Thursday, June 5, 2008

siapa tiru siapa? tapi dua dua pun best!




life in a..Metro, astro box office movies, channel 952.

kamu buka pintu. kamu nampak husband kamu balik. badan dier kotor. berpeluh, busuk, dan dia baru lepas menangis.
sehari sebelum itu :
kamu mengaku yang kamu ada hubungan sulit dengan lelaki lain. hubungan kamu da berlangsung selama beberapa bulan. tapi, kamu menegaskan kamu tidak pernah melakukan hubungan atau sebarang aktiviti fizikal bersama pihak ketiga terbabit. hubungan kamu hanya melibatkan emosi sahaja.
sebelum kamu mengaku tentang skandal kamu, suami kamu mengaku bahawa dier ada hubungan fizikal dengan seorang perempuan lain. dan dier menjelaskan hubungan itu sudah berlangsung selama 2 tahun. tetapi, dier menegaskan bahawa hubungan mereka tidak pernah melibatkan sebarang emosi.
suami kamu mengambil keputusan meninggalkan kamu setelah mngetahui kmu menjalinkn hubungan emosi dengan lelaki lain.
sejam sebelum suami kamu kembali ke pangkuan kamu :
kekasih gelap kamu mengirimkan bungkusan kepada kamu. bungkusan itu mengandungi tas tangan kamu yang tertinggal di rumahnya sewaktu kamu datang melawat tempoh hari. bersama-sama tas tangan itu, telah disertakan surat yang menyatakan bahawa dier akan meninggalkan india dan berpindah ke Dubai untuk memulakan hidup baru. dier menyatakan penerbangannya adalah pada pukul 8.30 mlm pada hari sabtu. dier meminta kamu dtg untuk mengahalang dier dari pergi, atau sekurang2 nye, ikut dier bersama.
dan..hari itu adalah hari sabtu.
soalan pertama : jika kamu adalah perempuan itu? apa yg kamu akan buat?

kamu menjalinkan hubungan dengan suami orang. dier adalah bos kamu sdrik. kamu mendapat kenaikan pangkat n duet yang banyak hasil dari skandal kamu itu.
kamu telah menyatakan bahawa kamu inginkan seseorang yang menyayangi kamu. kamu sudah mula menyayangi bos kamu itu. tetapi, bos kamu hanya mentertawakan kamu dan menyatakan kamu seharusnye mencari lelaki yang menyayangi kmu. dier turut menyatakn hubungan antara kamu dan dier hanya melibatkan fizikal sahaja.
kamu menuduh dier mempergunakan kamu. dan dier telah mengungkit kembali 'jasa' nya terhadap kamu. dier mengambil keputusan untuk meninggalkan kamu.
kamu sedih. kamu kemudiannya telah meneguk sebotol pencuci lantai sehingga habis. setelah beberapa lama, seorang kawan pejabat kamu menemui kamu dlm keadaan tidak sedarkn diri. dier telah membawa kamu menemui doktor. malahan, dier turut menjaga kamu sepanjang kamu sakit.
kamu tahu dier buat mcm tu sebab dier inginkan kenaikan pangkat dan kenaikan gaji. tapi, kamu mula merasakan keikhlasan hatinye dan mula menyayangi dier.
tiba2, suatu hari, bos kamu menyatakan hasrat hatinye untuk mengahwini kamu. bos kamu sudah ambil keputusan untuk meninggalkan isteri dan anaknya untuk bersama kamu. kamu gembira dan dlm msa yg sma, kamu keliru.
bos kamu mengungkit kembali tentang 'jasa' beliau terhadap rakan spejabat kamu itu tadi. dier marah kerana rakan sepejabat kamu cuba unuk masuk cmpur dlm hubungan kamu berdua. kamu mula rse jengkel. kamu mendapat taw bhw rakan sepejabat kamu telah berhenti kerja kerana dier telah melawan ckp bos kmu dan meminta spy bos kmu melepaskan kmu.
dlm mse yg sme, inilah yg kmu inginkan. berkahwin dengan bos kmu.
soalan kedua : antara material dan hati kamu, mne stu yg kamu akn ikut?

