Saturday, May 16, 2009

post ini telah mencalarkan imej naive saya, tapi saya tetap naive!

"fadil, kalau aku buat ayat macam ni, kau marah tak? ayat ni lah ayat paling best yang boleh aku fikir,"

"ayat apa? baca sikit"

"Ahmad Fadzil memerah susu lembu di kandang milik Amira Nabilla. HAHAHA. best kan ayat ni?"

"kurang ajar kau mira! siap kau nanti aku buat ayat lagi teruk dari tu. kau tunggu!"

"kau ingat kau seorang je boleh buat ayat? aku pun boleh kut!"

"oke!"

"oke!"


(gaya cakap "oke!" macam gaya couple bergaduh sebut "fine!". saya budak sekolah luar bandar. waktu kecik-kecik dulu mana reti speaking, fuck pun waktu tu tak tahu benda apa.)

kedua-dua orang pengawas darjah empat dari kelas Empat Merah ini kemudiannya nekad untuk menghantar buku latihan Bahasa Malaysia mereka tanpa mengubah sebarang ayat pun.

seminggu selepas itu,

"Amira Nabilla, Ahmad Fadzil, Adam, sila ke hadapan, SEKARANG!"

oke, saya sudah dapat sense trouble untuk mereka bertiga ini. tapi kenapa BERTIGA? Bukan yang ada masalah cuma dua nama pertama itu je ke?

"kamu tiga orang ini pengawas, baru umur sepuluh tahun, tapi dah pandai buat bukan-bukan!" (siapa fikir benda lain dia notty)

saya duduk di hujung sebelah kiri menghadap kawan-kawan, Ahmad Fadzil duduk di tengah, dan Adam duduk di hujung sebelah kanan, berdekatan dengan meja guru. kami semua diam dan tunduk memandang lantai.

" 'Ahmad Fadzil membilas seluar dalam yang baru dibasuhnya di luar rumah pada hari Ahad yang lalu.' apa ayat macam ni? tatabahasa dah betul dah, tapi kenapa kena guna seluar dalam? tak ada benda lain ke nak guna?

" lagi satu, ' Amira Nabilla memerah baju dalam orang gajinya ketika dia membasuh baju pada minggu lepas. ' kenapa kena guna baju dalam? tak ada benda lain ke?

" baru umur sepuluh tahun dah pandai buat ayat lucah. kamu ni pengawas sepatutnya jadi contoh pada rakan-rakan yang lain, bukan bagi contoh tak baik! kelas, apa yang kita nak buat pada tiga orang yang dihadapan ni? "

"kita rotan dia cikgu!" ada suara sumbang dari belakang kelas bagi cadangan. jangan ingat saya tak tahu suara siapa itu.


" Adam, yang bergaduh buat ayat tak senonoh ni cuma amira dengan fadzil je, kenapa kamu pun nak sibuk-sibuk tulis ayat tak senonoh macam ni juga?"

Adam sengih.

selepas itu, tangan kanan ketiga-tiga orang kami kemerah-merahan dan muka pun jadi merah padam sama warna dengan tangan.

balik ke tempat duduk, kawan-kawan semua tengok guna sebelah mata. ada yang cuba-cuba nak buat high five dengan tangan kanan tapi kena backhand dekat muka dengan tangan kiri. siapa suruh buat lawak bodoh?

sejak itu, kami cuma aplikasi ayat tak senonoh dalam perbualan dan bukan lagi dalam penulisan.

sejak itu, BM saya selalu dapat A, sampai sekarang.

dan sekarang, Adam pula akan jadi cikgu.


buat cikgu Fauziah Hanim, terima kasih sebab rotan kami. kami betul-betul insaf lepas tu sampai tak buat lagi dah ayat tak senonoh dalam karangan. :)


SELAMAT HARI GURU, CIKGU-CIKGU SEMUA!!


sampai sekarang, ibu bapa saya tak tahu tentang kisah ini. shhhh jangan sesiapa pecah rahsia!

.

8 comments:

nurfaizah.hasim said...

hahahhahha.

gler ah sempoi!
mmg anak murid terchenta ah ko.
weeeeeee~

Mireya said...

hahaha
aku banyak history dengan cikgu. tunggu laen waktu la.
HAHAHA :P

Nor Syuhada said...

betul ke ko wat camtu??
naper ak x ingat sgt ar...
hehehehehe...
ak x dtg sekolah kot..
siyes ak x ingat..
mse tu mesti time ko dok ngan adam ke?

Mireya said...

weh apesal kau tak ingat? ni cerita betul woo.

time tu aku duduk dengan adam, julia, dengan padel. HAHAHA. siap kena rotan kat depan kut.

waktu tu kita belajar bab KELAPA.

Nor Syuhada said...

huhuhuhu..
sori mira.. siyes x ingat..
x pe nanti ak try recall balik...

hehehe

Mireya said...

xpe2. selo selo ingat.
HAHAHAHAHAHAHAHA.

yetzOlala ; said...

HAHA
aku engatt !
time tu sgt seyess.
sume terkejutt.

ingatt sekadar hiburan.
n nak kenekan
cikguu maraa gileww!

hak2
mmg ta dapat lupekan.
sampaikan ade kaitan ngan julia kan?
hehehe

klaka la bile recall blikk.

huhu
rinduu time ituu.
dgn kau yg agak sombong zaman sek rendahh.
skang da len la ) (:
haha
ta bleyy lupe.
camat hari guru cikguu! (:

Mireya said...

hahah. aku x sombong la. juz waktu tu kn kite x saling mengenali.

weh rendu oke zaman tu. beratur buat kerja sekolah kat luar sebab x siap.

rendu cekgu fauziah hanim, and rendu korang jugak!!

time skola rendah pun kita da pndi gegatal kn? HAHAH. :p