Tuesday, May 14, 2013

Kakak.

Sepupu saya baru sahaja meninggal beberapa minggu yang lepas (klik!), dan beliau meninggalkan tiga orang anak dan seorang suami. Anak beliau yang bongsu merupakan satu-satunya anak perempuan dalam keluarga mereka. Oleh kerana itu, beliau sangat rapat dengan arwah sepupu saya.

Kami memanggilnya Kakak.

Sebagai anak tunggal perempuan, Kakak sangat rapat dengan arwah. Kakak mengalami masalah untuk menerima hakikat yang ibunya telah pergi meninggalkan mereka selama-lamanya. Abang-abangnya juga sedemikian, tapi kesan pemergian arwah nampak lebih ketara dalam diri Kakak.

Kini, Kakak dan abang-abangnya dijaga oleh nenek mereka, iaitu Mak Ngah saya memandangkan bapa mereka masih belajar untuk menyesuaikan diri sebagai bapa tunggal.

Suatu hari, Kakak bertanya pada Mak Ngah saya,

"Tok, Tok, Tuhan tak sayang kami ka?"
"Awat Kakak tanya lagu (macam) tu?"
"Tuhan ambil mak kami, tinggalkan kami. Tuhan tak sayang kami lah tu"
"Tak lah...Tuhan sayang kat mak, sebab tu Tuhan ambil mak"
"Tuhan tak sayang kat Tok lah macam tu? Tok tak mati pun?"

Mak Ngah saya sudah mula garu kepala,

"Tuhan tak ambil nyawa Tok supaya Tok boleh jaga hangpa. Kalau tak nanti, siapa nak jaga hangpa. Tu maksudnya Tuhan sayang lah tu" jawab Mak Ngah saya.

"Kalau macam tu, awat Mak Ummi (kakak arwah sepupu saya) tak mati? Mak Ummi bukan kahwin pun, takda anak nak jaga. Ni Tuhan amek mak kami. Mak kami ada kami. Sekarang kami dah tak ada emak. Tuhan tak kesian kat kami ka, Tok?"


Terkesima.

Dan Kakak baru berumur empat tahun.

.

No comments: