Friday, October 5, 2012

Sayang Sayang Sayang

Orang selalu beritahu,

"Hey, kalau kamu mahu memilih pasangan, pilih lah pasangan yang menyayangi kamu. Kerana orang yang sayang pada kita boleh membahagiakan kita"

Lalu, kerana selalu diberitahu perkara sebegini, kita pun memilih orang yang sayang kepada kita instead orang yang kita sayang. Kerana kita yakin hati sendiri lebih senang diajar untuk menyayangi dari mengajar hati orang untuk sayang kepada kita. Tapi saya ada sedikit persoalan tentang hal ini.

Persoalan pertama
Orang yang sayang kita, mungkin lah boleh bahagiakan kita. Tapi kita? Boleh tak bahagiakan orang yang sayangkan kita tu? Bukan ke akan jadi tidak adil bagi orang tersebut sebab dia sorang je yang sayang pada kita sangat sangat tapi kita, masih belajar untuk sayang pada dia?

Persoalan kedua
Tidakkah itu satu tindakan yang mementingkan diri? Kita cuma fikir akan kebahagiaan kita sahaja. Tapi, tidak pada kebahagiaan of the other party. Dia pun mahu bahagia. Dia bersama kita kerana dia expect dia boleh bahagia dengan kita, tapi kita sendiri pun tak tahu kita boleh beri dia bahagia atau tidak. Cuma, yang kita tahu, dia boleh beri kita bahagia. Tak selfish ke macam tu?

Persoalan ketiga
Macam mana kalau kita tak boleh sayang pada dia? Even setelah bertahun bersama, masih tak boleh sayang macam dia sayang pada kita? Macam mana tu? Bukan semua hati boleh belajar menyayangi. It takes time, sometimes it takes forever. Dan hati lagi satu tu, it could get tired of waiting. And when it gets tired, the love would slowly fades, right?

Persoalan keempat
Kalau kita memilih untuk settle down dengan orang yang sayang pada kita, does it mean we are not fighting for what we want? Semua orang mesti ada pilihan sendiri kan? Tapi bila kita pilih orang yang sayang kita, maksudnya we stop fighting for the person we love lah, kan?

Setakat ini, ini adalah persoalan yang sering keluar dalam kepala saya bila isu ini dibangkitkan. And somehow, I don't quite agree with the statement. And for me, it's the matter of the hearts, and it's you who decide what you want. Follow your hearts, along with your guts. Maybe somehow, you'll find the answer.

Good luck in love, good luck in life, peeps.

No comments: