Thursday, January 19, 2012

Azam #2

Orang yang kenal aku, tahu aku punya sifat kedekut dan menyayangi duit yang sangat tinggi. Ya, aku materialistik (matilah kalau ada potential mother-in-laws baca ni).

And sekarang sifat ni sedang memakan diri aku sendiri.

Oleh itu, azam baru - selain mahu mempunyai body seperti Scarlett Johansson - ialah aku akan cuba membelanjakan simpanan aku sedikit demi sedikit.

Dan mempunyai simpanan yang tidak seperti sekarang.

Ini semua sebab aku penat fikir tentang duit. Risau sangat duit habis, risau sangat duit takde, padahal bukan kering langsung pun. Pfffttttt.

Lagipun teringat kata-kata salah seorang faci dalam satu kem yang aku pernah hadiri, 

"Jangan pernah takut nak belanjakan duit anda, duit boleh dicari, pengalaman dan keseronokan yang ada boleh dapati itu mungkin berlaku hanya sekali"

Kenapa aku rasa pesanan tu bunyi dia macam hedonistik sikit? Eh?

Tapi, seronok-seronok berbelanja pun, jangan lupa menyimpan pulak ye Mira, nanti takdelah menyusahkan mak bapak bila kau nak kahwin nanti. Eh?



Hmmm tapi, azam ni rasanya lebih susah untuk dilaksanakan berbanding azam menguruskan badan. Adus pitam lah giniiii.

Susah betul nak kikis rasa bakhil dalam hati ni.

2 comments:

ezza shabarudin said...

bagus lah if reti saving drpd i yg xde savings ni . rasa nk jadi kedekut pulak , hahaha :P

Mireya said...

haha I ni dah kedekut tahap melampau sebenarnya. sayang sangat duit. tsk. hahaha