Sunday, January 4, 2009

hari ini saya mahu romantis romantis :)

aku teringat kali pertama aku nampak kau kat depan bilik aku. aku terkejut. kau juga terkejut. kemudian, kita masing masing buat hal sendiri.

waktu itu aku masih empat belas tahun. seperti kau.

dua tahun selepas itu, kita berjumpa lagi. masih juga di rumahku. kita senyum senyum. tapi, masih tiada butir kata yang terkeluar. kau nampak sopan dan baek. dan aku, masih seperti aku.

kita masih begitu sehinggalah kita saling berbalas mesej. setelah nombor aku kau dapatkan dari ibu.

kemudian, segalanya bermula.

kita kenal hati budi masing masing. menceritakan semua rahsia. bergelak ketawa. berkongsi duka.

sama sama mencipta memori indah.
sama sama saling menyakitkan hati.

tapi, kita suka. kerana itu cara kita.

aku masih ingat, ketika kau sedang bercuti di rumah saudara kau yang merupakan jiran setamanku.

kau menghantar mesej kepadaku dan mengatakan yang kau sudah dalam perjalanan pulang ke rumah. sedangkan pada hari itu kau sudah berjanji yang kau akan datang ke rumah aku. untuk kita bersua, dan bercerita setelah sekian lama.

aku duduk di sudut itu. bersedih.

kau pujuk aku dengan menyuruh aku mengira nombor satu sehingga sepuluh.

aku terasa bodoh, tapi aku buat juga. kerana aku ingin tahu kenapa.

setelah aku dapat laporan yang mengatakan mesej kiraan itu sudah sampai kepada kau,

aku dengar loceng rumahku berbunyi.

waktu itu, aku tak fikir apa apa. aku buka pintu, dan aku nampak kau.

ya, engkau. berkaca mata, berbaju biru. sedang tersenyum di atas motor.

dan aku menjerit. bahagia dan terkejut.

tapi, aku suruh kau datang kemudian, kerana aku ingin bersiap-siap. kau buat muka. kau kata pada aku, kau merajuk.

sejam lepas itu, kau datang kembali ke rumahku. kita bersembang sekejap di hadapan rumah. aku tak berani ajak kau masuk ke rumah kerana tiada sesiapa.

tapi, waktu itulah aku dapat lihat wajah kau lama lama. dan itulah yang buat aku bahagia.

dan petang yang sama, kita berjumpa lagi. aku buatkan kau air. air itu tawar. kerana aku gelabah. kau minum dua gelas dan senyum. kau kata sedap. aku tahu kau tipu.

kau datang tunjuk cermin mata baru kau. dan rambut baru yang tak menjadi. kita gelak sama sama.

kita pernah buat banyak benda gila sama sama. dan kebanyakan perkara yang terjadi dalam hidup kita sebelum ini mempunyai persamaan.

kau kata itu jodoh, tapi aku percaya itu cuma kebetulan.


setahun bersama kau betul betul buat aku gembira.

kau tak romantis. kau tak reti buat ayat manis manis. kau bukan juga seorang yang sopan. ada masanya sikap kau menyakitkan hati. kau pemalu. kadang-kadang kau penakut. kadang-kadang kau tak peduli.

kau ada banyak keburukan dari kebaikan.

kawan-kawan aku, kawan-kawan ibu, kebanyakan perempuan puji kau. kata kau kacak, kata kau comel.

tapi, aku rasa kau sangat kurus. dan tak kacak. serta sangat tak comel.

aku suka kau sebab kau adalah kau. kau tak pernah jadi orang lain. kau jadi diri sendiri. romantis cara kau. comel dengan cara kau.

dan itu yang buat aku rasa kau lah satu-satunya.

sehinggalah aku putuskan segala-galanya. semua angan angan kita hilang. semua nampak kabur dan tak pasti.

kau kini dengan hidup kau. cara kau. jalan kau.
aku kini dengan hidup aku. cara aku. jalan aku.

kita dah jauh berbeza.

tersimpang dari apa yang kita pernah rancang sama sama.

tapi, memori kita, aku pilih untuk simpan.

aku kini tak berminat dengan lelaki.
kerana aku tahu mereka bukan kau.

aku tak mahu menerima lelaki.
kerana aku tahu mereka tak akan dan tak pernah akan jadi kau.

kerana kau adalah kau dan bukan orang lain.

tapi, itu tak bermakna aku tak move on. aku dah lama meninggalkan kesah kita meskipun aku tak mahu lupa kenangan kenangan itu. cuma, aku tak mahu rasa apa yang orang lain rasa.

aku tak mahu perasaan itu.

aku tak berminat dengan perasaan itu.

buat masa sekarang. sampai bila, itu aku tak tahu.

aku mahu simpan kenangan kita.
dan aku tak mahu lupa.

biarpun bibir merah kau kini telah dicemari nikotin.
walaupun rambut kau kini sudah tercemar dengan bahan kimia entah apa apa.
meski gaya hidup kau dan aku kini berbeza.

aku mahu sayang kau, sampai bila bila.
biarpun bukan sebagai yang istimewa, aku tetap mahu sayang kau sebagai siapa siapa.



buat kau yang tahu siapa kau.
terima kasih. :)


yes, i am corny.


.

4 comments:

Rosma said...

meow,
dat's sweet
:)

Mireya said...

hoho.
tibe tibe teringat.

sobs!
:p

Anonymous said...

oh gosh!!! i don't know you can be corny... good 4 u.. ~r~

Mireya said...

yeah good for me.

saya manusia. dan saya corny.