Wednesday, November 13, 2013

One, Two, Freddy's Coming for You.



Semenjak menganggur, rutin tidur aku bermula pada pukul 5 pagi, atau kadangkala selepas Subuh.

Baru-baru ni aku mula tidur secara normal. Pukul 12, dah mula mengantuk sampai telefon jatuh atas muka waktu sedang scroll Instagram. Rutin ni baru bermula seminggu yang lalu.

Tapi sejak beberapa hari lepas, aku asyik mimpi ngeri. Lepas tu terjaga pukul 3 atau 4, kadang-kadang 5 pagi.

Mimpi ngeri yang bukan sebarangan. Perasan takut akan kena bunuh, kena kahwin paksa (ini juga termasuk dalam kategori mimpi ngeri), takutkan sesuatu yang aku sendiri tak tahu apa.

Perasaan tu semua real. Bila bangun tidur, badan menggigil-gigil.

Kadang-kadang mimpi tu terlalu ngeri sampai aku tak mahu tidur balik. Sebab terlalu takut. Maka, gigihlah bersengkang mata. Esok, tengahari sambung membuta sebab malam tu tak boleh tidur.

Tapi, tidur siang hari pun mimpi ngeri itu tetap sama.

Mungkin otak dan badan aku belum terbiasa.
Mungkin ini cara mereka nak beritahu yang aku ini nocturnal.
Jadi mimpi ngeri ni salah satu cara to keep me awake at night.

Atau aku sebenarnya berjaya lucid dreaming?


Barangkali waktu aku kecil dahulu aku pernah tinggal di Elm's Street.


Hah!

No comments: