Wednesday, January 21, 2009

ya, bahasa saya bahasa purbakala.

kadang kadang saya malu nak bercakap dengan orang.


bukan sebab saya pelat.

bukan jugak sebab saya sengau.

bukan sebab mulut saya busuk.


"cuba cari di ruangan tu,"
mereka senyum sinis.

"ouh, selesanya pakai sepatu ni,"
mereka gelak berdekah dekah.

"wahhhh! kacaknyaaaaaa!!"
mereka buat pandangan pelikk.


saya punn akan tersipu sipu malu. sudahlah saya pemalu. kamu tambahkan lagi sifat malu saya yang ayu ini. :P

dari kecik memang saya baca novel melayu, dah remaja baru baca novel inggeris sebab saya sudah tak tahu tentang perkembangan pengarang novel melayu yang saya minati dan gilai itu.

sobs, ouh saya sedih.

kadang kadang saya lupa nak berbahasa rojak seperti remaja remaja lain. yang urban dan up to date.

saya lupa orang tak panggil ruangan, orang panggil section.
saya lupa orang tak kata kacak, orang cakap handsome.
saya lupa orang cakap "seriously, i told you!", bukan "sungguh, tak tipu!"
saya lupa orang panggil heels, bukan tumit tinggi.

dulu saya seronok baca prosa tradisional, cerita tentang pertarungan hang tuah dan hang jebat, kesah peminangan puteri gunung ledang dan cerita cerita laen dalam buku sastera bahasa melayu di tingkatan empat dan lima.

kawan kawan saya merungut kata mereka tak faham. bila saya terangkan apa yang mereka tak paham tentang prosa prosa tradisional tu, mereka akan kata :

"kau ni memang budak purbakala la mira,"
"hang ni belle, retro betol"


susahlah macam nie. kasehann bahasa malaysia saya. lama lama mesti dia pupus. saya ponn sudah mula merosakkan bahasa kesayangan saya.

kasehan kamu, bahasa.

tetapi, walau apa pun, saya tetap mahu berbahasa dengan cara saya sendiri.


biar nampak pelik.
biar nampak purba.
biar nampak aneh.
biar nampak tak urban.
biar nampak kuno dan uncool.


ada saya kesah?

.

12 comments:

nurfaizah.hasim said...

hahahhaa..
ajar la sya berbahasa purba..
agar x digelar thai lg..
hukhukhuk..

Mohamad Nazmi Zaidi said...

like we care about them.

persetankan mereka. kita lagi penting. lagipun bukan mereka tak paham bahasa kita.

Mireya said...

faizfaizah :
saya rasa kamu kena thai sebab muka kamu yang kecinaan itu kottt.
:P

mighty jacksparrow :
yeah. like we care bout them.
i love my languange!

Anonymous said...

"hang ni belle,retro betol" - adakah kata2 ini diucapkan oleh datin?he3

Rosma said...

to anonymous,
woi!
bukan aku laa!
ooooo...kalu 'hang' ja mst aku la??
hmpehhh..
aku taw la aku org kulim (xdk kna mngena)
belle,
saya suka mendengar anda berbahasa purbakala.. sungguh kelakar nian..
ahaks

Mireya said...

anon :
bukan rosma laaa.
orang laenn.
hee :P

rosma :
ehem!
kelakar nian tak wujud oke!
and it's soooo wtff??!!

emellia shariff said...

belle,saya juga berbahasa purbakala kadang2.
jadi,marilah kita bersama-sama menubuhkan kelab berbahasa purbakala di mana anda buleh menjadi pengerusi dan saya naib pengerusi,mungkin?
biarlah apa org nak kata.biarkan mereka berkata kata.kita kesah apa.

smek,sungguk kelakar nian itu tidak wujud barangkali.

c:

Mireya said...

yayyy!
kelab bahasa purba.

ouh. sungguh menarekkk!~

mimiyana said...

ak pon nk b'bhse begitu juge
tp............
kosa kate bm ku sgt la sdikit
ak x taw laaaaaaaaa
huhu

Mireya said...

mimi oveeerrrrr!!!!!!!!!!!

mimiyana said...

mimi oveeerrrrr!!!!!!!!!!!<--mengapekah??
betul la ape yg ak ckp 2
sunnguh, x tipu
;DD

Mireya said...

hahaha.
ape ape je la mimi.

:P