Wednesday, March 25, 2009

awak pun sayang saya, cuma awak tak ada blog untuk ekspresikannya.

saya tak pernah sangka yang kita akan jadi serapat ini.

dahulu saya pernah tak suka dengan awak sebab saya ingat awak ni orang yang mulut laser asyik nak kenakan orang, marah marah, dan main laser laser orang dengan perkataan yang pedas pedas.

tapi,
saya silap.

rupa-rupanya, saya lagi laser dari awak, saya yang suka kenakan awak, dan saya juga yang selalu keluarkan kenyataan kenyataan pedas pada awak.

oke, sekarang saya kelihatan jahat.

sungguh saya tak sangka kita akan jadi serapat ini. saya mengaku, saya suka sangat berada di samping awak. sebab awak akan buat saya ada banyak idea untuk bercakap dan bergelak ketawa.

dan selalunya bila kita dah together, kita akan jadi dangerous partner.

saya suka bila kita jadi teammates untuk mengenakan farah, ataupun kadang kadang untuk mengenakan kawan sebilik saya, rosma. waktu tu dapat saya rasakan yang kita memang ditakdirkan bersama.

awak,
kenangan di FESCO, tidak dapat saya lupakan apabila kita berdua duduk di seat paling belakang dalam Chancellor Hall tu. saya tak pernah sangka yang kita sebenarnya tak pernah pedulikan perasaan orang lain bila kita sudah berdua.

kenangan di dalam van avanza juga tak akan saya lupakan apabila kita menjadi anak anak dara yang secara automatik bukanlah perempuan idaman lelaki tipikal.

juga, kenangan di dalam panggung wayang yang kita tak sedar bahawa dalam panggung tersebut ada lebih kurang hampir seratus orang yang terganggu dengan gelak ketawa kita yang tak perasan ada orang lain juga di situ. [mentang-mentanglah kita duduk depan kan].

terima kasih kepada rakan sebilik saya, cik rosma kerana mengenalkan awak dengan saya.

kalau tak, mana saya tahu saya akan berjumpa dengan partner aka teammates saya yang seorang ini.

oh, lupa pula saya, mereka sendiri pun menggelarkan awak sebagai evil twin saya. tapi awak sangat baik, lemah lembut, penyayang, dan sangat pandai buat kerja rumah kalau nak dibandingkan dengan saya.

saya gembira dapat kenal dengan awak. saya sayang awak. saya tahu awak sayang saya juga.

kita berbimbo sama sama oke, awak?

SELAMAT HARI JADI YANG KE LAPAN BELAS TAHUN, MIMI YANA!!!

hey awak yang berbaju pink dalam gambar, saya sayang awak, oke.


lepas ni awak kena rajin rajin makan sayur tau awak. saya tak lupa dengan janji rotten tomato saya tu.

nantikan ketibaannya tahu, awak!

p/s : mek, seronoklah guna awak-saya ni. lepas ni nak guna awak-saya je lah dengan kau. ak ak ak.

tagline kita : "awak percaya saya?" - auw! dah lama tak buat tagline ni kan, awak? :P


.

8 comments:

mimiyana said...

belle!!
sye terharu!!
i'm in my room alone at 3.49am, smiling--> creepy?? haha
4 d past 6 months..kot..byk gile bnde gile kite wat gile gile. haha
n i can't wait 4 eupho!! bukak cite baru lak pasni. hehe

p/s: ni kumen ak mlm ak bce post ko. haha

mimiyana said...

"oh, lupa pula saya, mereka sendiri pun menggelarkan awak sebagai evil twin saya. tapi awak sangat baik, lemah lembut, penyayang, dan sangat pandai buat kerja rumah kalau nak dibandingkan dengan saya."
like seriously?? hahaha

mimiyana said...

n thanx a lot to datin coz knlkn kite. yeah2 go datin go~!!! XD

mimiyana said...

jum2 berbimbo!!! ske gilakkk sme i2 pic!! hahaha

mimiyana said...

n 1 more thing
sye percaye awak!!
luv ya

mimiyana said...

t ak banje korg2 sume ye. bile mok kua jln2??? ehe

mimiyana said...

1 lagik. aftr bday ak, ak x telan even 1 little piece of sayur. hahahah XP

Mireya said...

haha.mek, im so terharu lah!

1. awak memang sangat baek oke.
2. saya percaya awak!
3. terima kasih rosma kerana kenalkan kami!
4. awak kena makan sayur.
5. saya suka berbimbo dengan awak!
6. tak sabar nak keluar jalan-jalan dengan awak!

cant wait for eupho!

loveulots babe!

muacks banyak banyak untuk mimi!!

;p