Saturday, December 27, 2008

...

mereka kata mereka benar. merekalah pendeta.
dia dituduh pendusta. cakap tipu semata mata untuk minta orang percaya.

malas ambil pusing pada mulanya, sehinggalah mereka itu [dia dan mereka] mula berbicara tentang hukum.

hukum apa?

alah, hukum tu lah.

hukum itu sudah tertulis dalam Kalamullah. tentang hukuman kepada yang tidak melaksanakan. beratnya seksaan jahanam.

ustazah cakap dulu, kalau sudah tertulis dalam Kitabullah, maka, hukumnya wajib. tak boleh tak buat. berdosa.

jadi bila dia kata dia akan laksanakan hukum itu, mereka macam mempersenda.

dosa kan kalau kita mempersendakan hukum Tuhan?

kenapa mahu bermain dengan Yang Maha Besar sedangkan kita ini kerdil dan tak tahu tentang perancangan-Nya?

kenapa perlu mendabik dada dengan harta yang membawa kita jauh dari Nya?


oh Tuhan, selamatkan kami dari makhluk makhluk durjana.


.

No comments: