Tuesday, March 7, 2017

Namashkar India (Part 6 - A Night Under the Sky, Jaisalmer)

Okay, macam I cerita in previous post, we were stranded for almost 10 hours in Agra, semua sebab train delayed.

So sekarang ni, our plan ada kacau sikit lah. But, ingat tak I ada bagitau in first post, that you have to have buffer days? Ha, for things like this lah.

Now, sambung cerita. Dalam train tu, Farah and I were separated by few blocks lah jugak, but still in the same coach, thankfully. I got upper bed with another two uncles. By the way, faham tak Indians ni semua peramah that I thought that they were actually good friends? But apparently they do not stopped at the same station so I assumed they just met. Tapi diorang sembang tu, rancak gilaaa boleh.

Waktu duduk kat situ, I memang macam awkward sikit lah sebab I ni bukan nya pandai sembang dengan orang pun kan, so I lepas bangun tidur pagi around 9 am macam tu I basically sengih sengih je kat the uncles. Then, one of the uncles bought garam chai (hot tea) for his morning drinks. Then he saw me and terus belikan satu untuk I.

Baiknyaaaaa faham tak rasa nak nangis sebab baik sangat. Okay over. But you know, this kind of hospitality buat I terharu okay.

And the tea, OMG sedap boleh? It's garam masala chai. Ada masala okay! Tapi basically rasa macam teh halia a bit lah but still sedap. Lepas minum tu perut rasa warm je. Dah lah pagi tu sejuk, minum teh tu pulak, oh indahnya dunia.

Waktu tu, we calculated then we're gonna have like 7-8 hours to go before we reached Jodhpur and we don't know the train tu akan stop kat mana next, and for how long. And, kitorang sangat lah risau that we're gonna be hungry for lunch. Okay, actually I je yang paling risau. LOL. Nak masak maggi, we don't have water heater with us.

And time tengah risau tu, tetiba ada God sent human being datang dekat my bed asking if any of us nak book food for lunch.

Alhamdulillah.

So, I pun order lah makanan. I ordered vegetarian set lah just to be safe kan. Honestly lepas try vegetarian food kat Varanasi haritu, I macam traumatized sikit nak makan vegetarian food sebab takut tak kenyang. LOL.

I booked lunch at around 9 am macam tu, lepas tu dia kata nanti time tengahari dia hantar. And I'm like, okay no problem. Tapi dia tak mintak duit pun faham tak. So I macam, ehh free ke?

NOT.

Haha. Satu set lunch tu that comprises of cumin seed rice, kari dhal, fried potato with cumin seeds, potato curry, and papadom cost us around Rps 140. Okay lah RM 10 kan.

Portion makanan dia banyak gila okay. Papadom dia besar tapak tangan boleh. Besar gilaa. Lepas tu papadom dia ni tak masuk angin langsung okay. I tinggalkan macam tu je around 1 hour pun dia tetap keras dan rangup! Faham tak I excited makan papadom rangup! Lepas tu nasi jintan tu pun sedap. I still teringat sampai harini. Mengidam, tapi bila tengok resepi dia terus macam, okay no thanks. Susah and complex gilaa. Tapi ngidam, alaa sedih.

Makanan lunch sampai around 12 pm and I dengan Farah only start makan around 1 pm plus kot sebab I was moving from my bed to hers sebab Farah got the lower bed and in her block tu it was only her and another auntie. The food was provided by IRCTC. So in case lepas ni you naik train lepas tu lapar kan, order lah vegetarian set dorang ni. Sedap dan murah.

Ok rindu boleh.

So dalam train tu basically kitorang sembang dua orang and sometimes try gak lah sembang dengan auntie tu sebab dia asyik tengok je kitorang gelak gelak. Macam kesian pulak, mesti auntie tu nak join kan tapi tak paham apa yang kitorang sembang.

After beberapa jam dalam train tu, we finally arrived in Jodhpur...yeay!

Supposedly we have one whole day in Jodhpur before gerak ke Jaisalmer. We were ought to arrive in Jodhpur by approximately 10 am from Agra. Tapi dah nama pun train tu delay 10 jam kan, so kitorang sampai Jodhpur around 6 pm.

And our next train to Jaisalmer is at 12 am.

Time sampai tu, jejak je kaki kat train station tu dalam kepala kitorang time tu dah tak fikir apa dah. Kitorang fikir lapar je. Turun je dari train tu, kitorang terus meluru (gituh dramatik) ke cloak room untuk simpan our bags before bergegas mencari auto untuk cari kedai makan.

