Sunday, September 5, 2010

Lepas Gian Balik Rumah Layan Filem Tamil Satu Round !

Tadi baru habis tengok cerita Tamil dekat TV2. As I told you before, I kan suka tonton cerita Tamil, penuh dengan mesej. Banding dengan cerita arwah Yasmin Ahmad, cerita Tamil sebenarnya banyak yang lagi touching oke.

Tadi cerita yang I tonton tu tajuk dia Mirugam. Best okay. I tengok ni mendidih darah emo siap bila tengok makhluk makhluk degil tak bertimbang rasa dalam masyarakat. Kalau cerita Melayu, at least mesti ada seorang tu jadi watak baik kan, macam Tok Imam ke, Pak Lebai ke, jiran sebelah rumah nama Mak Mah ke, then yang jahat pun mesti seorang dua nama Kak Limah ke, Pak Haji ke, then nanti bila orang baik tu ceramah kat ornag kampung, nanti semua orang kampung pun ikut cakap orang baik tu kan, tapi cerita ni taaaakkkk cerita ni laaaain gilaaa.

Okay, memang lah lain ni cerita Tamil made in India kot.

Cerita ni pasal lelaki yang berbadan tegap dan gagah yang suka carik pasal dengan orang kampung, ehhh... before tu, I cerita je lah terus okay, malas nak bagi sinopsis kalau you alls rajin nak tengok, you alls carik torrent cerita ni or pinjam DVD from your Indian friends baru lah One Malaysia, right ?

Okay sambung balik, lelaki ni ala ala samseng kampung laa, dah kahwin, tapi tetap carik pelacur, tidur dengan perempuan sana sini, okay cerita ni pasal orang dalam kampung okay, kampung yang ada lembu siap, dengan sawah and ada kemarau, tak cukup air, yang hidup dengan saraan hasil tanaman okay, bukan bandar besar so usah ditanya soal pemakaian kondom.

So, nak dijadikan cerita, lelaki ni tadi pun dijangkiti HIV/AIDS sebab hasil dari seks bebas dia tadi. Dah ada sakit tu, orang kampung pun buang lah dia, isteri dia je yang nak jaga dia, dengan anak lelaki dia, and mak dia eh, ke mak mertua dia tah. Tak sure.

Then dia ni kena cemuh dengan orang kampung sampai kampung tu kemarau tau then dia mohon kat jabatan suruh pasang paip kat belakang rumah dia memandangkan belakang rumah dia tu je yang macam boleh salur air, then orang kampung still tak nak pergi sebab takut kena jangkit penyakit.

Tapi tu biasa laaa bab cemuh mencemuh ni, cerita ni best sebab bini dia, dah laa lawa, setia pulak tu. Nanti ada satu part tu, laki ni nama di Aiyanaar kut kalau tak silap, Aiyanaar ni kena tikam dengan kayu tau sebab ada sorang makhluk ni benci gila dengan dia siap tak mau maafkan Aiyanaar tu bila dia mintak maaf terus tusuk badan makhluk ni dengan kayu panjang. Mendidih okay tengok scene ni bapak shallow gilaa makhluk.

Nak dipendekkan cerita, Aiyanaar ni mati.

Dah mati, bini dia merayu lah tolong la urus kan mayat tu kan, makhluk yang mati tu jantan kot, perempuan tu mana larat nak angkat kan, then orang kampung boleh buat stone je. MEMANG MENDIDIH WEH AKU TENGOK SCENE NI. Emo siap.

Last last bini dia pikul mayat laki dia tadi nak pergi bakar. Sedih weh sedih gilaaa. Dah lah ada anak laki kecik. Kalau I jadi anak dia tu mesti trauma dah lah bapak sakit AIDS, then tengok bapak mati kena tusuk dengan kayu depan mata sendiri, then tengok mak pulak merayu dekat orang kampung yang perangai masing masing tak serupa makhluk, then kena pulak tengok mak angkat mayat bapak sendiri, perghhhh emotional burden bhaiii.

Cerita ni memang sedih. Walaupun I sempat tengok cerita ni di tiga puluh minit terakhir je, cerita ni tetap memberi kesan di kalbu I. You alls, I suggest you alls tengok cerita ni.


SERIOUS. Amik pengajaran sikit dari tengok cerita merapu Razak Mohaideen or cerita rumah banglo besar bawak Mercedes ada syarikat projek billion billion Yusof Haslam tu. Or tengok cerita Hollywood letup sana sini, cerita Tamil takde Illuminati kot. Kehkeh.


Ehhh serious, TONTON LAH MIRUGAM ! TERBAEK !


Nah, poster nanti senang la nak carik DVD kan,



2 comments:

Farah Wahidah said...

Cerita tamil ni aku rasa lebih terbaik dari cerita hantu komedi konon-nya tu.nak cari pengajaran dalam cerita-cerita macam tu macam tak nampak.cerita tamil ni walaupun kadang-kadang macam tak masuk akal tapi banyak pengajaran dalam cerita tu.

mireya said...

tau takpe. setuju sangat ! ;D

yeayy to tamil film lovers !