Friday, December 9, 2011
Lost.
Semalam, aku terjumpa anak sedara aku. Dia tua setahun je dari aku.
Lima tahun lepas, waktu aku jumpa dia, rambut dia panjang paras pinggang, dengan hidung bertindik.
Semalam aku jumpa, tudung dia labuh melepasi dada, berbaju kurung kain kapas. Tak ada tindik, tak ada make up, bahasanya baik, tutur bicaranya diatur lembut, sopan dan masih cantik.
Aku malu dengan diri sendiri.
Bila aku nak berubah? Aku tak mahu jadi obnoxious macam ni sampai bila-bila. Aku pernah cuba, tapi gagal. Aku cuba lagi, dan gagal lagi. Banyak kali, dan masih gagal.
Mungkin perubahan aku tak ikhlas, mungkin aku kalah dengan syaitan, atau hati aku memang dah hitam sampai tak boleh bersih lagi.
Mungkin.
Amira,
Sesungguhnya Allah itu Maha Baik, terlalu baik, dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu. Bersangka baik lah dengan-Nya.
Insya-Allah. Semoga iman aku yang lebih nipis dari kulit bawang ini mampu bertahan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
jadilah diri sendiri dahulu barulah kamu akan menemui Tuhan. keimanan tidak datang dengan rutin2 seharian yang kamu buat tapi datang dari hati yang mengenali diri sendiri lantas membawa kamu mengenali Tuhan.manusia perlu melencong untuk sampai kejalan yang benar.kerna dari itu mereka tahu lencong itu sangat sakit pada jiwa dan benar itu adalah kebebasan pada hati dan rasa.
aku tak suka jadi diri sendiri sebab diri aku ni terlalu buruk perangai, terlalu jahat, terlalu obnoxious. aku takut aku melencong terlalu jauh sehingga sampai satu masa, nyawa aku diambil tanpa aku sempat sujud bertaubat kepadaNya. aku semakin putus asa dengan diri sendiri. tolong doakan aku berjaya mendapat cinta Tuhan.
Post a Comment