Sunday, April 26, 2009

episod terakhir pengembaraan bimbo fantastic!

PERHATIAN : entry ini sangat banyak gambar cantik! HAHAHAHA.

mimi yana memang fanatik dengan saya. beliau cuba sedaya upaya untuk mengusik saya.

cuba compare saya yang naive dengan siti rosma yang deceiving, anda percaya siapa lagi?

budak-budak liar yang tidak naive.

CONFESSION : pemandangan malam di Lumut memang sangat cantik. tapi, sebab hujan malam itu maka tak ramai orang. dan sebab banyak lelaki yang teruja melihat perempuan, membuatkan hajat kami untuk merayau-rayau terbantut.


boleh buat poster drama kan? saya watak utama mangsa kes cinta tiga segi, rosma sebagai kekasih yang malang, cik jah sebagai watak antagonis.

siapa yang paling naive? tentulah saya!

this picture explained everything. semua yang tertulis dalam gambar ini betul.
gambar ini cantik, kan? kan?

saya betul-betul nampak naive dalam gambar ini, kan? siti rosma, masih deceiving.

cuba teka siapa di sebelah saya? gambar ini sesuai untuk dijadikan invitation card untuk girls' night out selepas ini. muka saya memang muka commercial.

seperti yang anda dapat lihat, itulah wajah mimi yana yang super duper happy sebab cita-citanya untuk ke Lumut akhirnya berjaya. siap dapat bermalam lagi di Lumut.

seperti biasa, budak naive seperti saya juga yang menjadi mangsa. nak buat macam mana, nasib orang naive memang begini. tak mengapa, saya redha dengan ketentuan-Nya.

kami akhirnya membuat keputusan untuk tidur di Hotel Putra, Lumut. sebagai seorang yang mempunyai pemikiran yang naive, saya agak risau untuk ditidurkan tidur di situ kerana bimbang andai tiba-tiba ada serbuan dari Jabatan Agama Islam Perak untuk mencari pasangan-pasangan khalwat.

walaupun sebenarnya, kami semua perempuan. biasalah, pemikiran orang naive memang macam ini.

kami mula mengeluarkan barang-barang yang telah dibeli di Giant sebentar tadi. semuanya barang-barang budget yang sangatlah murah. berus gigi pun beli berus gigi yang enam batang, RM 2.79 sen.

berdarah gusi saya pakai berus gigi tu. gila keras. boleh buat berus kasut tahu.

dan, saya nak kongsi satu rahsia, sila berhati-hati dengan cik jah kerana dia boleh membuat anda menjadi mangsa pada bila-bila masa sahaja. saya sudah terkena sewaktu kami berdua-duaan di dalam bilik.

nasib baik saya tak diapa-apakan.

dan, malam di Lumut juga mengajar saya bahawa apabila kita hidup di zaman serba moden ini, lelaki juga akan menjadi semakin menakutkan dan membuatkan hidup perempuan lebih mencabar dan terasa seperti kembali hidup di zaman di mana adalah bahaya untuk perempuan keluar pada waktu malam even secara beramai-ramai.

sebab lelaki-lelaki ini ibaratnya singa lapar yang mencari mangsa sebab dah kebulur tak makan seminggu, dan Jaha Budak Kelantan versi kurang kacak,kurang seksi, dan kurang macho sememangnya wujud.

sungguh takut. kepada perempuan-perempuan di luar sana, sila jaga diri baek-baek.

penat berjalan-jalan di Lumut, kami ke Teluk Batik pula. nak mandi, tak bawak baju. lagipun, risau kulit kena sunburned. saya tak perlu tanning, saya memang dah tan sejak kecil lagi.

mimi yana perlu tanning. tapi kami tak mengendahkan permintaannya untuk tan diri sendiri. last-last dia merajuk.

mimi yana, kalau merajuk, lebih kurang macam ni. tapi, bak kata siti rosma, mimi yana posing macam nak masuk ruangan berkenalan dalam majalah MANGGA.

kami pulang ke UTP pada jam 3 petang, lebih kurang. 24 jam kami merayau dan merayap. sedangkan pada hari rabu, kami ada test Kimia. well, kanak-kanak hedonist macam kami ni memang melampau.


anddd, kepada kamu yang membaca ni, sila diam-diam oke. parents kami tak tahu tentang perbuatan kami. kalau tiba-tiba rasa nak jadi part of our family, sila kunci mulut.

kalau nak rasa silent treatment dari budak naive, sila lah beritahu.

tapi, jangan lah. kita diam-diam oke. kita kawan kan? tak kan tak kesian dengan budak naive macam saya ni kut?

kepada the bimbos yang lain, yang tak dapat join, maaflah ye. sila jangan salahkan saya. saya ni naive, tak tahu apa-apa. rancangan ini rancangan mengejut. lain kali, kita plan baik-baik, kasi cantekkkk punya, kita terjah Genting. nak?

kut lah jadi Final Destination 3 kat situ. HAHAHA. okay, that's not funny. that is super scary. yeah, i know.


dengan ini, saya melabuhkan tirai kisah pengembaraan bimbo ke Lumut.

casting ; mimi yana as mimi yana, siti rosma as siti rosma, cik jah as cik jah, saya as budak naive, incik misteri as ketua pasukan penyelamat, adik perempuan incik misteri as adik ketua pasukan penyelamat, and farah dyana as bimbo kecewa yang tak dapat ikut.




buh-boiye!!

.

6 comments:

nurfaizah.hasim said...

yessss!

i'm d 1st 1 y comment.
yabedabedoooo...

gmbr kite sgt chantek...
hhehehehe..

Mireya said...

tahu xpe.
saya sukaaa!!

j1da said...

budak ni mmg tak study. bukannya sat nk mengarang...edit2 pics lagi...tapi takpa, mana tau boleh buat freelance writer or photog as side income nnt

Mireya said...

hahaha.
taw xpe.
study buat pening pale la.
so, kena bikin happy sikit.

heheh :)

emellia shariff said...

bestnya.jika aku ke pekan lumut,ampa kena bawa aku berjalan jalan k.

Mireya said...

memang best! :)

haha. insyAllah.
no hal la!!