Sunday, February 15, 2009

pengalaman duduk di sebelah bimbo : memang menyakitkan hati.

menyesal sungguh aku kata dua tempat kosong kat sebelah aku ni tak ada orang. kalau tak, tak ada lah aku menderita sampai macam ni.

ni tentang minah dua orang yang aku duduk dekat sebelah aku dengan kawan aku. mula mula mereka ni datang dengan geng lah. kalau tak silap aku, enam orang. tapi, diorang ni je tercampak duduk kat atas. yang lagi empat duduk barisan bawah depan barisan kitorang.

mula mula minah dua orang ni okay lagi. lepas tu mula lah. membingit aje kerjanya. bising nak mampos!

perempuan satu,
"weh, spotted! spotted! tangga atas sekali sebelah kiri,"

perempuan dua,
"mana? mana? mana? wahhh!! seriously like seriously??"

lepas tu perempuan dua pergi bagitahu kawan kawan yang kat depan tu. ya Allah! seriously macam kepochi nak mampos. macam mami jarum.

lepas tu masing masing tu dok uhhh ahhh wahhh euwwww and tah apa apa macam lagi bunyi sound effect yang diorang buat sambil sambil dok gossip.

yang tak boleh belah tu, ada perempuan satu dengan perempuan dua ni dok maen apa jadah tah, asyik cakap *"get out of my face, get out of my face" banyak banyak kali sambil buat gaya yang pelik pelik.

perempuan kedua pon buat jugak, tapi dia ni asyik gelak je. entah apa yang lawak tah. aku pon tak paham.

dari awal sampai habis, diorang asyik memekak je. tak duduk diam langsung.

sekejap sekejap buat aksi suparjo macam dalam iklan petronas tu bila tengok persembahan dari indonesia, then asyik berangan nak masuk menari pulak, sekejap komplen kata tarian tak sesuai dengan tajuk lah, apa lah.

nak elok buat sendiri la!

lepas tu, ada satu part tu, budak budak dua orang ni pergi usha budak lelaki yang kat depan kawan aku ni. aku rasa budak lelaki tu kawan kawan diorang gak kot. masalahnya, mereka ni dok bising bising

"OHHH EMM GEEE! OH TEE KAYYY!! OH TEE KAYY!! it's soooo gayyy!"

lepas tu diorang gelak gelak. sedangkan aku tengok budak budak tu tak buat apa pon. next yang aku tahu, diorang tengah gelak gelak.

aku tak kesah sangat kalau diorang nak happy happy gelak gelak, tapi masalahnya, jangan lah cakap kuat sangat sampai kau nak kasik satu dewan dengar apa yang kau cakap.

haish.

kawan kawan yang kat depan pon gagah nak bersembang yang kat atas. bising betol perempuan perempuan ni.

baru ingat nak ngorat.

double haish.

sumpah aku tak nak duduk sebelah atau dekat dekat dengan geng geng bimbo ni dahh!

















inilah yang saya dan mimi rasa perasaan lelaki yang duduk kat sebelah kitorang
semalam waktu FESCO. hehe. maaf ye semua. saya dan mimi memang bersembang kuat sikit. maklumlah, mimi tak ada suara, jadi dia kena jerit sikit. saya pula bila get excited macam tu lah jadinya.

hehe.

*ini aksi regina hall dalam cerita scary movie 1, yang scene dalam wayang tu.

**fesco best, tapi camera work dia disappointing la. ada dua camera kan? tapi kenapa banyak fokus kat satu angle je? and selalu fokus kat satu tempat tu lama lama. suppose tambah satu or dua camera lagi. baru best visual dia.

next time jangan buat lagi lah ye? camera director kena learn from mistakes malam semalam yang sangat banyak tu.

8 comments:

Rosma said...

ish..
serius sangat menyampah dengan 2 orang kat atas tu.
mula2 dengaq depa cakap pasal rajoo, pastu the next thing pasal mahsuri, pastu pasal teloq plak.
pastu dua2 dok recite "get out of my face" tak abeh2.
i still can't relate the relationship.
haish

Mireya said...

hahaha.
hanya kami sahaja yang boleh relate.
ngeh3.

sumpah gelak bila dok bayang "get out of my face" tu.

hak3. :P

Mohamad Nazmi Zaidi said...

atas stage stairs belah kiri itu adalah saya.

oh. itu pasal saya benci duduk sama minah. kalau minah satu orang x apa. minah satu geng, no no.

kamera video ada 3 smlm. satu terpaksa statik sebab nak amik center view. satu on mobile tripod dan satu on shoulder support + tripod.

nampak sarah x smlm? =b

nurfaizah.hasim said...

ya~
saya juga rse 2 perempuan y dok dbelakang saye mmg bising!

haiissssh..
len kali dok diam2 ya!

capitalFUE said...

semakin kuat lagu smakin kuat sore mot..hahaha=DD
aq de dgr psl teloq!!hoho

mimiyana said...

telur de kaitan ngn mahsuri. n get out of my face 2 kalo nk taw tgk la scary muvee 1 ye. hak3
minah 2 org 2 mmg kepoh gile nk mmpos. bile la diorg nk insap
sowy ye brader kt sblh. ak taw korg bengang tp nk wat cane an. thn je la.
;ppp

Mireya said...

jack :
tak perasan lah. hehe.
tapi serious camera selalu fokus kat satu angle je.
nak usha dancers pon x bole.
hahah.
duduk sebelah minah ramai ramai memang selalunya menyakitkan hati. hehe.

saya nampak sarah semalam! yayy! penat carik. :P

faizfaizah :
hahahaha.
next time?
dalam wayang pon memekak macam tu jugak, next time la sangat kan?

:P

Mireya said...

capitalfue :
hahaha.
mimi memang.
nak tau cerita telur secara detail, tanya mimi okeh?
:P

mimi :
tu laaa, kalau tak kan mimi, mesti kita da dapat nombor telefon.
hak3
:P