Thursday, June 2, 2011

Ketakutan dan Imaginasi Saya.

Warning : Saya macam nak letak warning. Tapi rasanya macam tak takut je, so enjoice !


Saya memang seorang yang penakut. Saya rasa hampir semua orang yang kenal saya, tahu yang saya ni penakut. Oh, nak tahu macam mana bole wujud orang yang tak tahu saya ni penakut kalau betul saya ni penakut sangat kan ? Haa bagi yang tak tahu saya ni penakut, mungkin sebab mereka mereka ini terlalu penakut sampai saya sendiri terpaksa buat buat berani so that they will not be takut sangat. Ye lah, kalau dua dua orang penakut, gila apa kau mati keras dua dua ekor kat situ kang masing masing menggigil ketakutan kan ?

Datsewai.

So, saya pun tak tahu apa yang menyebabkan saya jadi penakut. Padahal dulu saya berani kot. Saya berani sampai lah saya masuk tingkatan empat. Waktu tingkatan tiga saya berani gila pergi toilet sorang sorang fearless gila bhai wa cakap luuu pergi toilet kat hujung blok pukul 3 pagi lepaaakk je tak kisah langsung. Sekarang ? Sumpah aku tahan kencing sampai subuh baru lari menderu ke bilik air punyalah penakut tahap gaban.

Kalau saya masuk hospital sebab kena bedah pasal batu karang, you'd already know why.

Tapi, lepas tingkatan tiga terus saya jadi penakut gilaaa. Kenapa tah. Kalau dulu pukul tiga pagi boleh fearless pergi toilet buang hajat, masuk je tingkatan empat pukul dua belas satu minit pun dah menggelupur suruh Siti Rosma teman. Siti Rosma memang fearless weh, sumpah fearless, dia boleh lek je lepak depan toilet tunggu saya selesai buat hajat sambil pegang lampu suluh then masuk bilik tidur balik macam tak ada apa jadi. Awesome kan ? I know.

Kenapa lampu suluh ? Oh ye, dulu kat blok asrama saya tu toilet yang dekat dengan bilik saya tu selalu dia punya lampu terbakar. Tak tahu kenapa padahal toilet lagi satu oke sajoo (okay saja nak buat cerita biar dia bunyi ala ala mistik konon konon toilet tu misteri dan seram lah konon kan) Tapi keberanian Siti Rosma memang legend lah masih menjadi buah mulut orang kampung saya sehingga kini.

Sebenarnya kan, saya rasa saya jadi penakut sebab imaginasi saya melampau sangat lah. Benda kecik pun fikir nak melambung last last sendiri takut dah lah penakut lepas tu menyusahkan orang memang weh tahap penakut saya ni memang menyusahkan orang. Bukan setakat menyusahkan Siti Rosma, boyfriend saya pun kena gak. Mana tak nya, balik mamak pukul berapa pagi lepas tu nak naik tangga balik bilik dah jadi takut last last suruh dia tunggu sampai nampak saya masuk pintu rumah baru boleh balik bilik. Nasib baik dia sanggup. Sweet kan ? I know.

So, kat sini saya nak list benda apa yang saya takut gila gaban in case korang benci saya gila babeng punya sampai nak buat saya mati keras ketakutan so saya dah provide infos yang boleh buat plan korang menjadi. Here it goes :

1. Toilet tengah tengah malam yang sunyi (kalau bising gila gaban nak takut apa kan ? KONON)

Haa especially kat UTP ni lah. Toilet rumah saya kat sini ada cermin panjaaang gila like kalau korang baru lepas buang hajat benda pertama korang nampak toilet ni. Tak kira lah korang guna toilet nombor satu ke, nombor dua ke memang korang akan nampak cermin ni. So, untuk aid imaginasi korang, ni I provide gambar yang saya lukis guna skill AUTOCAD. Okay tipu guna paint je apahal menggelupur sangat nak lukis gambar toilet guna AUTOCAD kan ? Heh.

Ha ni la gambar toilet rumah saya. So korang boleh bayang kan kalau keluar dari cubicle cubicle tu memang akan nampak cermin panjang tu. Saya selalu imagine :

Lepas habis buang hajat dalam toilet, then bila keluar toilet tu je nampak dalam cermin ada perempuan or senang cakap muka hantu menakutkan tengah tengok kita. Mahu tak pengsan kan ? Sumpah sawan babi terus.

tak pun,

Nampak dalam cermin reflection hantu kat dalam cubicle toilet yang kita masuk tadi. Nampaklah hantu tu tengah menyeringai dalam toilet tu duduk tepi flush ke atas jamban ke. Memanglah, memang keras aku kat situ.

or,

Time tengah buang hajat tu kan, bila pandang atas, nampak ada kepala tengah tengok kita buang hajat tu yelah kan kubikel toilet kan selalunya atas tu mana ada siling so memang kalau orang sua kepala boleh nampak kita tengah buat apa. Haa kalau jadi macam ni tak keluar pelaburan aku wa cakap ! Bantut terus. Silap silap tak buang hajat seminggu aku.

Lepas tu kan, time tengah basuh muka ke, ye lah muka penuh dengan sabun kan then mesti nak bilas kan mestilah nak tengok cermin kan ? Haa buatnya time tu kau nampak pulak ada makhluk lain sebelah kau tengah sengih je tengok kau basuh muka kan ya ampuuunnn sumpah ! Sumpah aku cakap orang akan jumpa aku mulut berbuih siap kejang lagi kat atas lantai tu dengan muka still penuh dengan pencuci muka.

Lagi satu imaginasi toilet yang buat saya takut amat is ... okay benda ni tipikal gila sebab memang banyak dalam movie (defensive mode) lepas basuh muka tu muka jadi lain. Which is muka hantu. Tak kisah lah janji lepas kau basuh muka tu, kau tengok kat cermin muka tu bukan muka kau. HAA HARUU WEH HARUUU !!

Yang kedua ,
Ambil gambar secara rambang atau memang saja nak ambil gambar pada waktu maghrib dan ke atas.


Ha yang ni saya elaborate later je lah ye dah panjang sangat lah pulak pengsan pulak korang baca. HAHA.



Sebenarnya waktu tulis ni pun saya dah menggeletar dah sebab takut okay ye saya tau saya memang takut dengan imaginasi sendiri tapi korang tak tahu weh memang saya penakut amat nih dah lah Siti Rosma tak ada kalau dia ada boleh lah buat buat berani sebab dia marah saya oh kalau saya takut takut bukan nak bagi simpati sbaar je lah,

Okay Siti Rosma dah balik. (Terkejut aku ingatkan benda apa duk godek godek pintu)


Bye you alls ! Sleep tight ! And jangan lupa basuh muka ! Hehehee

8 comments:

Rosma said...

Oi disabled comment untuk birthday wish! Hahahaha! Expected!

mireya said...

haha mesti lehh ! segannn hihihi

Nani Othman said...

i sometimes scaremyself to sleep. just for the heck of it. hehe.

mireya said...

hehe :D how i wish ! then it would be easier for me to sleep !

j1da said...

merapu laaa ish

mireya said...

nak buek macam mano. memang penakut.hihi

Rosma said...

Eleh chaq tu takut la tuu

mireya said...

mana ada rosma chaq berani kot.hihihi