Sunday, March 22, 2009

buat awak, yang buat hati saya hancur remuk redam patah berkeping keping.

perhatian : post ini mengambil masa yang lama untuk ditulis kerana keremukan hati penulis adalah di skala tahap tinggi. sekarang beliau sudah pulih sepenuhnya.


sampainya hatimu,
membuatku rindu,
dimana janjimu, sumpah setia.
biarlah aku abadikan,
cintaku padamu,
oh kekasih..

saya gembira bila dapat tahu yang awak akan berkahwin. saya mungkin tak akan dapat datang pada hari perkahwinan awak, tapi tak mengapa. saya tahu ketidak hadiran saya tak mungkin akan memberi apa apa kesan pada awak.

awak tahu tak, saya dengan kawan kawan saya sudah sangat excited waktu mahu menghadiri perkahwinan abang beliau. dan saya tak tahu pula hati saya akan dicuri pada hari bersejarah tersebut.

mereka yang semangat nak ke rumah kawan saya

tak sangka hari perkahwinan abang beliau akan menjadi hari bersejarah untuk saya juga.

malam itu, saya semangat tolong buat semua kerja kerja yang septutnya. saya tolong buat bunga telur, saya tolong letak pulut wajik dalam plastik, kalau kat rumah, mesti saya tolong tengok tv je.

penat saya pura pura jadi anak dara yang baik, siap tolong tolong lagi.


waktu kenduri di Pendang, saya tak boleh nak concentrate nak makan nasi. semua sebab awak duduk dekat dekat dengan meja saya. ya, saya tahu awak tak tahu. tapi, kawan kawan saya tahu.








kemudian, ketika kenduri di rumah kawan saya, awak ada di situ juga. awak sungguh rajin tolong sana sini.

sungguh style juga ketika ambil gambar. macam profesional.

saya dah jadi pretty in pink pada hari itu, betapa berbunga bunganya hati saya.





saya tahu, sakit mata tengok makhluk makhluk pink ni.


sehinggalah waktu malam selepas kenduri, kawan saya beritahu saya yang awak akan berkahwin.
lee turut menjadi mangsa luahan perasaan saya sewaktu saya melawat beliau di UNIKL kulim.


saya dah nak praktis pergi pakai inai dah hari tu. mana tahu kan. tapi dengan hati yang remuk, saya tetap pergi pakai inai juga. sebab kawan kawan saya paksa.

yang pasti,ini bukan tangan saya.


ouh, hancurnya hati saya sebab tak dapat pun berkenalan dengan awak lagi. dan lebih sedih, bila saya tak berpeluang beri anak anak awak peluang untuk panggil saya mommy [baca : mo-mee].

sob. sob sob.

"..biarlah aku abadikan,
cintaku padamu,
oh kekasih..."



moral :
jangan nak jatuh cinta dengan orang yang sebaya ayah anda. lagi lagi bila anak dia pun lebih tua dua tahun dari anda, faham?

itu lirik lagu kumpulan rock leleh zaman sembilan puluh-an. kumpulan apa? itu yang kita tak tahu.

.

2 comments:

Rosma said...

seriously overrrr!!!!!!!
i'll let you know bila dia kawen nanti okey?????
;)

Mireya said...

hahahaha!
hidup mmg kena over, baru la diva.
ak ak ak.

ti dy kawen, amek pix dy ok.
i nk tgk gak gmbr isteri dy.
sob sob sob
:P

word varification : bedshy

oh-wat-the-eff?