Wednesday, January 27, 2010

Kenapa saya tak boleh 'go' dengan sinetron dan drama leleh.



Firstly, heroin dia tu kalau baik, alahai~ baik nya melampau-lampau macam cuba tengok cerita Bella apa jadah entah yang dekat TV3 pukul 2 petang tu, konon-konon baik sangat lah kan sampai nak basuh baju tengah-tengah malam kau gedik apa dow nak basuh baju malam-malam macam subuh tu tak boleh basuh baju je saja je kan kau nak promo yang kau tu baik terlajak kan? Waktu petang tu kau buat apa? Tengahari pagi pukul 8 malam tu kau buat apa? Membuta? Tengok TV? Sibuk menangis? Sampai tengah-tengah malam baru nak basuh baju buat buat konon kau baik macam anak dara sejati ah sudah tak payah nak drama terlajak over menyampah dah lah suka buat kesian EEYYYY tak malu ke buat muka kesian? Suka sangat nak mintak simpati. Sepak kang.

And and lepas tu kalau balak ke, awek ke dalam cerita tu merajuk ke atau rasa macam terbuat salah ke mula lah menggelabah menggelupur sana sini nak mintak maaf konon sampai sanggup lah tunggu depan pagar rumah dalam hujan panas terik ribut taufan tak peduli walaupun ada H1N1 or babi merayau kat belakang atau anjing liar berkeliaran semua simply sebab nak tunjuk kau tu tulus ikhlas mulus nak mintak maaf sebab rasa berdosa sangat lah. AHAH! Kalau kau buat dosa dengan Tuhan ada tak kau bersolat sujud atas tikar sejadah tu sampai lutut dengan dahi kau lebam? Tak ada kannnn? Cuba kau mengamuk dekat mak kau sebab mak kau masak terlebih pedas sampai kau termenangis sebab makan cili padi or kau bergaduh dengan mak kau sebab mak kau nak tengok cerita agama kat Oasis kau pulak kecoh nak tengok Merlin sebab ada Bradley James yang hensem yang buat kau berangan tak keruan siap rasa nak join Merlin walaupun sekadar dapat watak orang lalu lalang kat belakang pun dah oke ada kau rasa nak mintak maaf macam tu? Ada? Adaaa?? Kau jawab cepat.

Kalau orang jahat tu pulak, kalau fikir idea jahat tak pernahnya nak fikir dengan cara kool, mesti fikir overdose terlajak gileh nak mampos tak percaya cuba rewind balik semua cerita Indo yang kau orang follow macam Bawang Putih Bawang busuk Merah tu ke kan semua kalau fikir idea jahat depan ustaz ke, depan orang baik ke, depan orang-yang-they-supposed-to-nampak-baik-ke, semua fikir sampai berkerut kening or sengih sengih buat muka jahat. Relax la bhai kitorang tau kot watak lu jahat tapi tak payah lah tunjuk sampai kerut-kerut dow buruk dow and tak kan lah watak baik tu tak perasan yang watak kau tengah kerut macam tahan berak? Kool lah sikit bhai kalau nak pikir idea jahat sorang-sorang buat sengih macam tu tak apa lah ni kadang-kadang sampai depan kariah masjid pun kau boleh buat muka teran kau tu kan? Tak pahamm~.


Kalau korang konon-konon sentap and tak setuju tak percaya pergi tengok balik cerita-cerita ni especially sinetron lah kan memang tak boleh belah watak diorang memang over gileh like gileh punya over rasa macam nak tarik rambut atau gigit bantal sebab dia punya baik pembohong nauzubillah. Cerita Korea? Ahah! Tak berapa kamceng ah dengan Korea ni terbayang je klip video Super Junior yang "Sorry sorry sorry neken nekan jadahapekaucarutlagi" tuu macam gay dow geli tak suka tengok lelaki yang lagi cantik dari I. Ahah! Kalau Bradley James tak apa lahh nokk dia maskulin gila nak mati kut meroyan aku duk UTP ni tak boleh layan Merlin. Damn.


Dah lah, I nak study kata azam baru nak jadi rajin kan, ahah! (konon~) nanti kalau ada lagi saya sambung.


.

3 comments:

Tam said...

Nak bagi lagu sinetron Tasbih Cinta tu. Nak dengar? hahaha

aimanjafre said...

ahaha
mula mula tengak entry nih gila ponya panjang.
tapi bila baca nak tegelak gulin gulin haihh..

memang cita indon saket jiwa kalau layan..
ish ish

mireya said...

Tam : kalau nak kasik pun bole saje dengar saje haha

aiman : ahah! tau xpe. meroyan dah aku nihh