antara bunga mawar segar dan anggerik plastik,
saya akan pilih anggerik plastik.
kerana saya tak mahu layu,
seperti mana layunya mawar segar itu nanti.
kerana saya tak mahu pudar,
seperti mana pudarnya merah si mawar.
kerana saya tak mahu diganti dengan mawar lain,
apabila saya tak lagi mekar seperti dahulu.
tak mengapa,
tak perlu ada sang kumbang untuk hinggap di anggerik plastik.
tak perlu ada air untuk buat saya terus mekar dan mewangi.
anggerik plastik itu cuma perlu sebiji pasu indah,
untuk terus kekal berdiri,
mempamer pesona ilusi.
anggerik plastik itu cuma perlu sebiji pasu indah,
yang akan terus bersama,
dikala habuk dan sawang mula hinggap di setiap kelopaknya.
anggerik plastik tempatnya bersama sebiji pasu indah.
dan saya mahu awak jadi pasu indah saya.
:)
kita jatuh sama sama oke?
sejak akhir akhir ini mood saya romantis.
.
kau, tolong jangan buat aku jatuh suka kalau kau tak maksudkannya.
menangis dalam hati. T.T
.
6 comments:
ksdang² lelaki suka buat kita perasan dan jatuh cinta sama dia walaupun sumpah dia tak maksudkan...
argh...benci²...huhu
hahaahha.
sumpah lawakkk.
tapi xpe. kdg2 siokk jugak.
:P
fuuyyyyooo..
jiwang siot!
seriously like seriously???
haha.
seriously!!
:P
mengapekah belle jiwang??
mengapekah belle romantis??
mengapekah belle b'bnge2??
hurmmmm
mimi, ehem2.
:P
Post a Comment