saya pernah cerita dahulu bahawa saya dan SELURUH keluarga saya amatlah meminati filem Tamil. kami sekeluarga akan menonton cerita Tamil bersama-sama, gelak bersama, sedih, marah, dan geram bersama-sama si hero dan heroin serta pelakon-pelakon dalam filem Tamil tersebut.
makanya, setelah asyik terlalu kerap dan asyik sangat menonton cerita Tamil, kami selalu lah tersalah sebut dan tersasul atau tertambah perkataan-perkataan bahasa Malaysia biasa dengan perkataan-perkataan Tamil buatan sendiri.
contohnya macam nak cakap macam, kami akan cakap "macalinggam" ke, macam tu la lebih kurang. [contoh ni buatan saje sesungguhnya keluarga saya tak pernah tukar lagi macam ke macalinggam]
dan, sekiranya anda masih ingat, saya ada beritahu yang kami sekeluarga ada bela seekor kucing hitam yang kami panggil Tam.
suatu hari, Tam keluar. Tam memang tak duduk rumah. sebab dia kan kucing jantan, tak macho oke asyik terperap je dalam rumah so Tam memang akan duduk di luar dan berjalan-jalan walaupun kalau nampak kucing jantan yang lain dia akan bertempiaran lari masuk dalam rumah and pura-pura berani konon nak serang la kan. ceh, kecik-kecik dah pandai berlakon tau kucing ni.
ayah ; Tamburaja! [see, ini la yang saya cakap penambahan perkataan dalam perkataan yang kami guna supaya kelihatan seperti bunyi Tamil]
dan Tam pun pulang ke rumah. dan di waktu selepas selepas itu, Tam memang ayah saya panggil Tamburaja.
kemudian, seminggu selepas itu, sedang saya menjalankan rutin harian di rumah dengan menyidai baju di ampaian tiba-tiba saya terdengar ...
suara 1 ; Tamburaja!
suara 2 ; ya appa!
erk? takkan Tam menyahut kut?
lepas tu, saya nampak ada budak lelaki umur empat tahun lari masuk dalam rumah.
DANK!
patut la dulu waktu ayah saya panggil Tam tu Tamburaja, ada suara budak menyahut! ingatkan suara misteri mana lah kan, rupanya itu nama anak pasangan Indian yang duduk selang dua rumah je dari rumah kami.
ceh, integrasi la sangat kan, nama anak jiran sendiri pun aku tak tahu!
.
No comments:
Post a Comment