Thursday, November 17, 2011

Maternal Instinct

.
Tadi lepas dinner, aku terbaca satu artikel dalam surat khabar berkenaan seorang bayi yang berumur 1 tahun 10 bulan (if I'm not mistaken) yang sedang menunggu ajal sebab beliau mempunyai masalah komplikasi jantung kerana jantung beliau tidak bersaiz normal. Beliau sudah pun menjalani pembedahan sebanyak tiga kali (I did not read further due to what cause the surgery was done but it was understood that it was done for the baby survival) pada usia semuda itu and sepatutnya bayi tersebut menjalani pembedahan major yang berkemungkinan dapat membantu bayi tersebut untuk hidup dan selamat seperti bayi lain. Tetapi pembedahan tersebut tidak dapat diteruskan pada saat saat akhir kerana bayi tersebut masih terlalu kecil untuk pembedahan itu. Kemudian doktor telah memberitahu ibu bayi tersebut yang bayi tersebut tidak dapat diselamatkan lagi dan hanya menunggu hari untuk ajal datang menjemput beliau (I know the latter conflicted with the fact that the baby is too small for the surgery, but I think the condition got worsen and the doctors couldn't do anything but to stop the treatment and all).

Kemudian, saya terbaca di dalam artikel yang sama bahawa bayi tersebut sebenarnya sudah didiagnos dengan masalah jantung sejak dari dalam kandungan lagi (again, if I'm not mistaken) dan doktor telah menasihatkan ibu bayi tersebut untuk tidak meneruskan kandungan tetapi ibu terbabit tidak sampai hati tambahan kandungan itu merupakan kandungan pertamanya dan memutuskan untuk meneruskan juga kandungan sehingga lahirnya bayi tersebut.

Di sini, saya mula terfikir, sekiranya suatau hari nanti saya berkahwin dan diberi rezeki dan peluang oleh Allah untuk mengandung, namun diberitahu oleh doktor bahawa kandungan saya bermasalah dan saya dinasihatkan untuk tidak meneruskan kandungan tersebut, adakah saya akan bersetuju untuk tidak meneruskan kandungan itu atau adakah saya akan berkeras untuk meneruskan kandungan terbabit? Jika anda, apa yang akan anda lakukan?

Jika dinilai dari perspektif saya sekarang yang sesungguhnya tidak pernah merasai bagaimana rasanya untuk mempunyai maternal instinct (I admit I don't have one even I am extremely well with children - well most of children) saya mungkin akan memilih untuk tidak meneruskan kandungan atas sebab-sebab :

1. Sekiranya kandungan itu akan membahayakan nyawa saya dan mengakibatkan kematian saya sewaktu kelahiran bayi tersebut, maka saya akan memilih diri saya kerana saya tidak mahu anak saya membesar tanpa ibu. Saya tidak mahu suami saya untuk membesarkan anak saya seorang diri, atau pun dibesarkan oleh perempuan lain yang bukan ibunya. Saya mahu anak saya mampu untuk berbangga memiliki seorang ibu dan tidak mahu anak saya membesar dengan rasa cemburu kepada rakan-rakannya kerana mempunyai ibu atau cemburu dengan adik tirinya (if it happens that my husband remarries) kerana mereka mempunyai seorang ibu dan dia tidak.

2. Sekiranya anak saya didapati akan lahir dan mempunyai masalah komplikasi yang teruk sehingga membahayakan nyawanya, saya rasa saya tidak akan meneruskan kandungan tersebut kerana saya tidak sanggup untuk melihat anak saya lahir dengan badan dipenuhi wayar dan melalui pembedahan demi pembedahan. Walaupun saya kelihatan seperti tidak berperikemanusiaan, tetapi saya tidak sampai hati melihat bayi yang masih kecil dibedah dan bertarung untuk nyawanya. Let me save it from those sufferings sooner rather than I have to watch it myself.

3. Prolly it's just my lack of maternal instinct.


Tetapi saya tetap memandang tinggi dan berbangga dengan ibu-ibu yang mampu meneruskan kandungan mereka kerana mereka adalah manusia-manusia yang kuat yang mempunyai keyakinan dan kepercayaan yang tinggi kepada bayi mereka, dan kepada Tuhan kerana saya tahu mereka percaya yang sesungguhnya ada kebaikan di sebalik setiap kesusahan.

Kepada supermom out there, yang sedang bersama bayi mereka bertarung nyawa, yang sedang bersengkang mata menjaga bayi-bayi mereka, semoga Allah merahmati kamu semua dan memberikan kekuatan kepada kamu untuk meneruskan perjuangan ini dan semoga hikmah itu akan ternampak dan terlihat jua. Keep your faith, mothers.

Dan kepada bayi yang saya sebutkan di permulaan post ini, saya berharap ada keajaiban yang mampu menyelamatkan anda, jika tidak, sesungguhnya Allah lebih menyayangi kamu. Kepada keluarga bayi tersebut, saya doakan anda semua kuat semangat dan tabah menghadapi dugaan ini, Insya-Allah.

Doakan yang terbaik untuk mereka semua, kawan-kawan.

.

No comments: