Tuesday, February 16, 2010

Brader yang wa sayang.


Lepas shopping, kami singgah ke Laksa Shack sebab adik dah meroyan sebab kebuloq lapar sangat.

As we flipped through the menu, adik yang tengah terkebil-kebil nak pilih menu apa untuk di makan bertanya pada ibu bagaimana rupa Laksa Sarawak tu.

Ibu dengan pantas menjawab ;

"Jangan order Laksa Sarawak, banyak rempah sangat. Ibu yang suka laksa ni pun tak lalu nak habiskan. Separuh pun tak sampai ibu makan."

Adik angguk dan kemudiannya kembali melihat-lihat menu. Adik tengok pilihan nasi pulak.

Ibu cerita pada kami betapa laksa Sarawak tak boleh masuk dengan selera dia. Sebab terlalu banyak rempah. Ibu ulang-ulang cakap pada adik supaya jangan order Laksa Sarawak sebab nanti tak habis.

Dah lah adik tengah lapar.

Kemudian waitress datang untuk ambil order.

"Laksa Johor," kata ibu.
"Curry laksa" giliran ayah pulak.
"Laksam Kelantan," saya pulak order.

Waiter tu pandang adik,

"Laksa Sarawak."


Ibu jegil mata dan saya gelak berdekah tak ingat dunia.










Oh actually, adik sekarang ni sudah gila dengan Laksa Sarawak bila dia insist kami untuk pergi makan Laksa Shack sebab dia nak makan Laksa Sarawak tu lagi.

Cayalah Laksa Sarawak!
.

7 comments:

nasz said...

laksa sarawak best!!!
sodap....

FarA said...

Laksa Sarawak. yummy! the taste lies totally in the kuah. I disagree about the rempah. That is not the original Laksa Sarawak if the rempah overloads. Trust me. I'm sorry to hear that your mama dislikes Laksa Sarawak. Perhaps, if she got the right one, she'll super love it :) My Mama made the best Laksa Sarawak!

I on the other hand can't take the queer, fishy, sour taste of Laksa Johor and other states lol

mireya said...

nasz : haha nanti nak try jugak.

fara : haha i think my mom went to the wrong warong when she first tries laksa sarawak. by the way, by looking at how my bro makan laksa tu, rasa teringin nak cuba jugak!

asyraf iskandar said...

yeahhh! sedap gle tau.try la k :)

mireya said...

cuba untuk cuba. hehe okeh!

kuRohiMe_aiNA said...

laksa sarawak sebenarnya taklah berempah sangat. throughout all my years here (ceh, cm dh lmer je kt cni) xpernah lagi rasa lksa sarawak yang too berempah.. but who knows? maybe ur mom taste is dufferenr from mine.

mireya said...

haha i dunno laaa cz aku sendiri pun xpenah makan laksa serawak y ori punye kan, my mom je y penah.

myb my mom slh msuk kdai tyme dy kt serawak dulu. haha