.
I used to love my body very much. Yes, used to, but now I doubt that I love it as much as before.
Sebenarnya, despite aku gembira sebab pernah turun berat badan dulu, aku sedikit menyesal sebab choose to be kurus (kurus ke? PERASAN). Aku hilang half of myself. Dulu aku tak peduli pun dengan badan aku yang debab dan bulat ni. Orang panggil aku gemuk pun aku tak kisah, sebab aku confident and comfortable dengan diri aku, aku rasa tak salah pun ada badan bulat macam tu.
In fact, aku tak pernah rasa aku gemuk pun. Tak pernah oke.
Tapi lepas hilang dalam 10 kg selepas diet dan pemakanan sihat yang efektif, aku jadi self-conscious, aku asyik check myself out (okay kantoi but almost every girls do this okay, even men pun. Okay defensive) in the mirror sebab nak tengok whether lengan aku nampak macam sebesar peha budak lima tahun ke tak. Aku asyik komplain pasal pemakanan aku, I don't enjoy my food anymore. Asyik watch and kira calories je. Serious macam anorexic dah aku rasa. Risau sangat pasal berat.
Elok-elok aku sayang and suka dengan bentuk badan aku, aku terus jadi tak suka. Aku tak suka dengan gambar-gambar aku, aku tak suka dengan reflection diri sendiri dalam cermin, aku jadi manusia yang low self-esteem. Aku tak suka orang tanya pasal badan aku. Aku dah kurang sayang dengan diri aku.
Sekarang, berat aku dah naik balik, dah naik banyak. Tak macam dulu. Aku dah malas nak diet, aku dah malas nak jaga pemakanan. Aku ada masalah metabolisme aku rendah. Aku senang gemuk kalau tak jaga makan, tapi aku senang kurus kalau diet, dan kalau tambah dengan exercise, lagi senang berat aku nak turun. Tapi aku dah malas. Aku dah fed up. Aku nak manjakan diri aku dengan makanan, sampai bila aku nak jadi hamba diri sendiri?
Tapi walaupun se-fed up mana pun aku dengan diet aku, nak tak nak aku kena jugak diet. Sebab aku dah malas nak shopping for new clothes. I've gotta admit, baju untuk orang kurus SEMUA cantik cantik. Yes, SEMUA! Aku jadi geram sebab bila aku gemuk, aku tak boleh pakai baju cantik cantik sebab baju cantik hanya untuk orang kurus, orang gemuk kena pakai baju yang entah hape hape, kalau yang cantik pun semua mahal belaka, tak mampu lah aku nak beli, baik beli makan dari beli baju.
Jadi aku dilema, nak kurus ke nak gemuk.
Tapi after all, aku bersyukur lah dengan apa yang aku ada sekarang. Sekurang-kurangnya badan aku macam ni, aku sihat. Aku punya badan pun tak lah sampai obese, cuma overweight je. Sekurang-kurangnya aku tahu yang aku masih ada peluang untuk turun a few kilos lagi by dieting and exercising. Sekurang-kurangnya aku masih boleh pakai baju-baju aku yang sekarang. Sekurang-kurangnya aku tak segemuk dulu.
Aku cuma nak turunkan lagi 6 kilo je, untuk aku selesa pakai beberapa baju yang aku ada. Baju-baju ni kalau susut sikit baru cantik pakai. So sekarang aku masih tengah diet dan aku akan cuba disiplinkan diri untuk sentiasa menjaga pemakanan aku so that aku tak adalah menderita sangat. Aku masih mencari plan diet yang efektif dan simple. Yang tak payah buat benda mengarut sampai tak makan nasi bagai. Aku Melayu tulen okay, tak dapat nasi sehari memang tak sah lah. Menggelupur je nak nasi.
Aku cuma ada masalah dengan lelemaks kat badan ni je. Benda lain aku puas hati. Aku ada apa yang kebanyakan perempuan kurang ada. HIHI. And I'm thankful for that. So, aku kena kurangkan komplen dan bersyukur dengan pemberian Tuhan kepada aku.
Sekurang-kurangnya dengan badan overweight macam ni, aku bole kurangkan dosa pakai baju seksi ketat-ketat sebab segan nampak macam buah nangka busuk menyendat dalam sarung. Dan banyak lagilah benda berdosa yang aku boleh kurangkan dengan badan macam ni. Tuhan sayangkan aku, sebab tu dia tak bagi aku bentuk badan yang aku nak. Takut aku riak, dan menambah dosa menayang tubuh kepada yang bukan muhrim. Tak gitu?
Yes, people I'm optimist like that.
So guys, just be grateful with what you have, sebab ada hikmah kita ada tubuh macam ni. Sayangi diri anda sebab kalau anda tak sayang diri sendiri, tak ada siapa yang nak sayang anda seadanya.
Appreciate yourself.
.
No comments:
Post a Comment