.
Pertamanya,
Aku tak suka driver yang tak bagi signal.
Yes. Aku tahu banyak driver yang suka nak tunjuk dorang punya bad assery dengan tidak menggunakan signal ketika masuk ke mana-mana T-junction, roundabout, or mana-mana tempat yang memerlukan signal. Ye la kan, nampak skema la kan nak masuk parking rumah sendiri pun nak kena tunjuk signal kan? Ha cuba buat macam tu kat parking lot? Apa kau rasa kalau orang main masuk je kat tempat yang kau dah tunggu berjam-jam tapi dia main masuk jugak? Macam tu la betapa annoyed nya aku dengan manusia yang tak reti nak bagi signal waktu nak membelok. Rasa nak bagi kemalangan percuma dengan melanggar bonet kereta depan mereka dengan teruk supaya kerosakan enjin dan mechanical parts terjadi. Baru kau nampak langit tu tinggi ke rendah.
Keduanya,
Aku tak berapa gemar orang yang tak suka tutup balik toilet seat cover.
Aku ni bukanlah orang yang tepat kalau nak cerita pasal kebersihan dan kekemasan tapi tak adalah tahap pengotor nauzubillah. Cuma honestly speaking, aku memang tak berapa nak gemar kalau masuk tandas kemudian tengok toilet seat tak tertutup. Tak tau sebab apa, tapi kalau tandas cangkung tu aku tak kisah pulak, rasa macam biasa je. Mungkin sebab toilet seat tu dah memang disediakan cover, so memang dia diciptakan untuk ditutup selepas selesai urusan, kan? Tak gittew uols?
Ketiganya,
Orang yang suka nak menyondol kereta orang.
Aku tahu lah aku ni lady driver, bawak kereta lembab tak laju macam korang tapi jangan nak main sondol boleh tak? Especially waktu aku memang dah already in the left lane, masih nak sondol gak. Aku rasa kalau kereta aku ni Bumble Bee, dah lama aku suruh dia transform dan bagi penerajang kat kereta yang suka nak menyondol ni. Kerasukan bb ke apa tah asyik nak menyondol. Kang buatnya aku brek mengejut ke apa kan dah rosak bonet kereta aku, silap silap jadi sandwich, siapa nak jawab? Kalau aku mati lepas tu macam mana? Aku tak sempat ampun dosa kau tahu tak?
Keempatnya,
Aku tak suka budak kecil (kanak-kanak) yang rude.
Aku rasa aku pernah tulis entry paling tak sopan dalam dunia berkenaan kanak-kanak yang rude dan brats ni. Mungkin ada hati yang terguris, but sorry. Aku memang tak suka budak rude yang kecik-kecik dah pandai nak mencarut and memaki orang. Kau umur tiga tahun dah pandai jerit "Babi!" bila marah kalau dah umur tiga belas tahun agaknya apa lah kau mampu buat dan cakap kan? Mesti lagi teruk nauzubillah. Aku tak suka budak macam ni sebab selain aku marah kat dia, aku akan secara automatik marah dekat mak bapak dia sekali. Aku tak suka nak benci orang tanpa sebab ni sebab ye lah mana tahu anak dia ni memang kerasukan jin sejak kecik sebab tu perangai tak macam manusia bila dah besar kan? So memang aku akan avoid kanak-kanak yang rude sebab takut tersepak mulut budak sampai bisu atau mencarut dan memaki dalam hati lantas menambah dosa dan mungkin akan buat aku menerima balasan dengan mendapat anak yang super rude sampai tak boleh diajar. HUIH! NAUZUBILLAHIMINZALIK! Simpang malaikat empatpuluhempat weh.
Kelimanya,
Aku ada isu dengan orang yang kuat meniru dalam tests dan exam.
Aku tak tahu kenapa Tuhan selalu uji aku dengan dapat duduk dekat dengan peniru waktu aku ambik ujian dan peperiksaan. Kalau ujian mungkin aku boleh maafkan sebab ujian ni benda kecik and banyak orang meniru jugak kan, so tak apalah. Tapi sampai exam pun kau nak meniru apahal? Aku pernah duduk sebelah dua orang mamat ni yang bersembang waktu exam tanya soalan sesama sendiri. Mengganggu konsentrasi aku tahu tak? Aku rasa nak angkat tangan je pada invigilators dan cakap, "Tuan/Puan, dua orang sebelah saya ni meniru" tapi aku takut diorang ni datang serang aku pulak. Dah lah aku ni perempuan yang memang aku akui lemah buatnya dorang tikam aku campak masuk tasik mati tak berkubur aku karang. Lagi satu ada satu kes peniru ni. Dia duduk depan aku time ujian, lepas tu duk kacau orang sebelah dia tanya soalan then kacau orang yang duduk beza dua row dari dia semata-mata nak tanya soalan. Dahlah bising, yang aku bengang tu, itu open book test! Faham tak? Lecturer kata kau boleh bukak buku, bukak notes waktu jawab ujian tu kenapa kau gatal garet nak meniru dan ganggu orang-orang sekeliling kau? Porque? Sumpah aku rasa nak sound tapi tak jadi sebab reputasi aku sebagai perempuan mulut lancang akan semakin kukuh pulak nanti. Aku tak nak tambah musuh tapi benda-benda macam ni memang buat aku rasa aku patut lupakan pasal reputasi lancang aku tu. Aku tau aku pun tak baik, pernah je meniru mintak tolong orang. Aku pun manusia jugak, faham lah pelajar ni macam mana memang kalau tak meniru tu memang macam malaikat dah, tapi kalau nak meniru tu agak-agak lah jangan menyusahkan orang boleh tak? Semak doh dengar kau panggil-panggil orang sebab nak meniru. Lagi satu, aku rasa meniru ni unfair gila dekat orang yang study separuh nyawa tapi tak score dan kau yang meniru ni dapat elok semata-mata sebab meniru. Berdosa tau menganiaya orang macam tu. Sebab tu kita kena study, dan faham apa yang kita belajar. Memang susah nak apply, aku pun tak buat jugak benda ni, tapi kena ingatlah cara nak berjaya memang susah, kalau senang mesti lah ramai orang yang boleh berjaya, kan? So jadilah skema dengan gembira dan berani hadapi kegagalan. Tapi uols andai uols melihat aku meniru, fahamilah aku jugak manusia biasa yang kadang-kadang itu desperate jugak. Hehe. Tapi ingat ye, kalau kita tulus, ikhlas, dan jujur dalam berbuat sesuatu, maka Allah akan tolong kita. Ingat tu.
Sorry rambling banyak on part meniru. Memang rage habis.
Bai.
.
No comments:
Post a Comment