kami rindu nak dengar suara penyek yang disturbing ala-ala bunyi macam nyamuk tengah tengah malam dah lah nyaring tahap oktaf tertinggi memang serius sakit telinga gaban punya lah, kalau Mimi Yana tak ada nanti, siapa nak buat bunyi disturbing nak mampos tu?

Mek, cuba kau bayangkan, nanti siapa nak bising-bising datang bilik kitorang cerita GHI (Gossip Hari Ini) kalau bukan kau? lepas tu kau dah lupa ke, yang kau tu kan FAKER sejati, so siapa nak fake dengan makhluk-makhluk yang tak disukai kalau bukan kau?

yang paling penting, siapa yang aku nak marah-marah kalau bukan kau nanti? nak marah Siti Rosma dah tak boleh dah, sebab dia dah grow up, nanti dia marah aku balik. walaupun sekarang ni kau dah semakin berperasaan, tapi kau tetap my favourite punchbag, darling.



so Mimi Yana, sila jangan pergi Bandung. kalau kau gian sangat-sangat nak shopping sambil melancong, nanti kita pergi pasar malam Taman Maju sama-sama dengan Siti Rosma kita beli baju and tudung banyak-banyak. yelah, kita kan kat negeri orang sekarang, bonus kira melancong jugak lah tu kan?


kau paham kan? kalau kau tak faham nanti aku bagi kau makan penampor. mentang-mentang kau selalu jadi makhluk lampi kau ingat aku nak maafkan ke'lampi'an kau tu, hah perempuan?! aku harap kau paham, aku malas nak terang kan kang ada kaki tangan yang terangkat tak pasal-pasal sebelah kepala kau gugur rambut kena tarik dengan aku.


oke Mimi, i love you.


2 comments:

deena said...

sweet :)

Mireya said...

kan? HAHA perasan ;P
don nape x bole private belog?