sewaktu cuti semester dua bulan yang lepas, saya telah mengambil keputusan untuk melancong seorang diri ke Kedah kerana saya inginkan cabaran melancong berseorangan wah rasanya seperti backpackers yang macho gila!
oke tipu sebenarnya saya memang nak ke Kedah sebab saya perlu ke Perlis untuk ambil sijil SPM yang tersadai dekat sekolah tu dan seterusnya berjumpa dengan makwe-makwe lama dan guru-guru untuk mengetahui gosip info terbaru tentang siapa-siapa yang sepatutnya di ambil tahu.
saya sampai di Kedah pada hari Sabtu. Marleya yang ambil. senang hati betul tengok dia yang sabar menanti rasa macam nak buat jadi menantu tapi sayang i tak de anak.
dan keesokannya, saya keluar ke Pekan Rabu dengan Marleya sebab nak ambil Sheda yang baru sampai dari Baling tu pun lepas puas paksa pujuk dan desak sebab dia takut nak naik bas sorang-sorang ye lah dia hot kut takut kena culik dengan manusia pervert jual ke Siam dah la Siam dengan Alor Setar tak jauh mana.
lepas sesi beramah mesra dan buat-buat terkejut dengan perubahan masing-masing dan mengutuk sesama sendiri secara berdepan, kami maju ke City Plaza shopping mall terhebat yang menjadi pujaan ramai remaja di situ dulu kalau balik rumah Marleya mesti nak keluar sini sebab kompem mesti akan jumpa senior junior atau batch sendiri tengah dating ke atau buat apa-apa yang surprise! surprise!! lepas tu gosip sama-sama haha dasar perempuan tipikal yang kuat menyibuk!
tiba-tiba tengah syok syok pusing Marleya dengan Sheda buat kalut sebab nak print borang untuk mereka masuk ke universiti masing-masing dengan nak handle PTPTN bagai semua kan maka terpaksa lah kami ke CC di situ. City Plaza memang banyak gila CC macam bersepah-sepah je CC dalam tu wah banyak pilihan jangan risau kalau takut CC penuh.
sementara menunggu Marleya menyetelkan hal UiTM beliau, saya pun online ym dengan Sheda walaupun Sheda actually duduk di sebelah saya je yelah kami kan dah terbiasa dengan teknologi sampai rasa malas nak bercakap lagi suka nak eksesais tangan main taip-taip.
lepas tu tiba-tiba Sheda bangun kata dia nak belah kejap sebab nak ambil kawan dia saya pun tak kisah kata oke je sebab Marleya tak setel lagi.
tengah duduk bosan online benda-benda tu semua tiba-tiba saya terbau satu bauan busuk hancing macam bau kencing yang haring tapi dah kering boleh bayang tak busuk macam mana? busuk gila sampai rasanya lebih rela hidu bau getah sekerap lagi dari nak hidu bau busuk tu lepas tu takut la kan kalau-kalau jadi macam cerita hantu yang kat TV tu dia asyik bau busuk sekali tengok ada hantu kat sebelah ke apa kan rupanya bila saya toleh saya nampak seorang budak sekolah saiz tak perlu saya sebut duduk kat meja Sheda duduk tadi.
perghhhhh!! bau dia bai!!!! MENUSUKKK!!
saya toleh pandang Marleya yang duduk kat sebelah kanan saya sambil buat muka terseksa ala ala macam nak mati sebab hidu bau gas beracun waktu tu baru saya tahu rasa makhluk-makhluk yang mati waktu holocaust dulu sebab hidu gas beracun pergh bau kentut lagi sedap di hidu boleh paham tak?
Marleya simpati kat saya yang separuh mati ni sebab saya memang allergik gila dengan bau busuk sebab kompem akan rasa pening atau nak muntah dan dan pergh macam mana boleh survive hidup sampai sekarang pun saya tak tahu la.
tiba tiba YM saya kena buzz dengan Sheda.
Sheda ; ily
saya ; ilyt
saya ; ank kat mana?
Sheda ; kat cc la.
"weh sapa tu?"
"entah aku tak tau"
saya toleh sebelah kiri saya untuk tengok budak sekolah tu, saya tengok skrin komputer dia sebab tadi dia kalut sangat maen game DOTA(kot) macam nak berperang dah la mulut pun bising dok pot pet dengan kawan sebelah dan kawan belakang woah nak sembang dok hujung la dekat dekat pehal nak duk depan pintu sebelah aku pulak tu dah la bising dengan bau tak senang lagi nak aku mati ke hape? itu bisik hati saya yang tengah emo kala itu.
tapi bila saya tengok skrin komputer dia tadi, saya tak nampak DOTA(kot) tapi sebaliknya saya nampak YM SAYA!!
saya mula syak komputer kat CC ni boleh ceroboh YM orang lalu saya takut dan terus me-log-out-kan diri dan segera memujuk Marleya untuk keluar teman saya shopping nasib baik time tu Marleya dah nak setel dah.
saya tanya Sheda,
"ang tadi online kat mana? CC mana? awat tak datang ja kat CC tu tadi?"
"mana da aku online, aku dok dengan Mira [kawan sheda dari matriks] pusing-pusing ja"
"YM ang tu siapa?"
"aku tak log out tadi"
DARNNNN!!!
tak pasal-pasal aku cakap "ilyt" dekat budak sebelah aku yang bau busuk gampang tu.
.
No comments:
Post a Comment