LIMA MINIT OKE.
jadi, jangan tanya kami apa yang terjadi pada lima minit pertama cerita JANGAN TEGUR tu sebab sumpah kami tak tahu apa-apa. masuk je cerita dah mula ditayangkan. dan, ada mayat di tengah sambil orang baca Yasin and nadia mustafa sedang menangis teresak-esak macam ada orang mati (refer to mayat).
ha, kan dah tak saspen.
dan di dalam panggung itu, baru saya tahu yang mimi yana sebenarnya seorang yang sangat fragile walaupun muka dia macam garang and ala ala gaya mak tiri.
saya yang naive lagi baik hati ini sentiasa duduk bersama mimi yana untuk menenangkan beliau dan memberitahu beliau tentang apa yang telah terjadi dan akan terjadi seperti "hantu alert!" "hantu alert!" (lagi) dan "hantu alert!" (dan lagi).
semua kerana mimi yana telah menutup mata dan enggan menonton cerita tersebut. ataupun apabila saya, dengan naifnya secara excited memberitahu ;
"mimi, hantu dah nak keluar! ready untuk jerit!!!" dan mimi yana akan memberi reaksi,
"mana dia? mana dia?" sambil cermin matanya diletakkan di dahi. mimi yana sungguh funny orangnya.
siti rosma pula duduk di tepi hujung sebelah kanan bersama cik jah menggeleng-gelengkan kepala melihat mimi yana membuli saya. tak mengapa siti rosma, saya rela.
PROMOSI : panggung wayang di Setiawan itu menyediakan bertih jagung yang SANGAT SANGAT SEDAP RASA LEMAK MANIS DISUKAI RAMAI dan membuatkan saya dan mimi yana berangan andai kami duduk di Setiawan, pasti kami akan singgah di panggung itu untuk membeli bertih jagung semata-mata. SILA BAYANGKAN BETAPA SEDAPNYA BERTIH JAGUNG tersebut. dan SILA RASA JELES sebab anda tak dapat rasa. HAHAHAHA.
selepas sahaja habis menonton wayang, saya dibawa oleh kanak-kanak liar ini bersama dengan ketua bantuan keselamatan bersama adik perempuan beliau untuk makan di Kopitiam.
kami enam orang, tetapi duduk di tempat makan untuk empat orang. makanya, saya tersepit di hujung. kasihan saya. mentang-mentang lah saya naive.
pose budak naive yang cuba ditiru oleh cik jah dan mimi yana. mereka ingat boleh deceive orang untuk percaya yang mereka juga naive seperti saya. (muka saya yang paling naive, as you can see).
ini semua penangan cerita JANGAN TEGUR sebab ada scene suami dia mati atas kereta. (again, hilang suspend) saya pun tak tahu kenapa siti rosma nak takut sebab dia bukan dah kahwin pun.
tapi, sebagai budak naive, saya iyakan sahajalah ketakutan beliau itu dan bersetuju untuk tidak balik. mimi yana dan cik jah dah senyum lebar dah.
PERSOALANNYA DI SINI : DIMANAKAH HENDAK KAMI TINGGAL SEKARANG?
anda tahu siapa antagonis dalam cerita ini kan? maka, mimi yana dengan terujanya berkata ;
"LUMUTTTTT!!!"
dan bermulalah pengembaraan kami yang sebenarnya...
[sambung next post oke..]
.
3 comments:
WEY!!! smpinya hatimu~ (smbil nyanyi oke)hahaha. kijam tol. ak gak yg jdk antagonisnye. ish
FOR THE LAST TIME!!
I TAKOT NAK DRIVE TU BUKAN SEBAB HANTU!
TAPI SEBAB EKSIDEN!
haish.
self absorbed btoy la rumet aku neh.
btw, sapa penunjuk jalan tu??
;)
menyampah!
mimi :
naseb anda la. HAHAHA. siapa suruh excited and mengaku tak penah g Lumut. kan dah kena.
eleh, mimi suka sebenarnye kan? kan? :p
rosma :
ni lagi satu. aish.
penunjuk jalan? ade cite sal penunjuk jalan ke? ape u merepek ni?
HAHAHAHA.
rosma dan mimi are my favourite pets. HEHE
:P
Post a Comment