By the way, Jodhpur's train station ni antara train station yang paling bersih sekali sepanjang kitorang kat India ni. Cantik okay, sampah pun takde bersepah. Tapi public toilet dia kalau nak masuk, kena bayar. Tak ingat pulak berapa rupees. But don't worry, kalau you macam kitorang, amek second class upper, you boleh guna waiting room and waiting room ada toilet. Free of charge okay.



Dekat Station Jodhpur ni, dia ada jual rantai besi untuk you lock your bag. Well, basically kat almost semua station kat India ni pun ada jual rantai besi dengan padlock sekali. So, jangan risau pasal bag anda okay.

Lagi satu, nak masuk station Jodhpur ni, you kena screen dulu. Macam kat airport tu. Tapi takde body screening lah. Only your bags je. So kalau nak keluar masuk station tu agak renyah jugak lah sebab kena lalu screening tu kan. Tapi tak kisah lah, rasa selamat sikit. Gituh.

Sebab kan kami dah lapar sangat, so kami pun bergegas untuk pergi makan. Google lah dulu kedai halal kat Jodhpur ni yang berdekatan dengan train station. Plus, kat sini around 8pm macam tu kedai dah banyak tutup so sebab tu kitorang kena cepat.

By the way, ada je IRCTC cafe kat situ, tapi kitorang nak AYAM, nak makan daging ayam so kitorang gigih cari gak kedai makan halal even jauh sampai kena naik auto. LOL

And kitorang jumpa kedai nama The Chicks and Kabs. Banyak review dia dalam TripAdvisor.

Our auto man, dia tak boleh baca, tapi sebab dia baik, kitorang amek jugak dia. Dia tak paksa pun kitorang untuk naik auto dia. Dia duduk je tengok kitorang gelabah dan lapar. LOL.

So lepas kitorang tunjuk je alamat The Chicks and Kabs tu dekat uncle ni, dia terus bawak phone I tu ke another uncle mintak uncle tu bacakan and bagitau alamat kedai tu. Lepas uncle tu tunjuk, dia pun bawak.

TAPI SESAT!

Sebab salah kedai. Haha. Last, kitorang pakai Waze je lepas tu bagi arahan guna tangan sebab dia tak faham left and right tu apa dia.

And finally jumpaaaaaa...YEAY!

Orang cantik kalau lapar, macam ni lah muka dia. EXCITED! LOL

Kedai ni jenis rileks je macam mamak kat Malaysia pun ada gak. Tapi orang kat situ banyak gak lah usha pelik kitorang sebab macam apahal lah minah dua orang ni lepak kat luar malam malam tak takut ke? Ha cemtuh. Ye ;ah kat sana kan memang tak ramai perempuan keluar malam. Sebab tu pelik. Lagipun banyak kedai dah tutup time tu sebenarnya. Kat India ni kedai memang tutup awal.

Risau jugak lah mula mula tu tapi kelaparan mengatasi segalanya! So kitorang pun order lah tandoori dengan roti and we take away kebab for our breakfast later.

So lepas makan, we tahan another auto kat tepi jalan and go back to train station.

Lagi satu, kat Jodhpur ni train station dia ada farmasi. So, you boleh lah beli apa apa ubat ke, sanitary pad, kalau you nak.

Tak lama lepak dalam waiting room tu, our train pun dah sampai and we are ready to board the train. But, ada interesting story in our train journey this time.

Jeng jeng jeng...

Okay, macam ni, waktu kitorang nak naik train tu (this time kitorg dapat AC 3 tier) I saw this one guy yang keep looking at us. Mula mula I buat don't know je lah, sebab biasa lah orang tengok because we memang look like foreigners with the tudung and all kan. But dia bukan tengok biasa biasa tau, dia tenung je. But at the time, I macam...takpe lah hopefully bukan in the same coach.

NOT!

Kitorang boarded je the train tu, we saw him! Dia duduk the same train like us, and dia duduk kat almost opposite our beds. Nasib baik bukan opposite betul betul.

So the guy yang keep looking at us to, datang kat kitorang time kitorang tengah set up our bed and susun barang and all. Dia datang nak sembang, so dia tanya lah, are we travelling only with two people? Where are we going after this? Berapa lama kat India (eh cakap Melayu pulak kahkah) and all those soalan tipikal lah kan.

I biar je Farah yang jawab sebab Farah pandai sikit nak pusing jawapan. Plus, I takut kantoi salah bagi info ke apa so biar Farah as a leader of the trip yang jawab semua.

While I biar Farah jawab semua soalan, I buat rilek je lah kemas kemas katil and all kan. Bila dia tanya kitorang travel berdua tu, Farah terus tunjuk yang kitorang travel with another friends. Nasib baik Farah sempat gi pakat dengan a couple of European travelers yang setuju nak conspired with us saying that we all travel together.

Phew.

