Friday, January 29, 2010

Gelombang malas tahap suuuppaahhhh


Sekarang ni asyik rasa malas je. Like, malas lah. No no bukan malas study, itu tak boleh malas. Sekarang kena study betul-betul because the last two semester I had too much fun, yeah too much and I don't want to have too much fun anymore sebab bila hujung sem waktu nak tunggu result tu dah tak boleh fun sebab menggelupur takut result tak cantek mampos nak menjawab dengan ibu and ayah macam mana, so sekarang kena study betul-betul and give up fun (not entirely) so that bila hujung sem we all could smile and enjoy happily. Dah bunyi macam fairy tale pulak saya rasa.

Okay actually by malas I mean, sekarang ni malas dah nak grooming grooming. Dulu menapak pergi cafe pun nak berbedak bagai macam nak pergi show mana-mana jeh sumpah over gileh padahal bukan makan situ pun, nak tapau je memang saje gedik. Tapi sekarang pergi bank yang agak jauh tu pun boleh je pergi tak pakai bedak tak pakai apa bukan sebab natural beauty lah konon but sebab saje malas, kan dah cakap tadi, malas.

Tak tahu lah pasal apa kan, but but satu je lah tak boleh tinggal, lip balm and lipstick, yelah I have nicotine lips kot, serious berapa ratus orang dah mistake ingat aku ni merokok perghh kalau merokok betul tak apa lah boleh lepak sedut sama-sama kan masalahnya aku tak merokok pun, tak pernah merokok pun actually kalau zaman budak-budak curik curik merokok tu pernah lah but merokok as in sedut dalam dalam pejam mata sampai high tuu, tak ada lahh, tak pernah pun so maka untuk menutup nicotine lips yang wa ada, terpaksa la wa pakai lipstick and lip balm malas dah nak jawab pertanyaan,

"Amira, you merokok ke?"

Kang aku jawab ye, I merokok I smoke Dunhill you know, I like the strong one, a ah lepas tu dengar dek bapak aku mampos kena tibai dengan batang paip, dia pun tak merokok kan tiba-tiba anak dara dia plak sedap mengaku merokok tak ke naya. Ish ish.

Then sekarang ni pun kalau bab pakai tudung pun dah malas, eh bukan malas as in aku free hair je but malas nak pakai tudung yang tiga segi tu, ingat senang ke nak pakai tudung yang tiga segi tu? Susah tau nak kena blow bagi cantik tak percaya pergi usha awek awek pakai tudung tiga segi semua dok sibuk tiup ke atas bagi tudung jadi tapi kalau dah jadi perghhhh nikmat tak terkata sedap aja mata memandang kan. So sekarang I prefer pakai selendang sudah, sebab selendang tak payah susah-susah nak iron kan, pakai je terus and lilit lilit dah lah guna satu keronsang je untung gileh and tak payah lah nak tiup tiup anymore.

So lepas ni kalau ada orang nampak aku selekeh tu paham-paham je lah eh dah malas dah nak melawa sebab memang dah malas at least kalau orang kata aku selekeh aku faham lah sebab memang aku malas nak grooming kan dari orang kata aku selekeh sedangkan aku dah make up bagai, tak ke naya sumpah jatuh terduduk aku menangis meroyan kat situ jugak rasa macam usaha melawa tak dihargai.


Heh. Dah lah, nak pergi pilih baju apa and make up macam mana nak pergi function esok. Eh tadi kata tak nak grooming dah?


Yuuu shadap.

.

2 comments:

Tam said...

wat pembedahan bibir ohh :)

mireya said...

derrrrrrrr I love what I have tak payahh buat pelik2 mati gak nnt atas meja bedah. HAHA