2. Aku rasa aku mungkin meninggal dalam keadaan dahsyat seperti mati dibunuh selepas dirompak dan dirogol. Aku tak tahu kenapa, tapi aku rasa benda ni very likely to happen to me. Sebab tu aku paranoid setiap masa.
3. Aku mungkin meninggal dalam kemalangan kereta yang dahsyat. Mungkin sebab aku careless (well, aku memang mengaku pun yang aku ni ultimate lady driver), atau naik bas yang dipandu pemandu mengantuk yang memandu macam hamjad di jalan raya, atau aku brek mengejut dan kena hentam dari belakang, lepas tu kena sandwich dengan lori depan kereta aku, dan pelbagai lagi imaginasi liar tentang kemalangan jalan raya.
4. Aku mungkin mati sebab sakit lemah jantung, atau strok, atau darah tinggi tadi. Tapi kali ini, bukan salah garam, tapi salah aku sebab paranoia melampau sampai bila terkejut sikit terus hilang nyawa.
Tapi ajal maut tu di tangan Tuhan. Aku cuma terfikir je cara kematian mana yang mungkin aku lalui. Mungkin antara empat ni, mungkin cara lain. Tu semua Tuhan dah tentukan.
Semoga kita semua mati dalam keadaan sempat bertaubat. Amin.
p/s: al-Fatihah untuk arwah Tok Teh aku yang meninggal dunia tengahari tadi.
No comments:
Post a Comment