Monday, January 2, 2012

Perkaitan Antara Gemuk, Hari, dan Bulan dalam Setahun.

Sejak dari kecil, saya tak pernah merasa bagaimana rasanya menjadi seorang perempuan yang kurus.

Saya terlalu gemuk sehingga saya tidak mempunyai knuckles. Jadi, waktu saya kecil, jiran saya mengajar saya satu trick (yakni trick yang sama semua orang dalam dunia ini tahu) untuk mengingat bulan dan hari yang ada dalam satu tahun.

Jiran : Kakak, (semua orang panggil saya kakak waktu saya kecil) cuba kakak genggam tangan. Nampak ni Januari, Februari, March, haa... yang bonjol ni maksudnya bulan tu ada tiga puluh satu hari, yang tenggelam tu ada tiga puluh hari.

Saya : Angah, kalau tangan macam kita ni macam mana? (sambil genggam tunjuk tangan) Tak nampak bonjol pun.

Jiran : Ha? Takkan kot ... OHMYGOD KAKAK! Kakak memang tak nampak bonjol! Pelikkk gilaaaaaaa! (gelak berdekah gaya histeria sambil ajak kakak dengan adik dia gelak sama. Ye, saya dibesarkan dengan mempunyai jiran yang kejam tapi cool)


Sejak dari itu, saya berazam untuk kurus dan supaya saya boleh mengira hari dalam bulan untuk setahun dengan menggunakan knuckles dan bukan jari yang dibengkokkan.



Tapi, masih impian saya tak tercapai.

Maka tahun ini, tak kira apa dugaan yang mendatang, saya perlu pastikan yang saya MESTI kurus dan mampu mengira hari dan bulan dengan normal seperti makhluk lain.


2 comments:

j1da said...

sori, i would gelak berdekah jugak.

nak buat cemanaaa tulang petite gitu...

mireya said...

kaannn, tu la tulang petite. sampai sekarang baru ada dua bonjol. jari kelinking tu macam memang tak kan keluar bonjol langsung je. huhuhu