Lepas tu dia buat muka pelik. Then dia tanya, are we both bachelor? Time tu kitorang dah start pelik. So, kitorang continue je dengan penipuan yang kitorang buat time kat Agra haritu, which we said that we're both in a relationship; I am married with a kid, and Farah is engaged and is about to get married soon.

Terus muka mamat tu berubah! Muka dia tak puas hati betul. Dia tanya, so where's your husband? Where's your kid?

Gituh. Terus rasa kena judge. Either dia percaya bulat bulat apa yang kitorang cerita and assumed that we're both perempuan tak senonoh yang berani tak tentu hala, or dia tau kitorang tipu and emo sebab dia kena tipu.

Either way, agak scary lah tengok dia tetibe macam marah.

And after that, the train started to gerak and people pun dah tak bersembang sebab masing masing dah nak tidur kan. So the guy pun left us. Thank God.

Tapi malam tu time nak tidur rasa seram sikit, sebab the coach is full with guys and kalau ada perempuan pun, they were all travelling with another male. Dah lah coach 3 tier ni takde langsir! Faham tak rasa naked gila tidur takde langsir but dalam rasa insecure tu I tetap lelap tak hingat apa jugak.

Heh.

One thing about people in Jaisalmer ni kan, most of them ni travel sambil bawak peti besi macam casket tu. Ingatkan bawak senapang sebab ingatkan dorang askar, tapi rupanya peti besi tu memang beg.

Mamat scary tu pun bawak beg besi tu jugak. Dah lah badan dia besar sado and muka bengis. Muka dia macam pelakon filem Tamil nama Vikram, if you guys knew him lah. Kalau tak kenal, gi google. Quite good looking lah (for me) tapi sebab dia creepy, terus jadi takut.

Kesian, padahal I rasa dia just nak sembang je. LOL.

So perjalanan diteruskan and since Jodhpur and Jaisalmer ni tak jauh mana, around 5 am, we have arrived in Jaisalmer.

FINALLY! YEAY!

Before kitorang turun tu, kitorang sempat sembang dengan this one guy yang duduk depan our katil. This guy, muka dia bengis gila. Muka garang. Kitorang pun ingatkan dia askar jugak tapi rupanya dia student. MBA student kalau tak silap.

Kitorang berani sembang dengan dia sebab despite nampak garang, dia ni baik je. Dia tolong angkatkan beg and was quite friendly lah jugak. So bila kitorang turun dari train tu, apparently, kitorang turun bersama dia and sama sama tunggu auto depan station Jaisalmer tu.

Tapi, dia jadi suspicious sebab nampak kitorang berdua je despite saying yang kitorang actually travel in group. So dia tanya kitorang yang kitorang travel berdua ke? Since dia nampak baik kan, I mengaku je lah.

Lepas tu muka dia macam nak marah plus risau boleh. Scary gak lah. Dia macam risau sampai dia tanya dah tahu ke nak duduk mana, dah janji dengan driver ke, kenapa berdua je and all sampai kitorang naik rimas. Dah lah tengah kelam kabut nak contact Abu Safari (our stay in Jaisalmer) lepas tu nak layan soalan mamat ni pulak.

Adoi.

Then somehow mamat tu dah nak blah dah. Then dia cakap kalau ada apa apa contact je dia. He'll help. Tapi tak bagi nombor telefon pun! Last last I angguk je and say thanks.

Mamat creepy tadi, bila turun train, tak pandang pun kitorang. Dia buat tak peduli je. Lol nasib baik. Kalau tak...

By the way, Jaisalmer ni sangat dekat dengan sempadan Pakistan tau, around 40 km je. So you'll see a lot of soldiers kat situ. Time kitorang sampai tu, ramai gila askar jalan nak masuk dalam station tu. Maybe tukar shift(?) ke apa ke I pun tak tahu lah. Rasa macam dalam war zone pun ada jugak.

One thing, Jaisalmer train station dengan Jodhpur train station ni macam nak dekat sama je building dia.

Lebih kurang kan? Boleh lah

So lepas kena haggle with a few auto driver, we finally berjaya contact Abu Safari. Faham tak sebab rimas sangat kena haggle, sampai bila Abu Safari driver tu sampai, kitorang tak percaya. Kitorang ingat dia tipu. LOL. Sampai dia kena missed call nombor Farah dulu baru kitorang percaya yang he's the driver that we're looking for.

Yang kelakarnya, auto drivers yang haggle kitorang tadi pun ikut tolong convince kan kitorang yang dia tu our driver, bukan auto driver. LOL.

Maka, bergerak lah kami menuju ke Abu Safari hotel ni. Bukan terus ke padang pasir ye, lepak hotel dulu boh.

Okay next post I sambung cerita pasal Jaisalmer Fort and the our night under the stars.

See ya!

No comments: