Monday, December 5, 2011

Kahwin

.
Dulu waktu aku tingkatan 5, aku malas gila nak belajar. Waktu tu aku cuma rasa nak kahwin walaupun aku tak reti masak, tak reti jaga budak kecik, tak suka budak kecik, tak pandai kemas rumah, dan paling penting, tak ada calon.

Tapi yang aku tahu aku nak kahwin.

Aku bukan give up dengan hidup aku, tapi waktu tu aku dah bosan dengan sistem pendidikan. Penat tahu belajar separuh mati dari umur 5-17 tahun. Kau bayangkan dua belas tahun hidup aku belajar je. Aku dah bosan. Aku nak relax je, aku nak kahwin dan bantu suami aku buat anak.

So, aku bercita-cita nak kahwin dengan orang kaya.

Skip empat tahun selepas cita-cita aku nak kahwin tak dimakbulkan Tuhan, and here I am now, aku sekarang ni tengah men-surfing segala macam website yang ada dalam laman pencarian Google dan terserempak dengan macam macam gambar artis kahwin Dato' dan orang kaya bagai.

Aku tengok diri aku balik dulu dan banding dengan gambar perempuan yang kahwin orang kaya yang aku tengok dalam internet ni.

Aku mula rasa mungkin waktu tingkatan lima tu aku mabuk ubat gastrik kot. Ada ke orang kaya nak kahwin perempuan obese kulit hitam macam aku tu dulu?

Heh. Tu lah membesar terperuk dalam hostel tak pernah rajin nak bukak paper, kan dah tak tahu nak sedar diri. Or, self-esteem aku tinggi sangat waktu tu, and aku tak self-conscious langsung waktu tu, tak macam aku sekarang.

Hm. Self-esteem, where have you been? Come back to mama, please.

No comments: