Monday, March 16, 2009

budak mulut celupar memang tak pernah ambil pengajaran.

lepas baca cerita ni, jangan tanya cerita ni betul ke tak. sumpah saya tak ingat cerita ni, samada orang cerita balik, atau terjadi kat diri sendiri pun saya tak ingat.


*****

ssemua kawan kawan kata cikgu dah habis tanda kertas periksa. kawan kawan semua dah tak tentu arah. masing masing tertanya-tanya and meneka-neka markah sendiri.

"kau mesti dapat yang paling highest kan? kau dah lah terrorist terror,"

"aku rasa aku dapat rendah lah, haish,"


macam macam lagi lah ayat yang keluar dari mulut mereka. semuanya ayat ayat negatif, pasif, dan pesimistik. bukannya nak ada yakin diri. cubalah tingkatkan self-esteem tu sikit, puji diri sendiri sekali sekala ke, kan bagus macam tu. tapi actually,saya pun cakap ayat ayat macam tu jugak.

nanti kalau buat ayat konfiden orang kata riak pulak. kita kan rakyat malaysia. lagipun begini lebih selamat, kalau dapat rendah pon boleh cakap,

"as expected. seriously, as expected,"

well, kelas dah jadi riuh rendah, bising dengan macam macam rintihan dah ni. bila cikgu masuk kelas semua senyap. masing masing berdebar debar.

waktu cikgu masuk kelas, saya keluar sekejap, pergi toilet. saja nak pergi berjalan jalan. sakit punggung oke asyik duduk atas kerusi tu je. so, nak hilangkan sakit punggung, saya perlu berjalan jalan sekejap walupun setakat pergi ke toilet yang kat sebelah kelas tu je.

by the time saya masuk kelas, saya tengok cikgu dah tak ada. bila saya tanya kawan saya, dia kata cikgu ada mesyuarat, jadi dia masuk kelas bagi kertas ujian and suruh buat pembetulan bagi mana mana soalan yang salah. esok dia nak tengok.

saya pun pergi lah ke tempat saya. saya tengok budak sebelah saya tak ada. and saya nampak ada paper atas meja saya.

"HAH??!!!!!!! gila sikit markah aku!!! tak sampai separuh pun! bodoh gila!!! soalan senang macam ni pun aku tak boleh buat? apa ke bodoh sangat aku ni?"

saya terus selak selak lagi muka surat seterusnya.

"hek eleh, aku demam ke hari tu? apa pasal aku tak ingat aku jawab macam ni? OH MY GOD, aku ada insomnia nampaknya. ouh, kasihan mak aku dapat anak bodoh macam aku ni. soalan senang macam ni pun aku tak boleh jawab. ibu, maafkan akak,"

saya terus membebel melalut komplen tak puas hati dengan markah yang sedikit.

"wehh, mira,"

saya dongak atas.

"ni kertas soalan kau, tadi aku pinjam sekejap, tahniah eh dapat highest."

"erkk? habis tu ni kertas siapa?"


saya tengok kertas tu. [nama dirahsiakan]. OMG! saya dongak kepala lagi sekali, saya nampak kawan yang duduk sebelah saya tadi ada di hadapan saya.

"dah lama ke kau kat sini weh?"

"sejak kau balik toilet tadi,"


sepanjang hari tu saya rasa clumsy nak bercakap dengan dia.

.

4 comments:

mustapha syuhada said...

hahaha..cngrates 4 da highest mark..but then..sian kawan 2..hahaha..wut a lesson huh??hehehe

Mireya said...

haha.
lepas ni kena check betol2, baru bole komplen.

rasanya ni kesah zmn knk2 dlu.

kot, agaknye.

emellia shariff said...

WEH KESIAN SANGAT DEKAT KAWAN ANG WEH.MESTI DIA RASA CAM :
"HAAH, MMG KESIAN MAK AKU DAPAT ANAK CAM AKU"

lain kali sila periksa nama, no metriks, no pelajar, no ic dan alamat rumah kat depan exam paper.


eh eh, takkan ang tak perasan tulisan tak sama?musykil lah.

Mireya said...

tu lah,
awal awal lagi aku dah ingatkan,
aku lupa cerita ni. and tak sure jadi kat siapa sebenarnya,

hahaha.

apa2 pun, pengajarannya, sila berhati hati ya?

;p