1. Rasa macam baru lepas rentas desa 10 km ulang alik. Semua sebab dapat rumah paling tinggi. Awok tu dah lah duduk rumah 4 bulan membongkang hari pertama sampai universiti dah kena panjat tangga dekat lima puluh lapan kali mana kaki awok tak rasa nak patah.
2. Tidur malam pun terganggu kerana kaki yang tak berhenti sakit.
3. Tidur cuma satu jam sebab bila tengah sedap tidur tiba-tiba tersedar ada anak lipas berkeliaran atas muka. Kurang hajar habis busuk muka aku woi.
4. Masuk toilet nak cuci muka basuh tangan, nampak BAPAK LIPAS pulak bertenggek tepi bakul toiletries bila halau siap main pusing pusing bakul tu pulak. HAMBOI KAU INGAT MERRY GO ROUND KE HAPE HAA? Tak pasal-pasal aku dengan Siti Rosma menggigihkan diri menghalau. Hehs
5. Lepas tu tak boleh tidur, tengah sedap tengok movie kat laptop ada pulak lalat bertenggek kat skrin. Ah sudah, apesal segala serangga berminat dengan aku pulak nii hoi? Tapi nasib baik lalat ni tengah high agaknya picit sekali terus mati.
6. Hari kedua tengah sibuk mengemas (eh yeke?) tiba tiba EMAK LIPAS pulak keluar. Harom sungguh. Tapi nasib umur dia tak panjang mati jugak akhirnya kena pukul dengan kami berdua, saya dan superheroin Siti Rosma.
7. Ok sekarang bilik aku, particularly tempat aku bau lipas semerbak.
2 comments:
eeee
masih geli bila teringat kat lipas lipas tuuu. erghh
Post a Comment