Sunday, April 19, 2009

bukti saya budak naive yang innocent dan tidak tahu apa-apa. [part II]

"rosma, you tahu tak sebenarnya jalan nak ke panggung wayang ni?" saya bertanya kepada siti rosma. wajah beliau sudah menunjukkan kerisauan.

cik jah di belakang tidak menunjukkan sebarang reaksi. manakala, mimi yana pula berwajah gembira kerana cita-citanya untuk berjalan-jalan ke Lumut bakal menjadi kenyataan.

"errr...i tak ingat jalan lah. sekejap, nanti i tanya orang,"

saya sudah mula takut. segala macam perkara tidak baik berlegar-legar di kotak pemikiran saya. bagaimanalah saya yang naive ni boleh bersahabat dengan mereka ini.

OH TUHAN, selamatkan kami.

tidak beberapa lama kemudian, siti rosma memakirkan keretanya di hadapan al-Ikhsan Manjung. saya yang gelisah dan tidak sedap hati terus bertanya kepada siti rosma tentang hala tuju kami selepas ini,

"you jangan risau, i dah panggil pasukan bantuan keselamatan. kita akan selamat, belle" siti rosma cuba meng'assure' saya.

saya pandang mata siti rosma dan kemudian saya mengalihkan pandangan ke luar. hujan masih rintik-rintik. kemudian, saya mengambil blotter clean and clear untuk membuang minyak.

walaupun saya risau, tapi penampilan mesti kena jaga jugak. rugi saya tak bawak bedak dengan eyeliner, kalau tak boleh touch up. nasib baik ada lip balm.

tiba-tiba ada suara nyaring dari tempat duduk belakang,

"wehhh, jom ah ambik gambar!!" mimi yana, seperti biasa, akan mengajak kami berbuat benda yang tak sepatutnya, di saat-saat genting.




boleh nampak tak wajah naive saya kalau nak dibandingkan dengan wajah cheeky mimi yana, dan wajah naughty cik jah? oh, jangan terpedaya dengan muka siti rosma. you know, as the saying goes, looks can be very deceiving. sama lah macam siti rosma ni.

saya memang naive.

tidak beberapa lama kemudian, pasukan keselamatan pun tiba. mereka membantu menunjukkan jalan dan melindungi kami ketika membeli tiket di panggung wayang tersebut.

kami sepakat ingin menonton cerita "JANGAN TEGUR". sungguh mencabar menonton cerita hantu di waktu asar. jam menunjukkan pukul empat setengah petang.

wayang start pukul lima petang.

"apa kata kita pergi ambil gambar di studio? mesti best!" saya yang naive memberi cadangan yang naive.

mereka memandang saya dengan pandangan disgust. saya malu sendiri.

"kita pergi Lumut jom. sepuluh minit je dari sini," ketua pasukan penyelamat memberi cadangan.

saya pandang wajah gembira mimi yana yang seronok hajatnya untuk ke Lumut bakal terlaksana. saya mahu ambil gambar. saya tak mahu ke Lumut. tolonglah sesiapa dengar rintihan hati saya.

[bersambung lagi...]

5 comments:

mimiyana said...

WEY!!! i'm the most innocent person u can find in this world. how could i do all those things??? XD. IMPOSSIBLE!! hahahaha

Mireya said...

mimi,
kan saya dah cakap, jangan tipu orang.
tak baek.
awak ni naughty lah.

:p

Mireya said...

haha.
xde ape pun.
tapi saja je sebab ada orang tu tak pernah gi lagi.

HAHAHA.
:P

nurfaizah.hasim said...

hahhahah..
mahu menunjukkn keindahan lumut pada mimi.

mimi y bersalah!
kami hanya membantu beliau menggapai cita-cita.

Mireya said...

hahahahaha.
mimi memang.

ehh. rythmic plak.
HAHAHA.