Tuesday, July 30, 2013

Kemas Kemas Raya

Suatu hari, ibu saya menelefon saya yang ketika itu sedang bersenang-lenang bertungkus-lumus menyiapkan kerja (ecececeh) di bilik hostel. Ibu saya meminta saya memujuk ayah saya agar mengemas halaman rumah kami yang penuh dengan barang-barang ayah saya. Ibu saya takut kalau tersalah kemas (baca: tersalah buang) akan berlaku perang dunia di bulan Romadon yang mulia ini pula.

Kenapa saya yang kena pujuk? Ha, kerana saya dengan ayah saya, kami ada bonding yang power. Plus, I pun dah lama tak borak dengan my dad kan, so why not lah? So then, I called him and straight away ask him about the house.

"Ayah, ayah dah kemas kat luar rumah tu ke belum? Kesian ibu. Bising dia"
"Ayah dah kemas dah lah."

Okay, by this time I was confused. Baru tadi ibu saya call mengadu kata ayah saya degil tak mahu kemas rumah. Now, dah kemas dah? That's fast.

"Bila ayah kemas? Tadi ibu baru cakap kat akak suruh bagitahu ayah suruh kemas kat luar"
"Dah, dah kemas dah."
"Bila?"
"Malam ni." 

Selamba ayah saya jawab.


Okay, ayah. Okay.

No comments: