Sunday, February 22, 2009

saya tahu nak salahkan siapa kalau lepas ni ada orang mati terbakar.

saya sedang enak bermain dengan incik lappy-top[less] saya. dan ouh, hari ini internet sungguh sopan dan bertamadun.

terima kaseh. :)

kawan kawan yang lain tiada. mimi dan rosma pergi ke Lala Land, Somewhere Over The Rainbow. entah siapa yang mereka jumpa malam ni, itu saya tak tahu.

saya kini sedang teruja dengan urban legend. kesah kesah macam ni best. nasib baek kesah hantu amerika. jadi, saya tak lah takut sangat. sebab saya rasa, hantu amerika tak mungkin akan sampai ke malaysia.

sebab hantu mengikut demografi penduduk. siapa pernah dengar hantu pocong merayau rayau di belakang Trump Tower?

macam tu lah saya rasa bila saya kata drakula mungkin tak akan bertenggek di tepi tingkap anda.

wahh, cakap besar. kena lamar dengan edward cullen si vegetarian vampire tu baru tahu.

sedang saya melayan perasaan sambil ber-ym, dan juga sambil melayan urban legend yang banyak melibatkan kesah manusia saiko tu, tiba tiba ;

KRINGGGGGG! KRRIIINNGGGG! KRRRIIIIINNNNNGGGGGGGGG!!!~~

di susuli dengan,

*knock* *knock* *knock*
bunyi orang ketuk pintu kuat kuat secara gelabah dan tergesa gesa.


OHMYGOD! apakah yang sedang berlaku ini? apakah? apakah? apakah??????

adakah di UTP ada urban legend juga?
ini sungguh menakutkan!!

bila saya amati bunyi loceng tadi, saya rasa itu bunyi loceng kecemasan.

oh tidak,
mungkinkah Ghost Rider kemalangan di atas bumbung hostel lalu menyebabkan kebakaran?


saya kejutkan rosma dan mimi. kami lari lari untuk segera turun ke bawah. dalam hati saya berdoa supaya tiada seorang pun dari penghuni hostel ini mati rentung.

OMG, OMG, kami semua anak anak gadis yang masih belum berkahwin. oh, tuhanku.


kami kemudiannya dikumpulkan, dan dikira bilangannya. setelah membuat perkiraan, ALHAMDULILLAH, semua anak gadis mempunyai peluang dan harapan untuk berkahwin.

semuanya selamat.


"today is just a practise for the Health and Safety Environmental Week, HSE. this firedrill practise is done by the RCSU.....you should be alert anytime you listen to the bell ringing..next time.."


nasib baek tadi saya bukan sedang mimpi berdating dengan incik incik idaman malaya, dan nasib baik saya bukan di Lala Land, jika tidak pasti baju saya sudah koyak koyak dan kulit saya pasti akan bertukar hijau seakan akan rumpai akibat marah.


siapa siapa nak join main pecah kaca pecah gelas?
.

6 comments:

FAIZFAIZAH said...

hahahahhaha..
bodoh nye loceng.
aku bru mimpi bes.
kan dh lupe.
nak sambung xbley lak 2.
haishhhhhhhh...

mireya said...

bodo kan.
kalau ada bomba xpe gak la.
at least bole enjoy tgk org kene siram.

hahahaha
:P

Nasz aka Spiderman said...

ish3...ak baru je nk tido mse tu...haha...ak tgk roomate ak mcm x mampu nk bgn..so,ak pn ignore je la loceng yg sengal tu...haha..

mireya said...

hahaha.
kitorang saket hati dengar bunyi orang ketuk ketuk pintu.
haisshhh!
kacau sungguh!

:P

rosma said...

"saya kejutkan rosma dan mimi. kami lari lari untuk segera turun ke bawah. dalam hati saya berdoa supaya tiada seorang pun dari penghuni hostel ini mati rentung."



ohhhh..
aksi ini merupakan satu penipuan yang sangat ketara!
ketika saya sedang memakai tudung, saya nampak kamu masih lagi bergolek2 atas katil.
dan kita saling bertukar soalan
"weyh..nak turun ka? malas la.."
dan
"bodoh la sapa yang buat fire drill neh".

ehem.

tiada sebarang riak wajah kerisauan pon kat muka u.
sebaliknya, muka sangat bahagia pada pukul 5pagi.
kenapakah??
;)

mireya said...

ala u ni rosma. potong betol lah.
kena buang dari konspirasi la kalau macam ni.

ni untuk menambah perisa je. baru sodap.

macam makan nasi putih dengan kicap dan telur mata. kalau ada sambal baru siokk.

ak ak ak.

bahagia di pukul 5 pagi? ouh, itu rahasia.
:P

[terbang~ terbang~ kepak kupu kupu]