Suatu hari, saya dan rakan-rakan, Siti Rosma dan Mimi Yana telah menculik Siti Sakinah bersempena dengan hari kelahiran beliau ke dunia. Walaupun kami menculik beliau untuk tujuan menyambut hari jadi beliau, tapi malang sekali buat beliau bersahabatkan rakan sengkek dan kedekut macam saya (ahem !) so tak adalah apa-apa yang kami belanja melainkan sepotong kek dari Black Canyon sahaja.
Setelah itu, kami pun membawa Siti Sakinah menonton filem Shrek midnight di panggung wayang di Juco Ipoh.
Kebetulan, terserempak pula dengan Ha.
Siti Rosma : Hai Ha !
Ha : Haaaiii korang !
Saya : Ha, Ha datang sini tengok cerita apa ?
Ha : Aku tengok cerita Nightmare on Elm Street.
Siti Rosma : Bukan cerita tu seram ke ? Tak takut ?
Ha : Takut jugak laa ngeri kot bunuh bunuh. Korang datang sini tengok cerita apa ?
Saya : Shrek ! Eh, kenapa tak tengok Shrek je ? Shrek bukan lagi best ke ? Baik tengok cerita kelakar kelakar, haaa
Ha : Eeee Shrek ? Tak mau laa takut kot tengok Shrek. Makhluk colour hijauuu.. Eeee takut takut !
Kami: (Tak tahu nak bagi reaction apa daa )
And kalau tak silap saya, waktu kami terserempak dengan Ha tu, itu kali kedua Ha tengok Nightmare on Elmstreet, kan?
Tak sangka ada jugak orang takut dengan Ogre.
.
No comments:
Post a Comment