Saturday, December 20, 2008

ayah, ingat tak?

ayah,

ayah ingat tak,
kita sama sama tengok cerita Chandramukhi yang Jyothika berlakon dengan Rajhnikanth tu? kita sama sama suka cerita tu kan? ayah sampai tiru gaya Rajhnikanth waktu dia jadi maharaja tu. ibu pon gelak tengok ayah.

ayah ingat tak,
ayah sampai tertidur tengok cerita yang pasal orang jahat pukul pukul orang tu. even efek bunyi dia terlajak, ayah tak kesah. ayah tengok sorang-sorang tak cakap dengan orang pon. bila akak keluar bilik, tengok tengok ayah dah lena.

ayah ingat tak,
kita sama sama gelak dengan ibu dan adik waktu tengok cerita Thenali. waktu tu, Kamal Hassan kena pukul dengan orang jahat dekat perut. Kamal Hassan dah lah tengah mabuk, tak pasal pasal dia muntah kat muka orang jahat tu. kita gelak gila gila waktu babak tu.

ayah ingat tak,
kita sama sama tidur lambat sebab tengok cerita yang pasal tsunami tu. alah, yang Kamal Hassan berlakon sampai tiga belas watak tu. yang dia jadi nenek, dia jadi orang pakistan, dia jadi Bush. haa, cerita tu lah ayah.

ayah ingat tak,
kalau akak tengah tengok tv dengan ibu, mesti ayah datang join. lepas tu ayah cerita ending cerita tu kat kami. tapi, kami tak marah, sebab kami memang suka bila ayah bagi tahu ending. tak payah nak saspen saspen. lepas tu, ayah mesti cerita siapa orang jahat, siapa heroine, siapa hero, kenapa dia jadi jahat, semua tu lah. sebab ayah dah tengok cerita tu dulu.

ayah ingat tak,
setiap kali hero pukul orang jahat sampai melambung-lambung, ayah mesti cakap, "bohong lah,". tapi ayah tengok jugak. sebab ayah nak tahu cerita dia habis macam mana.


ayah tahu kan,
kita sama sama suka benda yang sama.

ayah tahu kan,
tu je lah masa yang selalu kita dapat luangkan sama sama. waktu tengok tv. sebab ayah selalu sebokk dengan kerja.


ayah tahu kan.


kan?







kan?








kalau tahu, kenapa ayah buat macam ni?
sampai hati ayah buat akak macam ni. akak dah lah jarang balik. bila balik, jadi macam ni pulak.

akak sedih. :(















ayah,

subscribe la balik channel 951 Astro Box Office for Tamil movies tu. nanti kita boleh tengok orang jahat kena belasah dengan hero macam dulu dulu.



boleh ye ayah.


pleassseeeeeeee.




astro jahat. elok elok tamil movies tu ade kat ABO 952, pergi tukar ke 951 pulak! kan ayah dah tak nak subscribe. sebab bazir duet katanya. kamu jahat astro!

11 comments:

rosma said...

hahahahaha!
saya sokong ayh kamu..
kamu ini mengarot laaaa

mireya said...

heyyy!
cerita filem tamil besttt tauuuu!

they rawkz!

dush dush. weng weng weng.

*efekk bunyi!
hahaha :P

Ko_Kenal said...

Ko nie betul ler classic habis.

Dah ler tu...
Filem Tamil kan kelentong giler.

Dah ler tuuu...
Biler hero & heroin nyanyi & ronggeng, satu kampong join.

Dah ler tuuu...
Satu lagu, heroin boleh salin sari sampai satu dozen.

Dah ler tuuuu.
Tengah nyanyi mesti hujan sebab nak tunjuk heroin punya bayangan body.

Dah ler tuuu..
Heroin pakai sari berjela-jela, tapi perut mesti nampak punya.

Dah ler tuuu..
Masa nyanyi hero & heroin siap baring-baring.

Dah ler tuuuu..
Masa nyanyi, hero cium muka & merata badan heroin semacam..ghairah tuuu.

Dah ler tuuuu..
Cerita sama jer. Mula Happy, tengah gaduh & sedih dan akhir happy dan lepas tu ending.

Dah ler tuuu..
Ayah ko, memang macam ayah aku jugak. Suka sangat Tamil movie

Dah ler tuuu...
I got to stop...Sori, sori & sori. Nie blog aku ker atau kau bella?

Ko_Kenal said...

Ko nie betul ler classic habis.

Dah ler tu...
Filem Tamil kan kelentong giler.

Dah ler tuuu...
Biler hero & heroin nyanyi & ronggeng, satu kampong join.

Dah ler tuuu...
Satu lagu, heroin boleh salin sari sampai satu dozen.

Dah ler tuuuu.
Tengah nyanyi mesti hujan sebab nak tunjuk heroin punya bayangan body.

Dah ler tuuu..
Heroin pakai sari berjela-jela, tapi perut mesti nampak punya.

Dah ler tuuu..
Masa nyanyi hero & heroin siap baring-baring.

Dah ler tuuuu..
Masa nyanyi, hero cium muka & merata badan heroin semacam..ghairah tuuu.

Dah ler tuuuu..
Cerita sama jer. Mula Happy, tengah gaduh & sedih dan akhir happy dan lepas tu ending.

Dah ler tuuu..
Ayah ko, memang macam ayah aku jugak. Suka sangat Tamil movie

Dah ler tuuu...
I got to stop...Sori, sori & sori. Nie blog aku ker atau kau bella?

mireya said...

1st of ol, this is my blog.

cerita tamil bukan cerita hindustan.

u tgh describe cerita hindustan tu incikkk.

tamil film is not bout love onli. ad stu cite tu sad ending.

y corny and boring tuuu ade lah hindustan.

tamil's not.


*wah! saya pnyokong cita tamil lah! hahha

:P

dyod lalala said...

wah,
chandramukhi tu best gyler.
huhuhu

mireya said...

yayyy!
btol tuuu dyod!
stuju2!
:)

mimi said...

belle tgk cite tamil????????

mireya said...

kenape mimi,
tak percayeee?

:P

deena said...

aku xminat tamil la bell.
cartoon lg best.
haha.
aku rasa memg relevan apa yg ayah ko buat.
demi kebaikan bersama.

renung2kan dan selamat beramal.

btw.aku gelak gila baca komen ko kenal.
hahahahhha.
memg menghiburkan.

mireya said...

hahah.
ko_kenal, ko_kenal.

hehe.
rsenye hopeless laa.
my dad mmg da xmo subscribe da tamil movies.
huu.
sobs!