Tuesday, November 8, 2011

Itch to Bitch : Bajet Wartawan Gossip Retis ( Komen dan Komplen ASK 2011)

Aku rasa mungkin tak lambat sangat kot kalau aku nak komen dan komplen pasal Anugerah Skrin 2011 baru-baru ni. Sebab seriously, aku tak berapa puas hati sangat dengan pemenang and pencalonan filem-filem yang ada.

Ye, aku tahu aku tak ada basic or background tentang this industry and apa yang aku tulis ni mungkin tulisan kurang cerdik dari orang yang tak ada knowledge pasal film, tapi aku self-claim diri aku as movie lover, so aku rasa biar aku tulis ni purely from my heart yang kurang pure ni.

So, aku malas nak komen pasal the event sebab obviously, sedih tengok dewan sebesar-besar alam tu banyak sangat seat kosong. Seat depan pulak tu. Dorang tengah prepare kat backstage ke pergi toilet ke or simply memang tak datang? Macam tak meriah oke bila tengok seat kosong bersepah-sepah. Kalau dorang memang tak datang dorang tak RSVP dulu ke? So whatever.

And Rozita Che Wan walaupun nampak cantik malam tu, I can tell that you're nervous as hell maybe sebab first time mengacarakan event besar and Ally has done a good job walaupun kadang-kadang nampak trying too hard sangat, ye lah everybody would try too hard kalau dapat partner nervous.

Lagi satu, walaupun aku suka lawak korang pasal Fieda and Mamat Sepah tu tapi macam tak perlu je nak perli orang dalam event tuu? Lawak yang mengaibkan kot, tapi tak tahu laahh kan I'm not in the industry so I don't know pasal the culture.

So aku sebenarnya tak puas hati dengan tiga keputusan malam tu which is Anugerah Filem Terbaik, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, dan Pelakon Lelaki Terbaik.

Remy Ishak

Oke honestly, aku tak boleh nak pertikaikan Remy Ishak tak patut menang Pelakon Lelaki Terbaik menerusi filem Cun tu sebab aku sendiri tak tengok lagi cerita tu. Cuma, kadang-kadang rasa macam tak kena tapi walaupun aku memang nak sangat-sangat bash anugerah ni, tapi aku tak jumpa alasan kukuh untuk bash Remy Ishak sebab based on the movies yang dipertandingkan tu pun, maybe Remy Ishak je lah yang paling layak kot. Tapi aku rasa Adi Putra from KL Gangster pun boleh je menang sebab dia punya acting tu nampak natural, tapi aku tak boleh bash Remy sebab aku tak tengok cerita Cun lagi so aku bagi dia BoD lah.

Second, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, aku tahu Sidek Hussin tu pelakon lama, dah lama berlakon dah, so sebab aku hormati dia, aku tak nak komen apa-apa pasal lakonan dia dalam Karak tu. Cuma aku sakit hati kenapa Soffi Jikan tak masuk short listed sebagai salah seorang calon? Ini memang bias sebab aku memang suka Soffi Jikan like suka gilaaaaaaa sebab dia memang pandai berlakon. Honestly kalau aku jadi juri tiga nama yang automatik aku akan bagi menang are Sofi Jikan, Eyzendy Aziz, dan pelakon favourite aku, Namron yang seksi. HAHA.

Many faces of Sofi Jikan

Eyzendy Aziz / Along Eyzendy

NAMRON y'all!!

 Diorang ni memang pandai berlakon, and aku pelik amat kenapa Sofi Jikan tak tercalon? Lakonan dia convincing kot. Aku tak tahu apa yang kriteria yang perlu ada untuk menang this award, it's just weird lah when the best names are not even in the short listed. Sesiapa yang pernah tengok KL Gangster patut setuju yang Sofi Jikan sekurang-kurangnya layak masuk dalam short listed.

And lastly, Filem Terbaik, are you serious????? Magika filem terbaikk? MAGIKA? Apa kriteria korang sebenarnya untuk menang filem terbaik ni? Aku tak faham kenapa Magika menang filem terbaik sebab honestly aku rasa lakonan Mawi je yang paling convincing dalam filem tu. Yes people, Mawi definitely can act. Aku suka lakonan dia dalam tu walaupun rambut dia macam haram palsu sangat dalam tu. And Diana Danielle, helloooooo? Selama ni aku rasa dia boleh berlakon, tapi bila tengok dia dalam Magika, serious aku tarik balik. Keras, kayu and tak convincing. ARGH ni yang buat aku marah ni, asal cantik je boleh berlakon, asal kurus lawa je, boleh berlakon. Sakit hati tau tengok berlakon kayu kayan macam tu. Suara Ziana Zain pulak dalam tu menyakitkan telinga sampai rasa nak lempang. Bukan rasa nak marah sebab the character itself tu yang jahat, tapi rasa nak sumbat mulut Ziana Zain dalam tu supaya suara dia tu low sikit. Tak dinamik oke, nampak macam terjerit-jerit sepanjang filem and she was nominated for the Best Actress Award! Pfttt. Ziana memang boleh berlakon, tapi not for this movie, NO.



And korang tengok tak the nominees for Best Film Award? Dilarang Masuk was nominated!!! PFFFTTTTTT FUUUUUUUUUUUUUUUU! Dilarang Masuk adalah one of the movies I regretted watching. FULL OF REGRET! Membazir duit 10 ringgit aku, dengan one hour and half of my life!! And how's it even qualified to be nominated?? Sebab dia ada mesej at the end of the movie? Sebab dia tulis disitu, "Penyeludupan organ blah blah blah barf"?! I can't even digest the fact that this movie got shortlisted. BARF. Okay maybe somehow I overreact, Dilarang Masuk could be a good movie, kalau plot dia diubah sedikit, tapi since the the movie pun dah siap dibuat so yeah, I can't even.

Aku boleh terima kalau Hikayat Merong Mahawangsa, Seru, or even Sekali Lagi tercalon and menang, sebab cerita tu bila kita tengok tak rasa rugi. Especially Seru. Seru was one of the best thriller horror movie kat Malaysia ni despite the fact ada satu scene yang cinematography dia tak masuk akal and tak logik for someone who's in the middle of hiding, but still cerita tu best and semua pelakon dia pandai berlakon and tak buang masa menonton pun. Instead, I regret not watching it in the cinema. That's how superb Seru was.

Anyway nak komplen lebih-lebih pun aku rasa tak patut sebab bila aku tengok the list of movies yang bertanding for the award, I'd say, naaaahhh. No wonder la the result pun agak sedih sebab the movies yang bertanding tu some of them are, to be polite, not good enough. That's why I prefer independent movies, the quality are so much better, and I've been in the drought of independent movies to watch for almost two years and I resorted to the mainstream. Even some of them are good, some of them are mostly poorly done and it's sad.

Tapi, siapalah aku ni kan, tempelan je. Bukan sekadar tempelan, tapi aku ni melukut je. Pandai-pandai nak komen macam pandai sangat kan, but whatever aku nak cakap sebab industri filem kita ni kadang-kadang recycle cerita sampai dah boleh tahu ending even baru tengok lima minit pertama cerita tu. Hope semua ni akan berubah in the near future lah ye. Let's keep our fingers crossed y'all.


I hope FFM 24 ni would be better and hopefully the results akan menggembirakan kita semua. Urgh kenapa tak ada live FFM award? Nak tengokkkk!


Pictures are taken from Google.

p/s: I guess hidup aku sangat lifeless sekarang sampai aku ada masa untuk komen dan komplen benda yang tak sepatutnya. Heh.
.

No comments: