Waktu umur aku 6 hingga 8 tahun, aku dijaga oleh seorang pengasuh di taman perumahan aku. Pengasuh aku tu dah agak berumur, aku panggil dia Nenek je. Nenek ni baik, baik sangat. Cakap dia lemah lembut, memang penyayang habis, boleh cakap, memang nenek mithali lah.
Walaupun cucu-cucu dia agak Nauzubillah, termasuk aku dengan adik aku, tapi dia layan kitorang semua baik je.
Suatu hari, aku baru balik dari sekolah agama. Kebetulan, hari itu mak dengan bapak aku balik lambat sikit. Sementara menunggu tu, aku sembang dengan Nenek tentang subjek 'alam selepas mati' yang aku baru belajar dekat sekolah.
Aku : Nenek, lepas kita mati, apa jadi dengan kita?
Nenek : Kita duduk dalam kubur.
Aku : Lepas tu? Kita masuk syurga ke?
Nenek : Tak. Lepas tu kita akan dilahirkan semula ke dunia ikut amalan kita.
Sejak tu, setiap kali belajar kat sekolah aku mesti tunggu ustaz atau ustazah aku untuk cakap perkara di atas. Tapi selalunya, semua berakhir dengan kita memasuki syurga, atau neraka. Jadi, aku anggap mungkin ustaz dengan ustazah ni punya ilmu tak se-power ilmu Nenek pengasuh tu kot.
Tapi lama-lama, aku lupa pasal apa yang Nenek tu cakap and ikut je sepertimana yang diajar oleh ustaz dan ustazah di sekolah.
Baru-baru ni, mak bapak aku bercerita tentang ajaran Matahari yang pernah diikuti oleh salah seorang saudara rapat mak aku.
Ibu : Kakak, kakak pernah dengar ajaran Matahari?
Aku : Agama yang dari Jepun tu ke? (aku confuse dengan panggilan 'Negara Matahari Terbit' so aku memandai-mandai)
Ibu : Bukanlah. Alaa.. macam mana nak cakap eh, kakak ingat tak Nenek yang pernah jaga akak tu? Nenek tu pun ikut ajaran tu lah.
*Jaw dropping scene*
Akhirnya, setelah lima belas tahun peristiwa perbualana 'alam selepas mati' antara aku dengan Nenek terjadi, baru sekarang baru aku faham kenapa penjelasan Nenek pasal mati lain bebenor dengan apa yang ustaz dan ustazah aku cakap.
P/S: Bila fikir-fikir balik, horror jugak eh aku pernah diasuh oleh pengikut ajaran ni selama tiga tahun. Aku syak mak bapak aku pun tak tahu yang Nenek tu ikut ajaran Matahari ni waktu dorang hantar aku kat rumah Nenek tu. Tapi, nenek tu tak pernah cuba berdakwah pun dengan aku tentang agama ni. Cuma sekali tu je lah. Tu pun sebab aku yang tanya.
By the way, agama Matahari ni juga dikenali sebagai Taslim, dekat forum Cari ada orang kata yang ajaran Matahari ni tak sesat but I don't know la since the forumer dah delete his replies. Tapi tak silap aku dalam buku teks Pendidikan Islam Tingkatan 5 ada cerita pasal Taslim ni under ajaran sesat. Wallahualam.
No comments:
Post a Comment