.
Very important.
Sebab kita hidup dalam dunia yang memandang certificate dan kelayakan. Memang diorang mahukan skill kau, tapi cuba kau tengok betapa skillful dan experienced nya kau pun, tapi kalau kau tak ada kelayakan yang macam diorang nak, mampu ke kau nak naik pangkat? So, apa-apa hal pun sekurang-kurangnya kau kena ada certificate, kau kena ada kelayakan. Cukup sebagai buat syarat. Selebihnya, terpulang pada rezeki dan usaha kau.
Aku pernah baca keluhan seorang jurugambar yang agak popular dalam blogosfera ni. Kalau korang rajin lompat blog dan baca blog dia, korang tahulah dia siapa. Aku ingat dia ada tulis pasal dia nak sambung pelajaran dia yang tergantung dulu sebab dia kata susah nak dapat job, susah dia nak pergi lebih jauh dalam industri semata-mata dia tak ada kelayakan, dia tak ada sijil sebab dengan kerja dia sebagai jurugambar yang memang ada portfolio yang hebat (honestly gambar-gambar dia memang cantik, aku pun suka) pun dia masih sukar nak dapat certain job sebab orang nak tengok sijil, orang nak tengok apa kelayakan yang dia ada. Sekadar bakat je memang orang tak pandang. Ni orang yang memang ada skill dan memang orang tahu pasal betapa hebat dia punya skill dan bakat dalam ambil gambar pun terpaksa surrender dengan dunia dan masuk balik universiti untuk ada sijil dan kelayakan yang sepatutnya semata-mata untuk dapatkan job. For me, walaupun bunyi macam nak buat syarat je, tapi education still play an important roles.
Tapi, kalau korang baca kisah orang-orang yang berjaya dalam hidup ni, diorang punya university life bukannya full of flying colours pun, ada yang kena repeat paper, ada yang kena expelled terus, ada yang tak pernah masuk universiti pun, tapi masih mampu untuk ada syarikat sendiri siap dengan cawangan merata Malaysia, ada yang sampai merata-rata dunia. So kadang-kadang aku rasa kisah hidup diorang ni tak boleh nak dijadikan panduan sangat, nanti ada budak yang akan cakap,
"Alah, Bill Gates pun tak habis belajar boleh ada syarikat mega macam Microsoft,"
atau,
"Lim Goh Tong yang tak pandai cakap omputih pun boleh jadi billionaire, inikan aku yang hafal lagu Nirvana"
dan seangkatan dengannya.
Mereka mungkin tak ada kelayakan, tapi kita kena tengok dulu mereka ni hidup zaman bila, and tengok macam mana usaha mereka. Macam Bill Gates, dia memang tak habis belajar, tapi dia ada skill yang orang takda, dia inventor, mereka ada usaha yang luar biasa untuk berjaya. Mostly mereka berusaha untuk lawan 'takdir' mereka.
Bagi aku kalau korang failed subjects, or result tak berapa cantik dalam universiti walaupun dah berusaha keras (ni penting bukan result tak cantik sebab malas) korang boleh cakap yang korang ni one step more towards putting your life into the template of successful people. Serious aku rasa setiap kali aku baca biografi of successful people, semuanya spesen je. Diorang akan failed miserably at one point of their life. Usually waktu university life, lepas tu selalunya diorang akan jadi successful (samada jadi famous, atau pun berjaya dalam hidup). So, korang janganlah sedih sangat kalau korang tak berjaya dalam hidup. Ingat biografi korang dah almost sama dengan biografi orang yang berjaya dalam hidup.
Cuma tinggal usaha korang je nak tentukan nasib korang sama dengan mereka ke tak.
Ingatlah, takdir kita ni di tangan Tuhan, kita tak tahu apa yang bakal terjadi. Tapi, kita kena ingat, walaupun takdir kita dah ditetapkan, tak bermakna kita kena pasrah. Kita kena terus berusaha, bukan berserah tak buat apa-apa.
Dan yang penting, JANGAN PERNAH GIVE UP. JANGAN PERNAH.
Tapi jangan pulak korang jadikan alasan untuk buat biografi tu sebagai alasan nak malas belajar pulak. Kalau korang punya result tu dah cukup cantik, or so-so macam aku ni moh ler kita cuba untuk improve to the better, usaha kan tangga kejayaan. Rezeki kita tak sama. Mungkin orang lain cuma akan berjaya kalau diorang jatuh teruk dulu, mungkin rezeki kita adalah kita akan berjaya dengan result so-so ni asalkan kita pandai cari peluang, dan berusah dengan lebih keras sikit. Betul?
Lagipun dalam dunia ni ada banyak benda korang boleh buat. Engineer boleh jadi penari kebudayaan India yang hebat, lulusan Oxford in electrical engineering pun boleh jadi pelawak terkenal, peguam jadi aktivis teater, so jangan nampak hidup tu ada satu jalan je. Banyak cabang yang ada.
Yang penting, usaha dan asahlah bakat yang korang ada. Enjoy life.
Dan ingat, education tetap penting. Walaupun orang mungkin tak bersetuju, tapi bagi aku kita tetap perlu ada pendidikan untuk jadi manusia. Pemikiran orang dengan pendidikan ni lain sikit dengan orang yang berpendidikan rendah. So, fikirlah jalan mana yang korang nak dalam hidup ni.
Jangan lupa niat belajar kerana Allah. Kalau salah niat, tak kemana pun DL setiap sem korang tu.
.
No comments:
Post a Comment