Wednesday, July 1, 2009

sayang saya, hanya untuk you sahaja, JANJI!


lima sebab utama kenapa saya tak suka pada Kenit ;

1. dia seekor kucing yang baek.
2. dia pandai ambil hati ibu saya.
3. saya rasa dia fake.
4. dia seekor kucing yang baek.
5. dia seekor kucing yang baek.

saya memang allergi sikit dekat makhluk-makhluk baik ni sebab kadang-kadang rasa mereka semua ini annoying, dan sangat fake, macam Kenit.

saya masih syak yang Kenit sebenarnya yang muntah dan berak merata-rata serta kencing tak tentu hala di sekitar rumah yang mengakibatkan Nemo terpaksa take the blame.

pity you, sayangs.

well, Sabtu lepas, bersaksikan Siti Rosma yang kebetulan ada di rumah saya, Kenit telah selamat memBERANAKkan LIMA EKOR ANAK KUCING.

comel? tak. anak-anak Nemo dulu lagi comel walaupun semua tiga ekor anak Nemo mati selepas tak sampai sehari dilahirkan.

kenapa? sebab Nemo ibu yang zalim, anak nak menyusu dia pergi tendang dan lari, saya pun tak faham -.-"

peristiwa Kenit beranak memang membuktikan beliau ialah seekor kucing yang baik, sebab dia langsung tak bunyi apa-apa waktu beranak tu. senyap sunyi then kemudian tahu-tahu je dah ada anak kucing lima ekor.

memang baik.


well, this is Kenit di zaman virgin-nya dulu.

Kenit selepas menjadi tak dara ibu.

ini lah jantan yang bertanggungjawab membuntingkan Kenit. TAM
umur tak sampai setahun dah pandai buntingkan betina virgin orang!


ini LIMA EKOR anak-anak mereka, dua ekor hitam macam bapaknya, dua putih macam emaknya [okeh sekarang rasa macam pure jawa], and seekor oren macam ..


OREN!!!!?????????


macam mana boleh ada warna oren pada anak kucing yang dilahirkan oleh kucing putih yang mempunyai bapak yang HITAM LEGAM?

sungguhlah saya tak faham. mungkin kucing betina ada lima ovum yang membenarkan lima sperma masuk kan, tapi masih tak faham macam mana ada warna oren dalam baka kali ini?!

Kenit tak pernah keluar rumah sebab untuk pengetahuan ibu-ibu dan bapak-bapak sekalian, dengar bunyi enjin motor pun dia dah macam nak skit jantung lepas tu bertempiaran lari masuk rumah macam nampak monster vs alien.

atau, adakah DNA kucing memang ada macam-macam warna yang memungkinkan dua kucing putih melepak mengawan dan mendapatkan anak berwarna hitam berkilat macam Salem dalam Sabrina the Teenage Witch?

oke sumpah tak faham.

mungkinkah ada kucing oren invincible yang selama ini berak dan kencing merata-rata serta muntah ikut suka yang mengakibatkan Nemo yang terpaksa take the blame?

oke, mengarut.


well, kami sekeluarga tak decide pun nak bagi nama apa pada anak-anak Kenit yang lima ekor tu kan sebab kebanyakannya dah di-BOOKED orang. HAHAHAH.

and, we are giving them for free! sebab tak kuasa nak jual memandangkan si Tam dan Kenit tu pun bukan kami beli, orang bagi jugak, Nemo pun sama.

kami memang LUCKY!



anyways, walau apa pun yang terjadi, Nemo sayangs, you jangan risau, i sayang pada you seorang sahaja okeh. walaupun Kenit beranak sepuluh ekor anak yang muka macam you pun, i tetap sayang dekat you jugak!


anyways, now i know i am biased. GAHAHAH :P

.

3 comments:

Kuri Kuri said...

haha
maybe oren tu
sbb resessive gene y die inherit kat mak atau bapak die..
y lagi 4 tu dominant
sbb 2 ikut kaler mak die
n 2 lagi ikut kaler bapak die..

kucin aku pn da buat
sekor kucin virgin aku
jd x virgin
tidakkk

Anonymous said...

tu kes curang laa tu.
si isteri pegi fuck ngan jantan lain..
suh si suami tuntut fasakh la weh.

Mireya said...

azry :
aku pun ase mcm tu jgk la.
recessive genes!
GAHAHA.

Shakinah ;
tak apa, mereka un dah tak bertegur sapa dah sekarang nih ;p