Tuesday, December 13, 2011

Universitiku Sayang

Aku baru balik dari bercuti empat hari dari kesibukan dunia dengan balik ke kampung di Kedah yang sangat aman damai dari kesibukan kota. (Kota? Kesibukan dunia? Kau pun duduk pinggir-pinggir je Mira oi) Balik rumah je, bila aku check notifications facebook, penuh dengan orang mengomel sebab peraturan baru kat universiti tempat aku belajar tu.

1. Cafe Light-Offs After 1 am.

Aku honestly tak ada masalah pun dengan benda ni. Cuma horror sikit lah bila fikir kalau balik tengok movie midnite ke, balik lepak mapley ke, terlajak time sampai 2-3-4-5 pagi kan dah tu nak balik bilik jadi takut pulak. Horror okay balik hostel tu tanpa lampu cafe, jangan ingat lampu cafe tak main peranan, rasa macam gelap dunia tanpa lampu cafe dan lampu lain-lain. Nanti mula lah aku syok sendiri nampak orang rambut panjang baju putih padahal jiran depan rumah pakai baju kelawar nak buang sampah. Tapi bagus jugak bila dah horror ni, tak ada lah aku nak balik bilik lewat-lewat kan? Boleh jugak lah jimat duit supaya tak melepak mamak dan habiskan duit tengok midnite. Hmmm tu pun sebab aku penakut.


2. No More Rice Cooker, Frying Pan, Hot Plate dan seangkatan dengannya.

Pengsan jugak lah rasa sebab terfikir kalau kebulur megi telur buatan sendiri macam mana? Tapi memandangkan aku sendiri pun jarang masak unless rumah aku nak jimat duit kongsi lauk masak nasi sama-sama, maka aku rasa tak ter-effected sangat kut. Malahan, aku rasa nak sujud syukur jugak sebab kemungkinan besar rumah dah tak berbau, dan sinki mungkin tak akan tersumbat sebab tak ada makhluk yang nak masak makanan pelik-pelik kat rumah tu dah. Mesti Jill jiran zaman foundy aku tersiksa, semoga bertabah ye Jill. Hihihi.


Kesimpulannya, buatlah apa-apa yang anda rasa baik untuk mengawal the rebellious in us ni pihak universiti oi. I wish you the best of luck.

No comments: