Saturday, July 9, 2011

Benda-benda.



1. Saya rasa, saya ada badi. Saya rasa saya kena mandi bunga. Nanti saya cerita kenapa. Saya juga syak bahawa badi ini datang dari Betty. 


2. Saya rasa saya masih dalam phase mencari identiti. Sebab saya mengada jadi saya tak dapat define watak saya dalam hidup ni. Saya rasa saya masih malu menjadi diri sendiri jadi saya jadi orang lain. Tak apa, lepas ni saya akan berusaha perlahan-lahan. Nak menjadi diri sendiri perlu kuat, maka saya perlu berlatih untuk jadi kuat terlebih dahulu. 


3. Saya rasa saya senang terikut cara orang. Ini juga tergolong dalam krisis identiti. Sebab identiti tak kuat, jumpa identiti yang cool, maka nak terikut sama. Saya perlu tampar diri sendiri banyak kali supaya saya teringat sakitnya untuk menjadi diri sendiri. Tapi sakit itu yang sedap. Macam hujan batu di negara sendiri.


4. Saya suka pasangan yang tidak segan mengekspresi kasih sayang di alam maya (bukan di alam realiti, itu semak namanya) sebab saya tak macam tu, jadi saya tumpang suka untuk mereka. Saya selfish sedikit, bahagia saya hanya untuk saya rasa, tapi kalau saya rasa nak kongsi bersama, maka akan dikongsi, tapi komen tetap disable.


5. Saya dah mula jemu dengan warna putih. Sebenarnya saya dah mula jemu dengan pelbagai perkara dalam hidup saya, tapi saya masih berkira-kira samada ini another phase, atau saya benar-benar jemu. Saya rasa saya perlu surf theme blog. tapi saya masih sayang kucing grumpy di atas.


6. Saya respek pada orang yang kekal berkasih sayang - maksud saya yang benar-benar berkasih dan bersayang seperti pasangan suami isteri yang sudah tua dan masih berjalan berpimpin tangan melintas jalan dan si suami masih peluk erat pinggang isteri yang sudah empat kali ganda saiz asal - sebab bila lihat keliling, susah sayang itu untuk kekal. Saya juga was was sama ada sayang saya akan kekal mahupun tidak. Tapi apa nak dikisahkan, Tuhan tahu segalanya.


7. Walaupun saya komplen tentang hidup sibuk, tapi saya suka hidup saya sekarang ni. Less time to think about stupid things and it makes me cherish the moments I have. Contoh, pernah satu masa, saya sibuk sangat sampai tak ada masa nak bersembang dengan roommate, jadi bila saya ada masa nak bersembang, walaupun sembang benda simple, akan rasa seperti quality time.


8. Saya juga perasaan bahawa kebelakangan ini all my secret wishes came true unexpectedly in a row. Macam dalam list, dan ianya jadi berturutan. Saya tak tahu kenapa, tapi mungkin Tuhan mendengar dan memakbulkan kesemua doa saya sekaligus. Namun, dalam masa yang sama saya risau tentang secret wishes saya yang tidak baik - lihat, manusia. Wishes come true, tapi masih risau tentang yang tidak sepatutnya, bukan nak bersyukur. Terima kasih, Tuhan.


9. Tapi saya juga sedar, sebab kesibukan, I missed out a few things in life. Contoh, hanging out with friends, tengok latest movies, dan juga hilang nafsu untuk shopping but more nafsu to foods. Mula mula rasa marah dan sedih, tapi bila fikir balik, why ? Saya suka hidup macam ni, I love the rush, saya dapat rasa pengalaman yang bukan semua orang boleh rasa, dan yang paling penting saya dapat buat benda yang saya suka. Kita kena korban macam-macam untuk dapat benda yang kita suka, banyak benda yang saya lihat dah terkorban, tapi saya yakin semuanya ada hikmah, dan pasti ada pelangi selepas hujan.


10. Macam Acab cakap, dan saya yakin sangat, saya akan rindu kesibukan ini. :')


11. Saya hampir menangis (sebab terharu sangat) baca sebuah blog gadis ganas yang tulis sedap sedap tentang teman lelakinya. Saya masih harap saya mampu jadi macam tu. Tapi saya masih juga rasa itu bukan cara saya.


12. Saya rindu waktu dahulu. Tapi saya tahu satu perkara, dulu saya kasar, bahasa direct, tapi saya tak pernah kurang ajar. Saya suka part yang last sekali tu. Mana tahu, pencarian identiti saya berakhir dengan identiti lama.


13. Saya memang suka diri saya. Saya narcissist, jadi bila saya sayang awak, awak perlu tahu tak senang untuk saya sayang orang. Jadi, sila rasa istimewa.


14. Saya rasa saya perlu bebaskan 'the other side' of me yang selama ni saya simpan dalam closet. Kita perlu embrace semua kan ? Makanya sudah tiba masa saya tunjukkan semua pada dunia. Bila lagi ? 2012 pun dah nak dekat.


15. Saya mahu jadi seperti orang yang saya respect - menjadi diri sendiri tanpa rasa malu. Ya, saya masih pemalu walaupun luarannya kelihatan seperti orang yang tiada ehem shyness (bahasa melayu untuk perkataan ini terlalu explicit).






So, here you go pretty much of few things that I wanna write but since I don't seem to have any ideas to write so I compiled everything here. Sneak peak of pretty much everything that's happening in my life.

Oh, konon-konon saya nak buat semua ini kelihatan seperti warna pelangi, tapi macam kurang menjadi jadi saya batalkan sebab kelihatan terlalu semak. Untuk pengetahuan, ini lah hidup saya sekarang - bila saya lihat dari sisi positive - it's double shot of rainbow with the white lining in between.


See ya in the next post.

2 comments:

j1da said...

aleesya suka kucing gemok tu. "ching mokk!"

Mireya said...

haha aleesya memang comel !