Wednesday, March 10, 2010

Kenapa kadang-kadang saya tak gamak layan lagu Zaiton Sameon di tengah malam di radio.


Kadang-kadang saya rasa kesian dengan deejay deejay radio yang terpaksa bertugas di tengah-tengah malam sambil terpaksa membaca emel dan SMS yang dikirim oleh pendengar-pendengar seperti ini .


" Lagu ini saya tujukan kepada kekasih saya yang tercinta *tuuttt ditapis* bt *tuuttt ditapis* dengan ucapan, abang rindu sangat dekat sayang, and abang sayang dekat sayang sampai hujung waktu. Yang mencintaimu, Abang *tuuttt ditapis* mwaaaaahhh!"

"Seterusnya, kiriman SMS dari Romli (bukan nama sebenar) dengan ucapan, ayang, abang mintak maaf andai abang ada terkasar bahasa dengan ayang sewaktu kita makan cendol pukul sepuluh tadi, bukan niat abang untuk mengguris hati dan perasaan ayang, muah muah, abang sayang dan cintakan ayang setulus hati abang, sayangku Romlah (bukan nama sebenar)"

and so on, tak gamak saya nak tulis lagi.


Sila simpati pada deejay tu semua. Sumpah saya rasa mereka tak gamak nak baca tapi terpaksa jugak baca sebab dah itu sumber rezeki mereka.

And kalau tak nak kesian dekat deejay, kesian lah dengar pendengar macam kami ni, elok-elok baru lepas layan lagu Pawana dari Search terpaksa la pulak dengar ucapan sayang yang sepatutnya anda semua kirim terus SMS tu kepada kekasih / significant other anda tu. Tapi kalau nak tunjuk sangat bukti cinta tu, jangan la buat ayat geli sangat, sesama sendiri tak apa lah. ni satu Malaysia dengar, jadi joke oke.

Saya pun tak gamak jugak nak dengar. Tapi bhai, wa nak layan lagu Ramlah Ram macam mana kalau lu sibuk bagi SMS jiwang karat macam ni tengah-tengah malam? Elok-elok wa sentimental terus meremang bulu roma.

Kasik can la wa nak layan lagu aman-aman time tengah-tengah malam. Wa pun nak layan jiwang wa jugak.


Bukan sibuk tahan tekak setiap kali lagu habis and deejay start bercakap.
.


11 comments:

dyod said...

wey betol2!!!

ni mesti radio sinar kan. aku ske dgr lagu je, tapi bile dj die bercakap naik geli tekak aku. kakakaka

mireya said...

hahaha tau takpe. kesian deejay dy kena bce sms geli geli. haha !

Merissa K. said...

thats why la burn je lagu ramlah ram tu dalam cd, tak payah dengar sms geli geli. ;)

mireya said...

tapi dgr kat radio lagi layan, like the thrill mcm "oh oh! lagu ni!" haha !

Julia J said...

SURIA PUN GINI WHAT. MACAM RTM!

j1da said...

who knows, yg dok hantaq sms tu saja ja seronok hantaq from block depan tu ha. saya penaya dj2 tu.haha.

mireya said...

Julia : sebenarnya, kat era dgn hot pun ada jugak kadang-kadang. haha

j1da : a'ah kan, maybe jugak. but kejam oke, kesian dekat dj tu and the listener too ! haha

nazz-o-rama said...

cetusan hati dan perasaan..haha

mireya said...

haha. favorite kau kan cain ?!

HAHA !

nazz-o-rama said...

yeah..lagu background die yg xleh blah tu...
te ne ne ne!(bunyi seruling)
hahaha

mireya said...

hahaha ! tak boleh belah kau ingat bunyi seruling ! hahah kelaka !