kamu tahu bos kamu mempunyai skandal dengan rakan sepejabat kamu. kamu meminati rkn spejabat kamu itu dlm diam.
kamu mempunyai impian untuk menruskan projek hotel ayh kmu yg terbengkalai. dan satu2nye cara untuk merealisasikan impian itu, kmu harus mempunyai kabel yg kuat. iaitu dengan memanipulasi pengaruh bos kamu.
demi memnuhi impian itu, kamu melupakan perasaan kamu terhadap rakan sepejabat kamu. dan membantu bos kamu dlm skandalnye. kamu turut membenarkan bos kamu menggunakan apartmen kamu dlm urusan skandalnye.
suatu hari, kamu mendapat peluang untuk mengenali rakan spejabat kamu itu dgn lebih rapat. dier memberitahu bahawa bukan kerana wang dier menjalinkan hubungan terlarang itu.
semakin kmu mengenalinya, kamu semakin menyukainya.
suatu hari, bos kamu memberitahu bhw kmu telah dinaikkan pgkat. malahan, bos kamu juga telah mencari tender2 yg sesuai utk menruskan projek mendiang ayah kamu yg terbengkalai itu. bos kamu turut menyatakan hasratnye untuk mengahwini rakan sepejabat kamu. untuk kali terakhir, bos kamu minta kunci apartmen kamu seperti biasa.
kamu serba salah. kamu xmahu rakan sepejabat kamu dipergunakan oleh bos kamu. kamu kasihan pada isteri bos kamu. tapi dlm mse yg sme, kamu mahu projek hotel itu terus berjalan.
soalan ketiga : apa yg akan kamu lakukan? projek itu, atau rakan sepejabat yg kamu suka?


soalan pertama : jika kamu adalah perempuan itu, ape yg akan kamu buat?
jawapan saya : kalau aku, aku xkan amek pusing soal hati dan perasaan. sbb, aku merupakan isteri orang. isteri kepada suami aku. so, memang suami aku kejam. dier uat skandal secara fizikal, n aku secara emosi. tetapi dier meninggalkan aku sebab aku curang. dier x pulak fikir sepatutnye aku yg tinggalkan dier sbab dier lbey bersalah dr aku. aku cuma beberapa bulan n dier plak bertahun2..tapi, dier suami aku. aku xkn pilih orang yg belom tentu mase depan dier dgn aku. suami aku da established. ade bisnes besar, gaji besar, n uma aku pon besar. apa slahnye kami mula kembali? masing2 uat kesilapan. n cara terbaik, memaafkan dan belajar dr kesilapan.
jawapan dari filem : aku itu pergi berjumpa dengan kekasih gelapku. hanya untuk mengucapkan selamat tinggal. aku itu kembali ke pangkuan suamiku.

soalan kedua : antara material dan hati kamu, mane satu yang akan kamu ikot?
jawapan saya : klu aku, musty la aku pilih material. sebab, ''no money, no talk'' haha..mmg agak kejam sebab x fikir tentang anak isteri dier. tapi, dier yang buat keputusan tu. kalau aku ikutkan hati, untuk bersama dengan org yang aku syg, n sygkn aku, belom tntu aku bley bhgia dgn dier. blom tentu dier buley bagi ape yang aku nk mcm bos aku boley bg kat aku, kasih syg dier x menjanjikan kebahagiaan material. kasih syg xboley beli kereta bmw atau volkswagen.
jawapan dari filem : aku keluar dari kereta. dan berlari balik ke apartmen rakan sepejabatku. aku nk bersama dengan dier. wktu aku smpi kat depan apartment dier, dier da naek teksi menuju ke station. aku kejar dier sehingga aku dpt dier. kami bhgia bersama.

soalan ketiga : apa yang akan kamu lakukan? projek itu, atau rakan sepejabat kamu?
jawapan saya : aku akn memilih untuk meneruskan projek itu. aku akn menjayakan projek itu sehingga ia menjadi realiti. aku akn kembali mencari dier setelah aku berjaya. aku yakin dier syg kat aku n tahu yg aku jugak syg kt dier. biar la aku berjaya dahulu supaya aku akn mmbahgiakn der nanti. kalau aku pilih dier sekarang, mampukah aku memnuhi sume kehendak dier? n mampukah aku membahagiakn dier. tambhan, wang yang aku ade pon xsbyk mne. kasih syg aku x menjanjikan kebahgiaan untuk dier.
jawapan dari filem : aku x sggup melihat perempuan yng aku syg disia-siakn oleh lelaki seperti bos aku. aku amek keputusan untuk meletak jawatan dan membina hidup baru. walaupun aku x pernah menyatakan perasaan aku terhadap dier, tapi aku yakin dier ade menaruh hati padaku. buktinye, dier mengejar ku sehingga ke station. aku amat yakin kami akn bhgia bersama.

ini adalah sedikit rentetan dan coretan dr filem ini. filem ini sebuah flem hindustan yg juga sebuah filem yg mempunyai teknik penceritaan secara layer sperti filem yg aku review sebelum ini. cerita ni juga sebuah ceita yg sedrhana tnpa ade watak2 yg keterlaluan seperti ank org kaya yg melampau atau org jhat yg teramat kejam. cerita ini sggh tenang tnpa ade sbrg gangguan. tiada koreografi trian seperti yg biasa kite lihat. sebaliknye, lagu2 tersebut dipersembahkan oleh sebuah kumpulan muzik dan kelihatan seperti muzik video d dlm filem. cume terlalu byk cerita yg disertakan. nmun, kesemua cerita itu berjya diceritakan tnpa wujud sebrg kekeliruan dpd naratif cerita.seronok ditonton seorang, bersama teman, kawan, atau bersama family.

bintang : three star n a half.




No comments: