.
Yang andai nyawa kau ditarik Tuhan kala ini, tiada satu pun bekalan amal kebaikan yang boleh kau bawa bersama kerana kantung amalam kau cuma penuh dengan perbuatan dosa?
Yang jika ada sekelumit pun pahala yang ada, semua itu sudah diberikan kepada manusia lain yang sering menjadi mangsa umpat caci maki kau, dan andai semua pahala kau sudah habis, kini kau sedang menanggung separuh dosanya juga?
Berapa banyak dosa yang sedang kau pikul kini?
Yang andai kau kelak mati dan ditanam di bawah Bumi, tiada satu umat pun yang sudi menyedekahkan kau bacaan doa, ayat-ayat suci al-Quran, sekalipun al-Fatihah kerana kau tidak pernah berbuat baik pada manusia sehingga tiada siapa pun yang mengingati kau tatkala hayat kau sudah habis?
Cuma ada benci dan dendam teramat dalam dada-dada mereka.
Yang kau tak pernah sempat memohon ampun pada orang-orang yang sudah kau aniaya, yang sudah kau tempelak dan cela, yang pernah kau caci hina, orang yang pernah kau berbuat dosa-dosa pada mereka (juga menjadi pendorong kepada dosa-dosa mereka)?
Yang kau tak pernah bersujud pada Tuhan kau yang Esa, yang sentiasa membuka pintu rahmat-Nya, yang telah kau sia-siakan sehingga akhir kewujudan kau di dunia?
Yang sepanjang hayat kau di dunia, kau tidak pernah membawa suka kepada manusia, tidak pernah menjadi peringan beban malah lebih menambah beban yang ada, yang kewujudan kau lebih sebagai pembawa duka, bala, dan bencana kepada sekeliling mu?
Yang kau mungkin tak akan mencium bau syurga?
Yang kau mungkin sudah tahu nasib kau di akhirat nanti dengan melihat amalan kau di dunia?
Yang walau sekeras mana usaha yang kau usahakan untuk berubah menjadi lebih baik kepada sekeliling, lebih dekat dengan Tuhan mu, menjadi manusia pemberi dan bukan sekadar menerima, menjadi manusia yang cerah masa depan akhiratnya,
Tapi kau tetap gagal. Tetap menjadi manusia durjana yang mungkin hatinya sudah keras, yang hatinya sudah lama busuk, yang mungkin hatinya sudah tidak dapat diselamatkan lagi.
Atau mungkin sebenarnya kau tiada hati?
Pernah terfikir, andai tatkala kau tersedar akan semua ini, kala itu nyawa kau sudah direntap Tuhan, dan mati mu tanpa sempat sujud bertaubat, dan soalan Munkar dan Nakir mungkin tak akan terjawab, dan mati mu itu entahkan dalam Islam entahkan tidak, entahkan masih punya iman entahkan tidak?
Entah esok masih ada, entah esok kau sudah pergi berjumpa-Nya?
Sempatkah aku memohon kemaafan dari orang-orang yang pernah aku berbuat dosa kepada mereka? Entah sempat aku bertaubat pada Nya?
Aku tak tahu, dan itu amat menakutkan aku.
Tolong, aku kini di alam gelap.
Bantu aku, Tuhan.
Salam Maal Hijrah, semua.
No comments:
Post a Comment