Wednesday, February 11, 2009

kesah rosma dan si kucing oren.

Tahun Baru Cina yang lepas, saya habiskan masa bersama sama kawan perempuan saya menjadi bunga bungaan yang sangat lah bimbo.

kemudian, rosma memberitahu saya bahawa kakak beliau mahu turun ke Tronoh untuk melawat kami di UTP sambil membawa kucing barunya.

kucing kakak rosma namanya Bubbles. atau nama glamornya, Bewls. bagaimana mahu sebut nama glamor kucing kakak rosma? itu tanya beliau sendiri.

saya sendiri pon hampir tergeliat lidah untuk sebut nama glamor kucing itu. jadi, saya lebih suka panggil kucing itu dengan nama penuhnya, Bubbles.

bubbles ialah seekor kucing betina yang berbulu lebat dan kembang. atau dengan erti kata laen, Bubbles ialah kucing parsi betina yang berwarna oren.


inilah bubbles tu. gambar ini saya curi dari blog kakak rosma. peace yaw!

rosma pernah bercerita tentang bubbles kepada saya dahulu. rosma kata beliau sangat sangat suka bermain dengan bubbles. peluk peluk bubbles, lihat bubbles lari lari, ambil gambar dengan bubbles, dan macam macam aktiviti lagi lah bersama dengan bubbles walaupun beliau sebenarnya ada alahan dengan kucing.

saya kemudian bertanya,
"bubbles kalau berak, tahi dia macam mana? ada bau macam busuk tak?"

rosma kata,
"i don't know, i pernah jumpa dia sehari je, lepas tu tak jumpa dah."

mata saya jadi kecik je bila lihat rosma. rosma sengih sengih. ouh baby, you memang suka exaggerate lah.

kemudian, selepas sesi suai kenal dengan bubbles dan kakak rosma dan kawan kakak rosma, iaitu kak fazura farah, kami semua bertolak ke Lumut untuk berfoya foya bersama.

rosma sangat riang kerana dapat bertemu dengan bubbles yang baru dia kenal untuk sehari itu. saya hanya tengok sahaja reaksi rosma yang teruja itu.

bubbles resah di dalam kereta. dia mengiau sana, mengiau sini. pusing sana, pusing sini.

rosma tanya,
"meow meow kenapa meow meow? duk sini meh,"

*jangan pelik, rosma memang suka berbahasa kucing.

rosma terus angkat bubbles duduk di atas riba beliau. ajaibnya, bubbles duduk dengan gembira dan statik di atas pangkuan rosma. gembira tu saya tak pasti, tapi yang saya tahu, bubbles memang statik.

bubbles tengok keluar. kepalanya di dongakkan.

rosma,
"meow meow tengok apa tu meow meow? kenapa tak panjat tingkap kalau nak tengok luar?"

saya,
"selalunya, kucing kalau duduk macam ni maksudnya dia nak buang hajat,"

rosma gelak gelak sebab dia ingat saya nak buat lawak.

tak sampai beberapa saat lepas tu,

AAAARRRRGGGHHHHH ARRRGGGGHHHHH ARRRRGGGGGGHHHHHH!~

saya dan rosma terjerit jerit di belakang kereta dan kakak rosma dan kak farah sedang gelabah di hadapan.

seterusnya, we found ourselves tersadai di tepi jalan.

mulut saya sangat masin. bubbles kencing di atas riba rosma.

untuk pengetahuan, rosma pakai baju baru yang mimi belikan sebagai hadiah hari jadi sewaktu kami keluar ke parade sebagai bunga bungaan.

perjalanan kemudiannya diteruskan selepas sesi cuci mencuci dijalankan dan gelak gelak untuk beberapa minit.

bubbles menyorokkan dirinya di bawah tempat duduk kakak rosma [driver] for the rest of our journey from UTP to Lumut and Lumut to UTP.

rasa bersalah, barangkali.



jadi semua orang, kalau anda nampak kucing duduk dalam posisi sebegini ketika di atas riba anda, atau ketika dalam apa apa jua keadaan, sila tolak kucing itu cepat cepat atau lari jauh jauh.

jika tidak, you'll end up menjadi rosma.


cerita ini kesah benar.

maaf lah saya baru cerita tentang peristiwa tahun baru cina di kala semua orang baru lepas sambut thaipusam.
.

4 comments:

Rosma said...

babe!

btoy la i buat suma tu dalam sehari!
tgk dia lari, pelok2 dia.
apa yg exaggerate nya??

u memang tak guna, kan?
buat i macam mangsa yg amat pathetic.
hoish.

Mireya said...

hahaha.
exaggerate sebab cerita macam dah kenal puluhan tahun.

hahah.
i'm good at telling stories.
xpe la, biar ramai sikit yang simpati dgn u.

ak ak ak ak
:P

ronron said...

hahaha...
bubbles so cumil la...
if i was there
i will do the same thing
but i will not receive the same thing ..ngahaha...

Mireya said...

hahahah.
betol betol.
juz rosma je y lucky enough.

ak ak ak ak ak.
:P